Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim




Seorang wanita bersama pasangannya yang merupakan suami orang dicekup berkhalwat di dalam sebuah kereta Toyota Vios yang diparkirkan di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, malam kelmarin. 


Bagaimanapun, pasangan itu memberi alasan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa dan hanya makan sate di dalam kereta. Tetapi alasan itu tidak diterima oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agam Daerah Kulim (PADK). 


Sebelum itu, anggota PADK membuat rondaan di kawasan tersebut lebih dari dua jam dan mencekup pasangan terbabit pada jam 10/40 malam, yang berada dalam kereta di kawasan gelap dan mencurigakan. 


PADK juga turut menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan pasangan itu selalu berdua-duaan di dalam kereta di kawasan itu. 


Ketika diserbu, pasangan itu terkejut dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap kenderaan itu dipasang dengan pelindung cahaya. Pasangan terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat. 


Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 52 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, manakala wanita berusia 26 tahun itu masih bujang dan bekerja di syarikat utiliti di daerah itu, syarikat yang sama dengan pasangannya. 


Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 


Dalam kes berasingan di Lembah Impiana, anggota PADK juga menahan pasangan kekasih yang sedang asyik berpeluk dan bercumbu di dalam kereta Proton Saga di belakang sebuah pasar raya pada jam 7 malam kelmarin. 


Terkejut melihat kehadiran anggota PADK, pasangan itu terus memecut dari lokasi tetapi berjaya ditahan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas 20 minit kemudian. 


Pemeriksaan mendapati, kedua-duanya tiada ikatan sah dan disyaki melakukan maksiat. Ketika ditahan, pasangan itu memberi alasan baru pulang makan dan berehat di kawasan itu sementara menunggu waktu maghrib. 


Semakan mendapati, lelaki terbabit dipercayai menuntut di sebuah IPTA, manakala pasangannya berusia 25 tahun itu 'menanam anggur'.


Pasangan itu dibebaskan selepas diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2020/11/kami-makan-sate-jer-2-pasangan-dicekup.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/11/kami-makan-sate-jer-2-pasangan-dicekup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Ditahan Khalwat Beri Alasan Makan Sate Dalam Kereta

Pasangan Ditahan Khalwat Beri Alasan Makan Sate Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 404 hits
Oleh AZAHAR HASHIM ANGGOTA penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim menyoal siasat pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam kereta di Kulim malam semalam IHSAN PEJABAT AGAMA DAERAH KULIMKULIM Seorang wanita yang ditahan berkhalwat deng...
Isteri Hamil Pulang Ke Kampung Suami Dicekup Oyeh Dengan Bini Orang

Isteri Hamil Pulang Ke Kampung Suami Dicekup Oyeh Dengan Bini Orang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 265 hits
Seorang lelaki dicekup berkhalwat dengan pasangannya di sebuah rumah di Taman Sungai Kob Karangan hari ini Tetapi lelaki berusia 29 tahun itu tetap cuba menyakinkan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim yang dia dan pasangannya it...
Video Kereta Proton Jer Perempuan Ini Pandang Rendah Pada Barangan Lokal

Video Kereta Proton Jer Perempuan Ini Pandang Rendah Pada Barangan Lokal

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 397 hits
Sepanjang musim pandemik ini kita sebagai rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan diantaranya adalah dari aspek ekonomi Dalam usaha menaikkan semula ekonomi sesebuah negara kita sebagai rakyat sudah semestinya perlu men...
Makan Megi Jer

Makan Megi Jer

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 236 hits
makan megi dengan kononya kuah tom yam ni sebenarnya nak ratah gitu jer tom yam sempoi ni tapi en asben kata nak makan dengan megi pulaknya so ikutkan jer lah buat tomyam ni kak rose guna kuib pati megi tu jer seamboat choice yang dalam pac...
Makan Sate Sedap Di Satezul Kuantan Pahang

Makan Sate Sedap Di Satezul Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 358 hits
Kami sempat Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang semasa trip kami ke Kuantan dulu Sebagai peminat sate tentulah mama takkan lepaskan peluang untuk merasa sate terkenal di Kuantan Disebabkan mama duduk di hotel berdekatan dengan Teluk ...
Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 480 hits
Ibu penat sekalipun nak masak untuk anak tetap akan hidangkan menu yang best Tambah tambah musim sekarang semua berkumpul di rumah lagilah dapur tu asyik meriah je Masak apa sekalipun mesti akan habis Maklumlah anak tengah membesar semua se...
Pasangan Mata Wang Eur Usd 5 November Laporan Cot Joe Biden Mendahului Kemenangan Pasaran Menunggu Keputusan Pengundian

Pasangan Mata Wang Eur Usd 5 November Laporan Cot Joe Biden Mendahului Kemenangan Pasaran Menunggu Keputusan Pengundian

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 315 hits
Pasangan Mata Wang EUR USD Carta 1 JamPada 4 November pasangan mata wang EUR USD dilihat telah meneruskan proses pertumbuhan sepanjang hari ke tahap pembetulan 50 0 Namun secara umumnya saya belum dapat mengatakan bahawa sifat perdagangan t...
Diari Pedagang Pada 5 November 2020 Anti Rekod Pasangan Mata Wang Eurusd Dan Covid19

Diari Pedagang Pada 5 November 2020 Anti Rekod Pasangan Mata Wang Eurusd Dan Covid19

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 276 hits
Anti rekod Covid19Dunia mencatat rekod anti COVID 19 yang lain apabila kes baru meningkat 571 000 Maksimum kes baru di AS ialah 108 000 sehari kematian maksimum di dunia ialah 9 000 sehari Di Perancis yang merupakan pusat wabak di Eropah le...
7 Ah Long Dicekup

7 Ah Long Dicekup

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 187 hits
7 AH LONG DICEKUP Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU 031120 Polis Johor menahan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ceti haram atau ah long di Residensi Impian Senibong di sini hari ini Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan M...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini