Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini


Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini
ALOR SETAR — Enam sungai di Kedah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam ini.
Menurut laman rasmi Public Info Banjir, di Kedah, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu merekodkan bacaan 22.49 meter (m) melepasi paras bahasa 21.6m.
Manakala Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang mencatatkan paras air 7.01m melepasi paras bahaya 6.3m.
Sungai Ketil di Kampung Bongor (F2), Baling pula melepasi paras bahaya 60.25m (60m). Sementara di Sungai Perik di Kampung Perik (F2), Padang Terap turut merekodkan 14.41m melepasi paras bahaya 14.2m.
Sementara itu, Sungai Pendang di Pekan Pendang, Pendang mencatatkan paras 3.41m melebihi paras bahaya 2.7m.
Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar turut merekodkan bacaan 2.65m melepasi paras bahaya 2.6m.
Kesemua paras air sungai ini menunjukkan trend menaik setakat jam 8 malam ini.
Jumlah Mangsa Banjir Petang Ini Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Pulau Pinang terus meningkat, manakala di Kedah mencatatkan penurunan setakat petang ini.
Di PERAK, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 2,963 orang daripada 1,006 keluarga setakat petang ini, berbanding 2,922 orang daripada 993 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan dua lagi PPS dibuka di Manjung dan Kerian menjadikan keseluruhan 28 PPS beroperasi setakat ini.
Seramai 2,042 orang daripada 712 keluarga ditempatkan di 19 PPS di Larut, Matang dan Selama, 597 orang daripada 199 keluarga di lima PPS di Manjung, 214 orang daripada 64 keluarga di tiga PPS di Kerian, serta 110 mangsa daripada 31 keluarga di sebuah PPS di Perak Tengah.
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit apabila 1,052 orang daripada 288 keluarga direkodkan berada di PPS petang ini, berbanding 1,026 orang daripada 279 keluarga pagi tadi.
Menurut laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang dibuka masih kekal tujuh dengan empat di Seberang Perai Utara (SPU), dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dan satu di Barat Daya.
Daerah SPU mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 798 orang dengan 401 orang berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, 151 orang di Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang, 127 orang (SK Padang Menora) dan 119 orang (pusat penempatan banjir Labuh Banting).
Di Seberang Perai Tengah (SPT) pula, sebanyak 175 orang ditempatkan di SK Guar Perahu dan 45 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir, manakala 34 orang berlindung di SK Tan Sri Awang Had Salleh dalam daerah Barat Daya.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir sedikit berkurangan kepada 1,562 orang daripada 488 keluarga setakat petang ini berbanding 1,858 orang daripada 587 keluarga pagi tadi, dengan semua mangsa dari daerah Kulim, Baling, Pokok Sena dan Pendang ditempatkan di 15 PPS.
JPBN Kedah dalam kenyataan memaklumkan Pendang merupakan daerah terbaharu terjejas banjir dengan tiga orang daripada sebuah keluarga ditempatkan di Dewan Badminton Tanjung Radin yang dibuka pada 2 petang tadi manakala 73 orang daripada 23 keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena.
Daerah Kulim masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,146 orang daripada 346 keluarga ditempatkan di lapan PPS manakala di daerah Baling, seramai 340 orang daripada 118 keluarga ditempatkan di lima PPS.
“PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng yang dibuka di daerah Kuala Muda pada Rabu, telah ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Public Info Banjir
The post Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/enam-sungai-di-kedah-lepasi-paras-bahaya-malam-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 129 hits
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta Dalam dunia moden hari ini telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian Daripada kerja komunikasi hinggalah kepada hiburan dan navigasi jal...
Terlibat Malam Terlarang

Terlibat Malam Terlarang

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 212 hits
Firstly Kecewa Kecewa weh ambil gambar kredit title tak clear ada masalah kamera handphone tapi tahu kedudukan nama yang ada saya tandakan Aduhyai Gambar tak clear pula bahagian kredit title ada nama saya Ok lah Filem MalamTerlarang sudah m...
Sabri Yunus Berselera Makan Muntah Dalam Satu Babak Malam Terlarang

Sabri Yunus Berselera Makan Muntah Dalam Satu Babak Malam Terlarang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 161 hits
Sabri Yunus seorang pelakon yang turut terlibat dalam filem Malam Terlarang menyatakan bahawa dia berselera untuk makan muntah dalam satu babak filem tersebut Katanya muntah tu memang sedap Perkongsian yang melucukan ini dikongsi ketika sid...
Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 169 hits
Rachel KohBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan eksperimen sosial dengan penubuhan kedai makan yang menawarkan hidangan sarapan makan tengah hari dan makan malam dengan harga hanya RM5 Malah dia juga memperkenalkan syarikat serbane...
Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui Malam Terlarang

Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui Malam Terlarang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 232 hits
Pelakon jelita Sofea Jane kembali ke filem horror selepas sekian lama tidak melibatkan diri dalam filem filem bergenre sebegini Kali terakhir Sofea Jane terlibat dalam bergenre seram ialah melalui filem Susuk yang diterbitkan pada 2008 Menu...
Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 286 hits
Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak kanak di Malaysia Satu kes terkini menggemparkan negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut B...
Indeks Nasdaq 100 Berpotensi Untuk Mengukuh Hari Ini Ke Arah Paras Rintangan Terdekat Khamis 30 Oktober 2025

Indeks Nasdaq 100 Berpotensi Untuk Mengukuh Hari Ini Ke Arah Paras Rintangan Terdekat Khamis 30 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 173 hits
Indeks Nasdaq 100 Khamis 30 Oktober 2025 Hari ini Indeks Nasdaq 100 berkemungkinan meningkat disebabkan oleh semua data teknikal yang menunjukkan potensi sedemikian Tahap Utama 1 Rintangan 2 26402 9 2 Rintangan 1 26249 4 3 Pivot 26077 5 4 S...
Lagi Kes Rog L Berkumpulan Berlaku Di Sekolah Kali Ini Di Baling Kedah

Lagi Kes Rog L Berkumpulan Berlaku Di Sekolah Kali Ini Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 187 hits
Kalau baru baru ini kes jenayah seksual melibatkan empat pelajar berlaku di Melaka kali ini kejadian serupa berlaku di Baling Kedah pula Lapor Sinar Harian tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di Baling telah ditahan selepa...
Drama Bad Cop

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila