16 September 2019 Selamat Menyambut Hari Malaysia


Assalamualaikum…
Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 . Jadi mesti ramai di antara rakan-rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti bersama keluarga tersayang memandangakan hari tersebut merupakan cuti umum . Bagaimana pula dengan sambutan Hari Malaysia kalian semua pada tahun ini ? Mungkin lebih menarik sebagai tanda sayangnya kita kepada negara malaysia tercinta ini . Saya berasa teramat bertuah sekali kerana dapat melihat Jalur Gemilang berkibar di mana-mana dengan megahnya .
Apa kata kita cuba kembali ke sejarah tentang bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini untuk bacaan bersama .
Sejarah Bendera Malaysia dan Jalur Gemilang Bendera Malaysia atau dikenali sebagai Jalur Gemilang Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949 , dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949 . Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamed bin Hamzah .
Sumber gambar dari Google JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan . Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu , Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan .
Pada 15 November 1949 , Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang .
Bagaimanapun , rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor , Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 .
Setelah diubahsuai beberapa kali , rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 . Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut :-
“ That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu , buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI .
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang , beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950 , Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama , bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor , Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
Penubuhan Dan Pembentukan Malaysia Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Singapura Berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan ( terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya . )
Nama Jalur Gemilang Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia , pada kemerdekaan ke-40 pada 1997 , namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya , N.U.S.A , Mega Sakti , Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris . Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995 . Pada 1 Julai 1996 , Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang , Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur .
Maksud Jalur dan Gemilang
JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Apabila sebut pasal Jalur Gemilang ini , teringat pula lagu Jalur Gemilang bukannya apa , bila dengar lagu tersebut , memang rasa bersemangat je . Sedikit maklumat mengenainya , iaitu ketika “Jalur Gemilang” dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos 2003 .
Sama-sama kita hayati lirik lagunya :
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang
Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa
Sambutan Hari Malaysia Saya di sini walaupun secara sederhana menyambut Hari Malaysia dengan mengibar Jalur Gemilang di rumah dan memasangnya juga di kereta serta motor , ia menunjukkan saya sebagai salah seorang rakyat dari berjuta-juta orang yang bertuah di Malaysia mencintai dan menunjukkan semangat patriotik . Semoga negara kita Malaysia akan kekal aman dan damai …Amin…
Jutaan terima kasih juga saya ingin sampaikan kepada pemimpin-pemimpin yang terdahulu bertungkus-lumus dan berkorban masa dan tenaga untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang aman dan makmur . Ini adalah kerana , tanpa mereka , mungkin kita tidak dapat mengecapi apa yang ada sekarang ini . Akhir kata , saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan dan blogger serta pembaca setia blog ini .
Fakta-fakta penubuhan Negara Malaysia , Bendera Malaysia , Jalur gemilang dan juga lirik lagu Jalur Gemilang kredit kepada Wikipedia
The post 16 September 2019 , Selamat Menyambut Hari Malaysia appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wanzawawi.net/2019/09/16-september-2019-selamat-menyambut-hari-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Malaysia 2019

Selamat Hari Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 1077 hits
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di Pertua Negeri Walaup...
5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 523 hits
KUALA LUMPUR 10 Sept Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Jeram mengambil inisiatif menganjurjan Karnival MyJeram 2019 Karnival yang disifatkan sebagai terbesar di Selan...
Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 548 hits
Walaupun agak terlambat masih jua aku ingin memperingatinya di sini Sumber copyright 2018 All rights reserved
Hari Malaysia 2019

Hari Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 329 hits
Hari Malaysia tahun ini jatuh pada hari Isnin 16 September 2019 Hari Malaysia diadakan untuk memperingati penggabungan Tanah Melayu Sabah Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 tetapi pembentukkan...
Iphone 11 Telah Mula Dijual Hari Ini Di Singapura Manakala Di Malaysia Pada 27 September Ini

Iphone 11 Telah Mula Dijual Hari Ini Di Singapura Manakala Di Malaysia Pada 27 September Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 206 hits
Pada acara khas Apple yang berlangsung 11 September yang lepas waktu Malaysia Apple telah melancarkan siri iPhone 11 yang hadir dengan 3 pilihan model iaitu iPhone 11 iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pengg
Selamat Hari Malaysia Dari Rainforest Discovery Centre Sepilok

Selamat Hari Malaysia Dari Rainforest Discovery Centre Sepilok

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum DAH petang baru nak ucap Kenangan di penghujung Canopy Walkway Rainforest Discovery Centre Sepilok bersama sebahagian peserta Media FAM Trip Tawau Lahad Datu Sandakan Kredit gambar Sis Lin
Selamat Datang Bulan Kelahiran Ogos 2019

Selamat Datang Bulan Kelahiran Ogos 2019

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 386 hits
Hai Ogos selamat bertemu kembali bulan kelahiran Cekyat Bulan yang juga memberikan Cekyat dan suami seorang puteri Nur Hanania Auji Semoga Ogos terus memberikan kebahagian dan keceriaan kepada kami sekeluarga Baik dari segi kehidupan bekelu...
Produk Halal Kekuatan Pks Malaysia Di Caexpo 2019

Produk Halal Kekuatan Pks Malaysia Di Caexpo 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 313 hits
Astro Awani Menurut Wan Latiff setiap negara yang menyertai CAEXPO 2019 mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan Malaysia kuat dari segi penjualan produk produk halal Astro AWANI NANNING Produk halal merupakan kekuatan kepada kebanyakan sy...
Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 234 hits
Biarpun belum mengetahui siapa lawan mereka di peringkat suku akhir samaada PJ City FC ataupun PKNP FC pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak terlebih dahulu mahu memperbaiki kelemahan ketara yang menghantui skuad Kedah ketika ini bolos terban...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan