5994 Wujud Tabung Khas Bantu Mangsa Pemandu Mabuk Sinar Harian 03 06 2020



SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia untuk mewujudkan satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga kepada mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, bagaimanapun perbincangan mengenai hal itu perlu dilakukan terlebih dahulu menerusi mesyuarat PPIM sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Saya lihat kes berkaitan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi dan memang ada keperluan untuk kita beri bantuan segera kepada mangsa termasuk keluarga yang terjejas.

"Oleh itu, saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat PPIM dalam masa terdekat untuk dibincangkan secara terperinci bagaimana untuk kami sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) boleh membantu termasuk untuk mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ma'amor berkata, selain itu PPIM juga mempunyai dana sendiri yang dikumpulkan melalui dana infaq serta program Zero Hunger untuk membantu golongan memerlukan termasuk untuk kes-kes kecemasan.

"Dalam kes pemandu mabuk ini yang boleh dianggap sebgai 'urgent case', kita boleh gunakan dana ini untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat," katanya.

Selain itu, Ma'amor berkata, beliau percaya banyak NGO lain di luar sana yang turut sama prihatin dengan nasib menimpa mangsa atau keluarga mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk ini.

"Saya percaya sudah ada yang tampil menghulurkan bantuan atau sumbangan secara senyap-senyap dan tidak mahu ia dihebahkan," katanya.

Semalam, seorang penghantar makanan maut selepas dilanggar seorang pekerja kedai aksesori kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Tun Razak di ibu negara.

Pekerja kedai aksesori kereta itu, Khor Yong Zhang, 21, juga didakwa di mahkamah semalam, namun mengaku tidak bersalah melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Sebelum itu, seorang kakitangan Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 42, turut meninggal dunia selepas kereta dipandunya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin pada malam 25 Mei lalu.


Artikel oleh: Sinar Harian

WUJUD TABUNG KHAS BANTU MANGSA PEMANDU MABUK

https://www.sinarharian.com.my/article/86049/BERITA/Nasional/Wujud-tabung-khas-bantu-mangsa-pemandu-mabuk



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/06/5994-wujud-tabung-khas-bantu-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6005 Keluarga Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Terima Wakalah Perkeso Bernama 05 06 2020

6005 Keluarga Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Terima Wakalah Perkeso Bernama 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 5 Jun Alhamdulillah syukur banyak pihak datang membantu saya dan anak anak untuk meneruskan kehidupan kata Zahlawati Zahlan 47 Dia adalah balu kepada Mohamed Zaili Mohamed yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Is...
6014 Ppim Ada Usaha Galak Pemandu Penunggang E Hailing Carum Perkeso Harian Metro 06 06 2020

6014 Ppim Ada Usaha Galak Pemandu Penunggang E Hailing Carum Perkeso Harian Metro 06 06 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 407 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa tindakan bersepadu oleh kerajaan dan syarikat e hailing bagi memastikan semua pekerja sektor itu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kesedaran ...
Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 492 hits
Sayu apabila mendengar harapan dari seorang isteri yang kehilangan suami tersayang akibat dirempuh oleh pemandu mabuk Kejadian yang berlaku pada hari raya kedua itu telah meranapkan hati seorang isteri dan mengharapkan agar hukuman yang set...
Dah Langgar Seret Motor Mangsa Pemandu Mabuk Ini Siap Buat Thumbs Up Lagi Biadap

Dah Langgar Seret Motor Mangsa Pemandu Mabuk Ini Siap Buat Thumbs Up Lagi Biadap

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 538 hits
Sampai bila agaknya kes melibatkan pemandu mabuk boleh berhenti small Cover image via BMF Media TV Facebook span span small Kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dilihat semakin menjadi jadi sehingga hari ini a href https images says com...
Pemandu Mabuk Pas Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet

Pemandu Mabuk Pas Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 323 hits
SHAH ALAM Pas mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menggantung semua pengeluaran perniagaan dan penjualan arak sehingga semua langkah baharu diambil bagi menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk...
Saya Kini Hilang Tempat Bergantung Luah Isteri Mangsa Pemandu Mabuk

Saya Kini Hilang Tempat Bergantung Luah Isteri Mangsa Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 336 hits
Semalam Ohmedia ada kongsi mengenai seorang lelaki yang maut dirempuh pemandu mabuk sewaktu pulang mmebuat food delivery yang dijual oleh isterinya Hari ini isteri kepada mangsa berkenaan meluahkan perasaan setelah kehilangan suami yang dis...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle