5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019



KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram mengambil inisiatif menganjurjan Karnival MyJeram 2019.

Karnival yang disifatkan sebagai terbesar di Selangor itu bakal berlangsung pada 27 hingga 29 September ini di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Karnival berkenaan juga dianjurkan secara bersama oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan akan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli berkata, objektif penganjuran program berkenaan ialah untuk merapatkan hubungan penduduk pelbagai agama dan kaum di sekitar kawasan jeram.
"Selain itu, program ini juga bertujuan menyemai nilai-nilai harmoni bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
"Menerusi program ini, keharmonian dan perpaduan baik di DUN Jeram, Selangor mahupun seluruh negara akan bertambah kukuh, selain jurang antara masyarakat dirapatkan supaya dapat hidup dengan aman dan selesa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelbagai program dan acara telah dirangka dalam program selama tiga hari itu dengan antaranya ialah wacana intelek, bicara usahawan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan pesta buku.
Acara sukan turut diadakan termasuklah 'wall climbing', Sawit Ride Cycling, seni pertahankan diri, Zumba Perdana, pertandingan seni silat dan silat olahraga kebangsaan. Program untuk kanak-kanak turut diadakan seperti 'petting zoo', taman riang ria kanak-kanak, pertandingan mewarna, pertunjukkan Upin Ipin dan pertandingan Beyblade. Pelbagai hadiah serta cabutan bertuah termasuklah motosikal menanti pengunjung yang hadir karnival berkenaan.
Selain itu, pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut menyertai karnival tersebut seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sebagainya yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk di Jeram.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram di talian 03-3396 0036. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia
KARNIVAL MYJERAM 27 SEPTEMBER INI
https://www.utusan.com.my/mega/rekreasi/karnival-myjeram-27-september-ini-1.968302

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5261-karnival-myjeram-27-september-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 444 hits
PENULIS percaya ramai yang keliru apabila timbul gesaan untuk membeli atau mengutamakan produk Muslim Tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang melancarkan kempen untuk membeli produk Muslim terus dilabel sebagai usaha untuk memboiko...
16 September 2019 Selamat Menyambut Hari Malaysia

16 September 2019 Selamat Menyambut Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 830 hits
Assalamualaikum Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 Jadi mesti ramai di antara rakan rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti be...
5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Kempen utamakan produk Muslim perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata umat Islam membeli produk bum...
5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 722 hits
Hari ini kita sudah berada pada 6 Muharam 1441 Hijrah Memang cepat masa berlalu Sedar atau tidak umur kita semakin meningkat Semakin dekat kita untuk kembali menemui Allah Rabbul Jalil Persoalannya cukupkah sudah bekalan kita untuk dibawa k...
5236 Kalau Nak Boikot Saya Tidak Boleh Buat Apa Apa Nadzim Utusan Malaysia 05 09 2019

5236 Kalau Nak Boikot Saya Tidak Boleh Buat Apa Apa Nadzim Utusan Malaysia 05 09 2019

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 648 hits
KUALA LUMPUR Kempen ini sebenarnya mudah sahaja Sokong peniaga yang bayar zakat Itu pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan yang diundang sebagai tetamu segmen bual pagi Mornink Blues yang disiarkan seca...
5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 556 hits
KUALA LUMPUR 8 Sept Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain Penganalisis jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata Malaysia boleh meny...
Fitbit Versa 2 Berharga Rm998 Di Malaysia Mula Dijual 15 September

Fitbit Versa 2 Berharga Rm998 Di Malaysia Mula Dijual 15 September

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 324 hits
Fitbit telah pun melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka Fitbit Versa 2 secara rasminya pada awal pagi ini Selari dengannya kini Fitbit turut telah mengumumkan yang mana jam tangan pintar berkenaan akan dijual di Malaysia mulai 15 Sept...
Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Kerana Seorang Lelaki

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia Diiktiraf Fifa

After Mic Speaks Out Ex Mca Veep Takes Swipe At Wee

Has Jakim S Strict Halal Compliance Standards Been Compromised In Exchange For Us Tariff Reduction

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Persib Tundukkan Western Sydney Wanderers 1 0 Di Laga Uji Coba Gbla

Jagung Pulut Manis Wangi Semerbak Ketika Dimasak