6014 Ppim Ada Usaha Galak Pemandu Penunggang E Hailing Carum Perkeso Harian Metro 06 06 2020



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan bersepadu oleh kerajaan dan syarikat e-hailing bagi memastikan semua pekerja sektor itu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kesedaran melakukan caruman Perkeso dalam kalangan pekerja e-hailing ketika ini masih rendah meskipun beberapa kes kemalangan yang dilaporkan menyaksikan kesan kepada mangsa dan waris.Oleh itu, pihaknya mencadangkan beberapa langkah untuk dipertimbangkan dalam usaha itu bagi memberi pembelaan sewajarnya jika berlaku kemalangan dalam kalangan pekerja e-hailing."Saya difahamkan ketika ini kira-kira 150,000 pemandu e-hailing berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan tidak termasuk sekitar 300,000 hingga 400,000 lagi yang terbabit dalam e-hailing motosikal."Jika wujud satu kaedah yang lebih mudah untuk memastikan kesemua yang mendaftar sebagai pekerja e-hailing mencarum dengan Perkeso, saya fikir ini dapat membawa banyak manfaat kepada pekerja itu sendiri," katanya.Jelas Nadzim, beberapa perkara dilihat boleh dipertimbangkan misalnya dengan mengenakan prasyarat mencarum dengan Perkeso sewaktu proses pendaftaran sebagai pemandu atau penunggang e-hailing dilakukan."Syarikat (e-hailing) itu sendiri menjadi pemudah cara proses dan mungkin boleh menyumbang sesuatu misalnya membantu sebahagian jumlah caruman yang pasti lebih menarik pemandu dan penunggang untuk tampil mendapatkan perlindungan (mencarum)," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan dan dialog bersama beberapa pihak berkepentingan termasuk wakil pemandu dan penunggang e-hailing serta pihak Perkeso di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baharu di sini, hari ini.Sesi dialog itu antaranya turut menyentuh isu kemalangan membabitkan pemandu bawah pengaruh alkohol yang meragut nyawa seorang penunggang e-hailing, baru-baru ini.Nadzim berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius apa lagi perundangan negara ketika ini tidak begitu membela nasib mangsa dan keluarga."Kita mencadangkan supaya adanya ganti rugi dalam perundangan yang dipinda nanti. Ya, mungkin ada akta lain yang membolehkan mangsa atau waris mendakwa tetapi jika tiada keupayaan kewangan untuk upah peguam dan sebagainya, tidak guna juga."Mungkin pemandu mabuk itu akan dipenjarakan namun kita rakyat juga yang bayar kos penyelenggaraan di penjara, ia tidak menguntungkan kita apa lagi mangsa atau warisnya."Oleh itu, kita sedang mengumpulkan semua cadangan berkaitan sektor e-hailing ini dan akan menyampaikannya kepada pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri untuk pertimbangan lanjut secepat mungkin," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
PPIM ADA USAHA GALAK PEMANDU, PENUNGGANG E-HAILING CARUM PERKESO
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586775/ppim-ada-usaha-galak-pemandu-penunggang-e-hailing-carum-perkeso


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/06/6014-ppim-ada-usaha-galak-pemandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 288 hits
Kesedaran melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manus...
6003 Kesedaran Mencarum Individu Bekerja Sendiri Masih Rendah Metrotv Harian Metro 05 06 2020

6003 Kesedaran Mencarum Individu Bekerja Sendiri Masih Rendah Metrotv Harian Metro 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 423 hits
KESEDARAN melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manus...
6024 Tubuh Jawatankuasa Atasi Ketagihan Merokok Kanak Kanak Harian Metro 11 06 2020

6024 Tubuh Jawatankuasa Atasi Ketagihan Merokok Kanak Kanak Harian Metro 11 06 2020

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 385 hits
PENCEGAHAN tabiat merokok perlu bermula dari rumah dan pengawasan ketat ibu bapa boleh menghalang kanak kanak mencuba merokok Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata peranan itu perlu dimainkan ibu bapa se...
5996 Kebaikan Keindahan Daripada Ajaran Agama Harian Metro 03 06 2020

5996 Kebaikan Keindahan Daripada Ajaran Agama Harian Metro 03 06 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 374 hits
Apakah anda tahu agama ini sebenarnya apa Apakah definisi agama Agama ini apakah kaitannya dengan manusia Mengapa agama ini perlu kepada akal dan ia adalah syarat seseorang wajib untuk melaksanakan ibadah Insan atau manusia adalah istilah y...
5994 Wujud Tabung Khas Bantu Mangsa Pemandu Mabuk Sinar Harian 03 06 2020

5994 Wujud Tabung Khas Bantu Mangsa Pemandu Mabuk Sinar Harian 03 06 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 411 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersedia untuk mewujudkan satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga kepada mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma amor Osman berkata baga...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Ekor Hangus

Pelancongan Tanah Tinggi Batu Malang

Lirik Lagu Aku Ada Putri Dahlia Zaki Yamani

Raya Korban Salam Aidiladha 1446h June 2025

Memang Azab Rasa Dia Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Lepas Bersalin

Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi