6003 Kesedaran Mencarum Individu Bekerja Sendiri Masih Rendah Metrotv Harian Metro 05 06 2020



KESEDARAN melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e-hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat.Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu yang bekerja dalam sektor e-hailing meninggal dunia ketika bekerja direkodkan pada Januari hingga Mei lalu."Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu yang hilang pekerjaan memilih untuk bekerja sendiri bagi mendapatkan pendapatan."Namun, ramai antara mereka belum menyedari kepentingan melakukan caruman keselamatan yang memberikan jaminan masa depan terutama kepada waris sekiranya berlaku insiden tidak diingini terhadap mereka."Justeru, kami menyeru individu bekerja sendiri atau pihak majikan terbabit dalam sektor berkenaan seperti e-hailing supaya tampil membuat caruman bagi menjamin keselamatan pada masa hadapan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah Zahlawati Dahlan, 47, balu kepada penghantar makanan, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang meninggal dunia selepas motosikal dinaikinya dilanggar pemandu mabuk di Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.Razmi bersama Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Zahlawati dan empat anaknya ketika menziarah mereka sekeluarga, hari ini.Razmi berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menghubungi waris Mohamer Zaili untuk mendapatkan maklumatnya.MOHD Razmi (kanan) menyampaikan sumbangan Wakalah anggota PERKESO kepada Balu Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, Zahlawatti Dahlan, 47 di kediaman beliau di Bukit Antarabangsa. FOTO Asyraf Hamzah

"Bagaimanapun, semakan mendapati arwah tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau mana-mana skim Perkeso lain."Melihat keadaan itu, kami mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan wang tunai RM500 kepada balu arwah, RM100 kepada setiap anak arwah, duit raya serta hamper kepada mereka menerusi sumbangan wakalah anggota Perkeso," katanya.Sementara itu, Nadzim berkata, selain individu yang berkerja sendiri, pemain industri terbabit dalam sektor berkenaan perlu mengambil langkah melakukan caruman keselamatan kepada mereka."Ramai pemain industri yang terbabit dalam sektor pekerjaan sendiri termasuk e-hailing seperti platform jualan dalam talian sepatutnya mengambil langkah awal dengan mencarum untuk individu yang bekerja untuk mereka seperti penghantar makanan."Ini kerana individu terbabit bekerja untuk mereka dan tanpa mereka tidak berlaku penghantaran kepada pelanggan. Namun, golongan ini tidak mendapat jaminan keselamatan daripada syarikat terbabit ketika bekerja," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro 
KESEDARAN MENCARUM INDIVIDU BEKERJA SENDIRI MASIH RENDAH [METROTV]
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586264/kesedaran-mencarum-individu-bekerja-sendiri-masih-rendah-metrotv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/06/6003-kesedaran-mencarum-individu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 260 hits
Kesedaran melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manus...
Gbp Usd Unjuran Tinggi Rendah Urusniaga Harian Untuk 05 Jun 2020

Gbp Usd Unjuran Tinggi Rendah Urusniaga Harian Untuk 05 Jun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 343 hits
The High Of The Day dan Low Of The Day dari Central Bank Dealer Range hari ini biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 dalam keadaan pasaran biasa tetapi kadang kadang harganya boleh mencapai STDV 5 STDV 6 semasa keadaan turun naik yang tinggi ...
6014 Ppim Ada Usaha Galak Pemandu Penunggang E Hailing Carum Perkeso Harian Metro 06 06 2020

6014 Ppim Ada Usaha Galak Pemandu Penunggang E Hailing Carum Perkeso Harian Metro 06 06 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 374 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa tindakan bersepadu oleh kerajaan dan syarikat e hailing bagi memastikan semua pekerja sektor itu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kesedaran ...
5996 Kebaikan Keindahan Daripada Ajaran Agama Harian Metro 03 06 2020

5996 Kebaikan Keindahan Daripada Ajaran Agama Harian Metro 03 06 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 350 hits
Apakah anda tahu agama ini sebenarnya apa Apakah definisi agama Agama ini apakah kaitannya dengan manusia Mengapa agama ini perlu kepada akal dan ia adalah syarat seseorang wajib untuk melaksanakan ibadah Insan atau manusia adalah istilah y...
Haji 2020 Ditiadakan Tanpa Rapat Dengan Komisi Viii Dpr Menilai Menteri Agama Sudah Merasa Hebat Sendiri

Haji 2020 Ditiadakan Tanpa Rapat Dengan Komisi Viii Dpr Menilai Menteri Agama Sudah Merasa Hebat Sendiri

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 246 hits
Keputusan Menteri Agama Indonesia Fachrul Razi tidak memberangkatkan jamaah haji di tahun 2020 menuai kritikan dari Dewan Perwakilan Rakyat Diantaranya adalah kritikan dari Iskan Qolba Lubis slah satu anggota Komisi VIII DPR RI Enggak tahu ...
Keberhasilan Penjualan Produk Umkm Di Pasar Digital Masih Rendah

Keberhasilan Penjualan Produk Umkm Di Pasar Digital Masih Rendah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 225 hits
Menteri Koperasi dan Usaha Kecil Menengah Teten Masduki mengatakan keberhasilan penjualan produk Usaha Mikro Kecil dan Menengah di pasar digital atau e commerce dinilai masih rendah yakni hanya berkisar 4 10 persen
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator