5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019



PENULIS percaya ramai yang keliru apabila timbul gesaan untuk membeli atau mengutamakan produk Muslim. Tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melancarkan kempen untuk membeli produk Muslim terus dilabel sebagai usaha untuk memboikot produk bukan Muslim.Kita akui mungkin pada peringkat awal ada pihak cuba menangguk di air keruh dengan melancarkan kempen boikot produk bukan Muslim sebagai membalas tindakan sesetengah anggota masyarakat bukan Islam negara ini yang terbabit dalam isu sensitif berkaitan kedudukan agama Islam, orang Melayu, bahasa Melayu dan juga isu tulisan khat. Namun hakikatnya kempen sebenar yang diusahakan ialah membeli dan mengutamakan produk Muslim tanpa memboikot mana-mana pihak.Justeru, pelancaran kempen ini wajar diberi penerangan dan penjelasan yang betul dan tepat agar masyarakat tidak salah faham sehingga dikhuatiri mencetuskan perbalahan kaum. Malah ia dilihat agak serius apabila Jemaah Menteri sendiri berbincang dan mengeluarkan kenyataan supaya tidak diadakan sebarang bentuk kempen memboikot barangan keluaran penguasa bukan Islam.Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara. Secara prinsipnya kita menyokong pendirian kerajaan ini dan memang tidak wajar mana-mana pihak menganjur atau menyokong kempen seperti itu kerana kita hidup dalam negara dan masyarakat majmuk yang berbilang agama dan bangsa.BUKAN PERANGI KAUMPerlu ditegaskan di sini bahawa kempen ini sama sekali tidak berbentuk memboikot produk bukan Muslim, apatah lagi seolah-olah melancarkan peperangan terhadap kaum lain. Secara logiknya mana mungkin kita melancarkan kempen boikot kerana kempen seperti itu akan banyak mendatangkan kesan negatif kepada umat Islam sendiri.Misalnya kita perlu akui umat Islam belum mampu mengeluarkan semua produk kegunaan harian, maka kita masih perlu membeli produk keluaran rakan-rakan bukan Islam. Juga perlu sedar ramai orang Melayu dan Islam bekerja di kilang dan syarikat orang bukan Islam, maka bukankah kedudukan pekerjaan mereka akan terjejas teruk jika dilancarkan kempen seperti ini? Dan sudah semestinya kita juga tidak mahu mencetuskan perbalahan antara kaum hanya kerana kempen seperti ini kerana perpaduan antara kaum adalah tonggak kejayaan kita selama ini.Jadi, kita perlu jelaskan apa sebenarnya yang dihasratkan melalui kempen membeli produk Muslim ini yang sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan pada orang lain. Bagi penulis, ia sangat penting untuk meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam negara ini. Kita perlu sedar ekonomi adalah kuasa penting sesebuah negara dan masyarakat dan sesiapa yang berjaya menguasai ekonomi, mereka akan mengawal segala-galanya dengan mudah.Dan hakikatnya kedudukan ekonomi dan pendapatan umat Islam negara ini jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan kita daripada agama dan kaum lain. Ironinya, walaupun kita merupakan penduduk majoriti tetapi kuasa ekonomi tidak berada di tangan kita. Ini satu senario cukup menyedihkan dan persekitaran tidak sihat untuk masa depan negara. Maka matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi umat Islam di negara ini agar setaraf dengan orang lain tanpa meminggirkan kaum lain, apatah lagi memboikot produk bukan Muslim.GAGAL PROMOSISatu lagi kewajaran kempen seperti ini ialah membuka ruang lebih luas untuk mengetengahkan produk keluaran Muslim yang selama ini seolah-olah dipinggirkan atau boleh dikatakan umpama hidup segan, mati tak mahu. Kita perlu akui ramai dalam kalangan pengusaha Muslim yang gagal melaksanakan promosi dan pemasaran berkesan sehingga produk mereka langsung tidak dikenali.Ini ditambah pula persaingan hebat daripada produk lain yang sering dilihat lebih baik dan berkualiti. Anehnya orang Melayu dan Islam sendiri seringkali memandang rendah produk keluaran pengusaha Muslim atas pelbagai alasan. Jadi dengan adanya kempen seperti ini, kita mampu menggarap segala peluang dan platform yang ada untuk mempromosi dan mengetengahkan semua produk keluaran Muslim ke pasaran agar dikenali oleh masyarakat termasuk pengguna bukan Muslim.Kita yakin satu lagi agenda penting kempen ini adalah untuk memberi perhatian serius terhadap soal produk dan perkhidmatan halal. Perkara ini sangat wajar dan amat signifikan kerana soal halal dan haram adalah isu wajib kepada umat Islam.Kita sama sekali tidak akan berkompromi atau tolak ansur dalam soal halal ini. Kita perlu akui sudah banyak kali umat Islam negara ini menjadi mangsa keadaan dan tertipu apabila ada pihak salah guna logo halal sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Baik dari segi makanan mahupun produk kegunaan lain sudah ada banyak kes yang dilaporkan sebelum ini.Keadaan ini menyebabkan kita seringkali was-was, sangat berhati-hati dan sampai ke tahap terpaksa curiga terhadap sesuatu produk atau makanan yang berada di pasaran. Maka kempen seperti ini dilihat boleh membantu melenyapkan kerisauan status halal tersebut dalam kalangan umat Islam kerana sudah semestinya kita tidak perlu meragui status produk, makanan atau perkhidmatan yang disediakan atau dihasilkan oleh pengusaha Muslim.Penulis juga percaya dengan adanya kempen seperti ini akan membantu melahirkan lebih ramai lagi usahawan Muslim. Kita harap kempen ini akan mencetuskan kesedaran betapa kita masih jauh ketinggalan dalam dunia perniagaan yang sebenarnya menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan.Akuilah tatkala rakan-rakan kita terutama orang Cina begitu berjaya dalam bidang perniagaan, kita masih terkial-kial untuk memulakan perniagaan atas 1,001 alasan seperti tiada pengalaman, tiada kemahiran dan tiada modal. Oleh itu jadikan kempen ini sebagai pembakar semangat untuk berani terjun ke dalam bidang perniagaan bagi membangunkan diri, keluarga dan umat Islam secara keseluruhannya. Ini juga sekali gus akan membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.PENULIS ialah Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Artikel oleh: Utusan MalaysiaKEMPEN BEZAKAN HALAL, HARAMhttps://www.utusan.com.my/premium/kolumnis/kempen-bezakan-halal-haram-1.968552


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5264-kempen-bezakan-halal-haram-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 561 hits
KUALA LUMPUR 10 Sept Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Jeram mengambil inisiatif menganjurjan Karnival MyJeram 2019 Karnival yang disifatkan sebagai terbesar di Selan...
5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 503 hits
KUALA LUMPUR 8 Sept Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain Penganalisis jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata Malaysia boleh meny...
5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 667 hits
Hari ini kita sudah berada pada 6 Muharam 1441 Hijrah Memang cepat masa berlalu Sedar atau tidak umur kita semakin meningkat Semakin dekat kita untuk kembali menemui Allah Rabbul Jalil Persoalannya cukupkah sudah bekalan kita untuk dibawa k...
5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Kempen utamakan produk Muslim perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata umat Islam membeli produk bum...
5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 696 hits
KUALA LUMPUR Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli...
5236 Kalau Nak Boikot Saya Tidak Boleh Buat Apa Apa Nadzim Utusan Malaysia 05 09 2019

5236 Kalau Nak Boikot Saya Tidak Boleh Buat Apa Apa Nadzim Utusan Malaysia 05 09 2019

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 613 hits
KUALA LUMPUR Kempen ini sebenarnya mudah sahaja Sokong peniaga yang bayar zakat Itu pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan yang diundang sebagai tetamu segmen bual pagi Mornink Blues yang disiarkan seca...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik