7 Ah Long Dicekup


7 AH LONG DICEKUP
Oleh Abu Hanifah Muhamad
JOHOR BAHRU 031120 – Polis Johor menahan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ceti haram atau ah long di Residensi Impian Senibong, di sini hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan pada pukul 7.45 pagi itu dijalankan sepasukan tiga pegawai dan 12 anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah.
Beliau berkata, kesemua suspek yang merupakan warganegara tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun.
“Dalam serbuan pertama, kita menahan tiga suspek lelaki selain turut merampas wang tunai berjumlah RM9,000, nombor plat palsu, tong cat, buku nota hutang dan simkad nombor Singapura.
“Dalam serbuan kedua, seramai empat lelaki ditahan. Turut dirampas wang tunai RM3,000, risalah iklan, kad nama, cat merah dan telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai serbuan berkenaan.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad.
Ayob Khan berkata, sindiket berkenaan dipercayai mula bergiat aktif dalam kegiatan itu di sekitar bandar raya ini sejak tahun lalu.
Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek menerima gaji bulanan berjumlah RM2,500 untuk menjalankan kerja-kerja ah long, termasuk melakukan ugutan terhadap mangsa.
“Ini merupakan operasi ketiga yang dilakukan melibatkan sindiket ah long dan sejak Januari seramai 49 suspek telah ditahan serta 54 kertas siasatan dibuka dengan 27 daripada mereka telah dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat saki-baki anggota sindiket ah long itu atau berkaitan dengan tujuh yang ditangkap hari ini.
Sementara itu, Md Yusof pula memberitahu, modus operandi sindiket ini dipercayai dengan membuat ugutan secara berperingkat-peringkat bagi menakut-nakutkan mangsa yang membuat pinjaman.
Pada eringkat pertama, mereka akan menampal gambar mangsa di kediaman untuk memalukan mangsa sebelum bertindak menyimbah cat merah pada peringkat seterusnya.
“Sekiranya mangsa masih tidak membayar, sindiket ini akan membakar bahagian pintu kediaman mangsa. Ada antaranya yang turut bertindak mengunci pintu pagar kediaman mangsa,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506, 427, 435/436 Kanun Keseksaan, Seksyen 5(2) Akta Pemberian Pinjaman Wang 1951 serta Akta Pencegahan Jenayah 1959. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/7-ah-long-dicekup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 411 hits
MENANDATANGANI borang perjanjian kosong adalah modus operandi ah long atau ceti haram dengan kerjasama firma guaman tertentu untuk merampas aset peminjam yang gagal menjelaskan bayaran pinjaman Mendedahkan kewujudan kerjasama itu Persatuan ...
Janji Afdlin Shauki Kepada Arwah Din Beramboi Tercapai Baik Punya Ah Long Direalisasikan

Janji Afdlin Shauki Kepada Arwah Din Beramboi Tercapai Baik Punya Ah Long Direalisasikan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 494 hits
Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki telah berkongsi cerita dan pengalaman setelah tamatnya penggambaran filem terbaru bawah arahannya yang bertajuk Baik Punya Ah Long source
Hiburan Terbit Filem Komedi Baik Punya Ah Long Janji Afdlin Shauki Kepada Allahyarham Din Beramboi Tercapai

Hiburan Terbit Filem Komedi Baik Punya Ah Long Janji Afdlin Shauki Kepada Allahyarham Din Beramboi Tercapai

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 257 hits
Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki telah dilihat berkongsi cerita dan pengalaman setelah tamatnya penggambaran filem terbaru bawah arahannya yang bertajuk Baik Punya Ah Long Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan ini menjelas...
Isteri Hamil Pulang Ke Kampung Suami Dicekup Oyeh Dengan Bini Orang

Isteri Hamil Pulang Ke Kampung Suami Dicekup Oyeh Dengan Bini Orang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 283 hits
Seorang lelaki dicekup berkhalwat dengan pasangannya di sebuah rumah di Taman Sungai Kob Karangan hari ini Tetapi lelaki berusia 29 tahun itu tetap cuba menyakinkan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim yang dia dan pasangannya it...
Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 547 hits
Seorang wanita bersama pasangannya yang merupakan suami orang dicekup berkhalwat di dalam sebuah kereta Toyota Vios yang diparkirkan di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi malam kelmarin Bagaimanapun pasangan itu memberi alasan bahawa mere...
Tedung Selar Dicekup Dalam Tandas Hostel

Tedung Selar Dicekup Dalam Tandas Hostel

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 190 hits
MACHANG Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Machang menangkap seekor ular tedung selar yang sedang leka membaham biawak di Kampung Belukar di sini semalam Pegawai APM Machang Leftenan Mohd Razman Ramli berkata reptilia sepanjan...
Pencuri Tabung Masjid Dicekup

Pencuri Tabung Masjid Dicekup

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 285 hits
Rakaman CCTV yang merakam imej serta motosikal suspek KEPALA BATAS Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai terlibat dengan 10 kes curi duit tabung masjid di sekitar daerah Seberang Perai Utara Ketua Polis Daerah SPU Asisten...
Tiga Remaja Lelaki Dicekup Berjudi

Tiga Remaja Lelaki Dicekup Berjudi

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 193 hits
Nurul Hidayah BahaudinSerdang Tiga remaja lelaki bawah umur antara 23 individu yang ditahan ketika leka bermain permainan judi pada mesin simulasi dalam serbuan Operasi Khas Perjudian di sebuah premis di Persiaran Serdang Seri Kembangan di ...
Pengutip Syarikat Hutang Lapuk Lebih Kejam Dari Ah Long Rosland

Pengutip Syarikat Hutang Lapuk Lebih Kejam Dari Ah Long Rosland

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 213 hits
Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia Rosland Mohd Arif bersama timbalannya Zulhelmi Shari dan Setiausaha Agung Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia Yusrizal Zainol Abidin serta yang lain bergambar ...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan