Tenun Pahang Diraja Dari Penjara Bentong Hiasi Pemimpin Pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak Asean Malam Ini




KUALA LUMPUR: Tenun Pahang Diraja hasil tangan prospek di Penjara Bentong bakal mencuri tumpuan apabila busana berasaskan tenunan eksklusif itu menghiasi para pemimpin ASEAN dan dunia pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan malam ini.
Menonjolkan kehalusan seni budaya Malaysia, seramai 31 prospek yang dilatih dalam kemahiran Tenun Pahang Diraja menghasilkan 35 helai kain tenun tangan, masing-masing berukuran tiga meter panjang dan 0.88 meter lebar, untuk dijadikan pakaian rasmi bagi pemimpin yang menghadiri acara berprestij itu.
Ketua Inspektor Penjara, Wan Yuzaini Wan Samsudin berkata daripada jumlah itu, 16 prospek bertanggungjawab terhadap kerja awal penenunan seperti penyediaan benang, pencelupan warna dan penyusunan corak, manakala 15 lagi menumpukan pada proses tenunan menggunakan alat tenun tradisional.
Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, prospek mengambil masa kira-kira sebulan untuk memilih warna, corak dan reka bentuk sebelum memulakan tempoh penenunan selama tiga bulan.
"Ini benar-benar membuktikan kesungguhan dan ketekunan mereka dalam menghasilkan karya yang bernilai tinggi. Saya amat berbangga dan terharu melihat hasil ciptaan prospek kami dipamerkan di peringkat antarabangsa serta diiktiraf di pentas dunia," katanya.
Wan Yuzaini berkata, pengiktirafan itu menjadi inspirasi kepada prospek dan juga pegawai penjara untuk terus melahirkan tenaga mahir yang mampu menghasilkan karya berkualiti tinggi dan bernilai seni.
Pegawai yang bertanggungjawab mengurus Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Bentong menjelaskan bahawa padanan warna yang digunakan dalam rekaan busana pemimpin itu melambangkan status, adat tempatan dan identiti negara.
"Corak dan ragam hias pada Tenun Pahang Diraja yang dipilih menggunakan teknik ikat cuai serta bunga colek tabur yang mempunyai falsafah tersendiri. Reka corak kain tenun ini adalah warisan yang membawa identiti, darjat dan kepercayaan masyarakat Melayu di Pahang," katanya.
Pencapaian itu mencerminkan komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan program pemulihan yang bermakna berasaskan kemahiran kepada prospek, sekali gus memberi peluang kedua kepada mereka untuk membina kehidupan baharu.
"Ia juga membuktikan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berubah dan berjaya apabila diberi peluang serta kepercayaan," tambahnya.
Menurut Wan Yuzaini, prospek menjalani latihan tersusun yang merangkumi semua peringkat penghasilan kain tenun tradisional - daripada penyediaan benang, pemasangan alat tenun hinggalah kepada penguasaan teknik tenunan halus di Bengkel Tenun Penjara Bentong.
Latihan tersebut dikendalikan oleh pegawai penjara terlatih yang memantau setiap peringkat dengan teliti bagi memastikan ketepatan dan kualiti hasil kerja.
"Pemantauan kualiti diberikan keutamaan bagi memastikan setiap helai kain tenun memenuhi piawaian Tenun Pahang Diraja. Para prospek turut mengikuti kursus dan bengkel secara berkala bagi mengekalkan tahap kemahiran tertinggi dalam seni tenunan," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan menjadi hos Jamuan Gala bagi pemimpin ASEAN dan tetamu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
Di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, "Keterangkuman dan Kemampanan", Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung dari 26 hingga 28 Okt, menghimpunkan pemimpin daripada kesemua 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.
Acara ini dijangka menjadi perhimpunan ASEAN terbesar sejak penubuhannya pada 1967, sekali gus menyerlahkan kedudukan rantau ini yang semakin menonjol di pentas global.#BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/tenun-pahang-diraja-dari-penjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 206 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini SEPANG 25 Okt Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing ma...
5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak Asean 1976

5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak Asean 1976

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 193 hits
5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak ASEAN 1976 Pada tahun 1976 sejarah tercipta di rantau Asia Tenggara apabila Sidang Kemuncak Ketua Ketua ASEAN diadakan buat pertama kalinya sejak penubuhan ASEAN pada Ogos 1967 Ia berlangsung p...
Sidang Kemuncak Asean Bermula Hsri Ini

Sidang Kemuncak Asean Bermula Hsri Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 269 hits
Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 bermula hari ini menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif sejahtera dan berdaya tahan Alhamdulillah pagi ini saya menya...
Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 256 hits
Ketibaan Presiden AS Donald Trump di Malaysia disertai jet pejuang TUDM untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 lawatan pertamanya sejak terpilih semula KUALA LUMPUR Hari ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia menggunakan pes...
E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 180 hits
Dalam acara yang agak mengejutkan PM Anwar Ibrahim telah mendedahkan lebih awal 2 model terbaru Proton dari tarikh pelancarannya iaitu model EV e MAS 5 dan Proton Saga Ia didedahkan secara tidak rasmi di laman rasmi FB PM Anwar Ibrahim keti...
Sidang Kemuncak Asean Logistik Kemudahan Hotel Di Putrajaya Tak Cukup Anwar

Sidang Kemuncak Asean Logistik Kemudahan Hotel Di Putrajaya Tak Cukup Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 243 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Logistik Kemudahan Hotel Di Putrajaya Tak Cukup Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 diadakan di Kuala Lumpur kerana logistik dan kemudahan hotel di Putrajaya tidak menc...
Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 180 hits
Presiden Indonesia PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok SUBANG 25 Okt Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berk...
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 210 hits
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Timbalan PM Sah Wakili Rusia Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Presiden Rusia Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang namun setakat ini hanya Timba...
Sidang Kemuncak Asean Ketua Jabatan Dibenar Pertimbang Permohonan Kerja Dari Rumah

Sidang Kemuncak Asean Ketua Jabatan Dibenar Pertimbang Permohonan Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 172 hits
Sidang Kemuncak Asean Ketua Jabatan Dibenar Pertimbang Permohonan Kerja Dari Rumah PUTRAJAYA 13 Okt Ketua Jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan bekerja dari rumah bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat y...
Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Gila Mangsa Kemalangan Dibiar Meninggal Dunia Penduduk Sibuk Kebas Diesel

Cara Jadi Kaya Dengan Makan Gaji Alwi Adam Ceo Ezaz Wealth Management

Dari Tak Dikenali Hingga Jadi Fenomena Di Thailand Ini Kisah Pasukan Bola Monthongwitaya

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son

Drama Bf Green Flag

Hiburan Nubhan Seorang Abah Yang Baik Dr Afifah Tawfek

Ronda Ronda Ferringhi Bay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Serahan Dewan Sri Saujana

Santai Perpisahan Tremendous

My Comfort Food

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy