5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019



Hari ini kita sudah berada pada 6 Muharam 1441 Hijrah. Memang cepat masa berlalu. Sedar atau tidak, umur kita semakin meningkat. Semakin dekat kita untuk kembali menemui Allah Rabbul Jalil. Persoalannya, cukupkah sudah bekalan kita untuk dibawa ke hari akhirat? Sempurnakah sudah solat, puasa, zakat dan kefarduan lain?Justeru, marilah kita merebut peluang menambah amalan dalam bulan Muharam ini antaranya dengan berpuasa sunat. Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat di waktu malam.” (Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram)Antara hari yang amat digalakkan berpuasa adalah hari Asyura atau hari ke-10 Muharam yang jatuh Selasa ini. Kelebihannya adalah ganjaran iaitu menghapuskan dosa setahun yang lalu. Abu Qotadah Al-Ansory berkata, Nabi SAW ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, “Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, “Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)Bagi orang mukmin, kita digalakkan menambah puasa sunat sehari sebelum puasa Asyura. Ia bertujuan membezakan dengan puasa orang Yahudi dan Kristian. Abdullah bin Abbas r.a berkata: Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya, para sahabat berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Baginda SAW menjawab: “Pada tahun hadapan, insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharam. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah SAW wafat.” (Riwayat Muslim)Semoga kita diberi kekuatan melaksanakan ibadat puasa sunat Muharam selain melipatgandakan amalan lain termasuk qiamullail. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya bangun berqiamullail dan memberi khabar gembira kepada sesiapa yang melakukannya iaitu mendapat kemuliaan daripada Allah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh.” (Riwayat at-Tirmidzi)Bercakap tentang hijrah, maka kita disuruh sentiasa memperbaiki diri termasuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Ini juga bertepatan dengan hadis Rasullullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini adalah lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Untuk itu, kita menyokong saranan Presiden Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED), Datuk Nazilah Idris yang menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam. Ini kerana tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna mengenai status halal sesuatu produk.Ia susulan penentangan pihak pengeluar bukan Islam terhadap perancangan kerajaan bagi memperkenalkan tulisan Jawi dalam kurikulum tahun empat untuk sekolah vernakular. Antara yang turut lantang membantah adalah Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong). Pada 10 Ogos lalu, Dong Zong melancarkan petisyen membantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh komuniti bukan Islam dan mendakwa ia bercanggah dengan Artikel 12 (3) Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga mendakwa ia adalah langkah islamisasi.Yang menghairankan dalam mereka membantah pelaksanaan di sekolah, pengeluar bukan Islam ini pula tanpa segan silu menggunakan tulisan Jawi pada produk makanan mereka. Lebih daripada itu, mereka menggunakan nama atau cap berunsur Islam seperti masjid. Semua ini bagi mengelabui mata umat Islam agar menggunakan produk mereka.Barangkali sudah sampai masanya hanya produk keluaran Muslim dibenar menggunakan tulisan Jawi. Sebabnya, Islam menyuruh kita mencari sumber makanan yang halal lagi baik serta suci. Sebabnya setiap yang kita makan itu akan menjadi darah daging.Mengulas isu sama, Ketua Aktivis Persatuan Penguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata: “Kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam jadi produk bukan Islam sepatutnya dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa sahaja label perniagaan bukan Islam.”Mengambil semangat hijrah, eloklah umat Islam mengutamakan produk keluaran Muslim berbanding kaum lain. Dengan demikian kehalalannya terjamin selain dapat membantu memperkukuhkan ekonomi orang Islam di Malaysia.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
PUASA ASYURA, TULISAN JAWI
https://www.utusan.com.my/rencana/utama/puasa-asyura-8232-tulisan-jawi-1.966063



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5239-puasa-asyura-tulisan-jawi-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 391 hits
PENULIS percaya ramai yang keliru apabila timbul gesaan untuk membeli atau mengutamakan produk Muslim Tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang melancarkan kempen untuk membeli produk Muslim terus dilabel sebagai usaha untuk memboiko...
5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 562 hits
KUALA LUMPUR 10 Sept Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Jeram mengambil inisiatif menganjurjan Karnival MyJeram 2019 Karnival yang disifatkan sebagai terbesar di Selan...
5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR 8 Sept Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain Penganalisis jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata Malaysia boleh meny...
Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 467 hits
Oleh ZANIRUN BABAANNUAL REPORT of UTUSAN as of April 2019 more than half of the TOP30 major shareholders are Chinese mostly from MCA UTUSAN ANNUAL REPORT 2019 4 TOP30 6 Tan Jin Tuan 999 000 0 902 7 Chua Eng Ho Waa Chua Eng Wah 863 900 0 780...
5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Kempen utamakan produk Muslim perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata umat Islam membeli produk bum...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru