7 Doa Mustajab Seorang Ibu Wajib Mengamalkan
Assalamualikum dan Salam Mesra | Keberkatan seorang anak itu adalah terletak pada seorang ibu. Kuasa seorang ibu itu sangat luar biasa dan keberkatan ibu itu terletak dalam doa ibu.
Doa seorang ibu adalah antara doa yang akan diangkat atau mustajab adalah doa daripada seorang manusia yang bergelar ibu. Kurniaan yang sangat berharga dan sangat bernilai kepada anak-anak adalah doa seorang ibu.
1 - Doa Nabi Zakaria untuk zuriat yang baik .
Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.
{Surah Al Imran Ayat 38}
Maksudnya: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
2 - Doa untuk anak agar diberi rahmat .
Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
{Surah Al - Ahqaaf ayat 15}
“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya:Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
3 - Doa untuk anak agar dilembutkan hatinya .
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.
Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.
{Surah As-Syuura Ayat 19}
“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
4 - Doa untuk anak supaya kuat dan sabar .
Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.
Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
{Surah A-li Imraan Ayat 200}
“Yaa ayyuhalladzina amanush biru wa shobiru wa robitu wat taqullaha la’allakum tuflihuun”
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
5 - Doa untuk anak agar rajin solat .
Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
{Surah Ibrahim Ayat 40}
"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa"
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
6 - Doa untuk anak agar menjadi penyejuk mata .
Ini adalah salah satu doa yang disyariatkan kepada kita juga, agar memohon keluarga dan anak keturunan yang dapat menjadi penyejuk pandangan, dan penawar di hati.
Selain itu, ia turut menekankan permohonan kita agar dapat menjadi pemimpin yang baik atau ‘role model’ yang dapat menjadi ikutan orang-orang bertaqwa,selitkan doa ini setiap kali selepas solat.
{Surah Al-Furqan Ayat 74}
“…Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil muttaqiina imaamaa.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
7 - Doa supaya dikurniakan anak yang mentaati perintah Allah S.W.T .
Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.
{Surah Al-Baqarah Ayat 128}
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Justeru itu marilah kita bersama - sama mengamalkan doa seperti yang tertera di atas dengan istiqomah yang ikhlas serta yakin dengan pertolongan ALLAH S.W.T .
Sukacita kami nyatakan disini ,kesan amalan dengan mengamalkan doa ini di atas tanggungjawab masing - masing .
Sumber Artikel : www.int3tree.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2019/03/7-doa-mustajab-seorang-ibu-wajib.html