Tiga Remaja Lelaki Dicekup Berjudi


Nurul Hidayah Bahaudin

Serdang: Tiga remaja lelaki bawah umur antara 23 individu yang ditahan ketika leka bermain permainan judi pada mesin simulasi dalam serbuan Operasi Khas Perjudian di sebuah premis di Persiaran Serdang, Seri Kembangan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya membuat risikan selama empat hari di lokasi terbabit selepas menerima maklumat daripada orang awam sebelum serbuan dilakukan jam 7.50 malam.
"Dalam serbuan ini, kami menahan 23 lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 63 tahun, termasuk tiga remaja bawah umur yang leka bermain judi.
"Selain itu, kami menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun serta seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan dengan gaji sebanyak RM1,600 sebulan.
"Kami merampas 14 mesin simulasi judi, satu mesin pertukaran token, 500 token, 207 kad tebus nilai pelbagai warna dengan setiap satu daripadanya bernilai antara RM30 hingga RM250 serta wang tunai lebih RM1,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM500,000," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, semalam.
Razali berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan mempunyai lesen menjalankan operasi sebagai pusat hiburan keluarga.
"Namun di sebalik itu, terdapat kegiatan perjudian dijalankan di pusat hiburan keluarga berkenaan dengan menggunakan mesin permainan sah di hadapan premis, manakala di ruang belakangnya pula menempatkan 14 mesin judi berkenaan.
"Pemain akan menukar wang di mesin pertukaran token sebelum mereka memulakan permainan (judi) sehingga meraih keuntungan. Pemain kemudian akan diberikan kad tebus nilai jika mereka mahu mengambil wang pertaruhan diraih.
"Pemain akan menerima kad tebus nilai berkenaan daripada pekerja lelaki warga Bangladesh terbabit sebelum kad berkenaan ditukar kepada wang tunai mengikut nilai kad. Transaksi itu (tukar kad tebus nilai dengan wang tunai) dilakukan secara sembunyi iaitu di dalam tandas," katanya.
Beliau berkata, premis itu dipercayai beroperasi jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, sejak empat bulan lalu.
"Difahamkan sindiket itu meraih keuntungan antara RM3,000 hingga RM4,000 setiap hari tanpa mengehadkan pelanggan yang mahu berkunjung ke premis berkenaan termasuk individu bawah umur.
"Semakan di satu ruang di dalam premis berkenaan turut menemui satu stor menyimpan beberapa mesin judi simulasi yang didakwa oleh pekerja pusat hiburan keluarga berkenaan sebagai rosak," katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Semua pemain turut dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (PKPB) mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/tiga-remaja-lelaki-dicekup-berjudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
26 Individu Dicekup Termasuk Wanita Leka Berjudi

26 Individu Dicekup Termasuk Wanita Leka Berjudi

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 230 hits
26 individu dicekup termasuk wanita leka berjudi Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Oct 2020 10 28PM
Hendak Balap Liar Di Kembangan Tujuh Remaja Diciduk Tim Pemburu Preman

Hendak Balap Liar Di Kembangan Tujuh Remaja Diciduk Tim Pemburu Preman

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 180 hits
Ia mengatakan aksi balap liar tersebut membahayakan pengguna jalan karena menutup area masuk jalan tol Penangkapan tujuh pemuda tersebut didasari laporan masyarakat tentang adanya aksi balap liar di lokasi tersebut
Video Dah Beli Malu Pula Nak Bayar Remaja Ini Beri Mesej Buat Pelanggan 7 Eleven

Video Dah Beli Malu Pula Nak Bayar Remaja Ini Beri Mesej Buat Pelanggan 7 Eleven

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 1580 hits
Lebih baik menggunakannya dari timbul masalah 7 Eleven merupakan antara salah satu kedai serbaneka popular yang beroperasi 24 jam tanpa henti di Malaysia Di dalamnya terdapat pelbagai keperluan kecil yang mudah untuk kita dapati ini termasu...
Gara Gara Asyik Mendengar Lagu Kilat Datang Menyambar Telefon Bimbit Remaja Ini

Gara Gara Asyik Mendengar Lagu Kilat Datang Menyambar Telefon Bimbit Remaja Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 331 hits
Seorang remaja dari Jawa Tengah Indonesia maut selepas mendengar muzik dari telefon pintarnya yang disambar petir Menurut Ketua Polis Kutasari kejadian berlaku ketika kawasan berkenaan berdepan dengan hujan lebat yang disusuli dengan petir ...
Awak Jomlah Ke Rumah Sewa Saya Tergoda Dengan Rayuan Janda Muda Remaja Lelaki Maut Dikelar Ditikam 42 Kali

Awak Jomlah Ke Rumah Sewa Saya Tergoda Dengan Rayuan Janda Muda Remaja Lelaki Maut Dikelar Ditikam 42 Kali

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 1604 hits
The ReporterPelawaan seorang janda muda berusia 17 tahun untuk pergi ke rumah sewanya tidak dapat ditolak oleh lelaki muda ini yang dipercayai sudah tertarik dengan penampilannya Namun dia tidak menyedari itu sebenarnya adalah perangkap yan...
Dadah Enam Individu Termasuk Seorang Remaja Ditahan Di Jitra

Dadah Enam Individu Termasuk Seorang Remaja Ditahan Di Jitra

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 244 hits
ALOR SETAR Polis menahan enam individu termasuk seorang remaja berumur 16 tahun dan merampas dadah seberat 23 94 kilogram bernilai RM576 000 dalam serbuan di Kampung Tanah Merah Jitra dekat sini semalam Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Ha...
Remaja Sokong Kepala Guru Dipenggal Didakwa

Remaja Sokong Kepala Guru Dipenggal Didakwa

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 287 hits
MARSEILLE Seorang remaja di bandar Marseille selatan Perancis didakwa di mahkamah kerana menyokong keganasan dalam kenyataan memberi penghormatan kepada Samuel Paty guru yang mati dipenggal kepalanya oleh pengganas Pihak pendakwa raya berka...
Remaja Maut Disambar Petir Ketika Sedang Asyik Mendengar Lagu Di Handphone

Remaja Maut Disambar Petir Ketika Sedang Asyik Mendengar Lagu Di Handphone

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 482 hits
Menggunakan telefon bimbit di bilik tidak menjamin seseorang itu selamat dari kemungkinan disambar petir Ini berikutan berlakunya satu kes di mana seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat disambar petir ketika sedang asyik mendengar lag...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month