5236 Kalau Nak Boikot Saya Tidak Boleh Buat Apa Apa Nadzim Utusan Malaysia 05 09 2019


KUALA LUMPUR - "Kempen ini sebenarnya mudah sahaja. Sokong peniaga yang bayar zakat." Itu pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang diundang sebagai tetamu segmen bual pagi, Mornink Blues yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online 8.30 pagi tadi.

Mengupas topik "Salahkah Sokong Produk Keluaran Muslim?", Nadzim berkata, tidak ada salahnya menyokong produk yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh orang Islam.

Apabila kempen Beli Produk Muslim Dulu atau Buy Muslim First #BMF digerakkan, kata Nadzim, ada pihak yang menurunkan harga barangan sehingga separuh harga yang sebelum ini, dijual pada harga yang tingggi.

"Kempen #BMF ini, tidak ada boikot pun produk yang dihasilkan oleh kalangan bukan Islam tetapi kalau ada yang nak memboikot, saya tidak boleh nak kata apa-apa.

"Kalau kita tengok, punca tercetusnya kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah daripada kumpulan keluarga askar yang terkesan dengan kumpulan yang mengatakan askar hanya makan dan tidur.

"Mungkin anak-anak yang ayahnya seorang askar, ahli keluarga lain terkilan apabila perjuangan dan pengorbanan askar-askar ini tidak dihargai. Jadi, tercetus rasa geram dan tidak puas hati apabila dihina sebegitu.

"Mungkin juga kempen #BMF ini wujud selepas cadangan mengajar tulisan Jawi di sekolah-sekolah menjadi satu isu. Apabila diri kita merasakan terus dihina, kita perlu bangkit dan kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah penyatuan orang-orang Islam," katanya.

Menurut Nadzim lagi, perjalanan kita telah jauh dan kesabaran orang yang dihina pun telah lama. Kenapa kita dihina? Sebenarnya kempen ini antaranya untuk membawa keharmonian dalam negara.

"Kalau dalam negara yang kaum -kaum yang ada mempunyai jurang pendapatan yang jauh, hubungan itu tidak mungkin baik. Jadi, keadaan itu membuatkan kita terkesan dan sudah tiba masanya, kita tidak lagi membenarkan kumpulan tertentu terus-terusan mengambil kesempatan ke atas kita.

"Kalau orang buat tak baik, kita perlu lakukan sesuatu untuk membaikkan keadaan dan kempen #BMF ini adalah kempen yang boleh membawa keharmonian kepada negara, bukan memecah belahkan perpaduan rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kuasa beli pengguna yang ada di tangan pengguna tidak mungkin boleh dipaksa untuk membeli produk yang mereka kehendaki dan samalah seperti mereka yang menyokong kempen #BMF ini akan terus menyokong kempen ini.

"Ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam sebaliknya kempen ini harus disokong. Bangsa yang berjaya akan menyokong kempen ini, Beli Produk Muslim Dulu dan bukannya marah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KALAU NAK BOIKOT, SAYA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kalau-nak-boikot-saya-tidak-boleh-buat-apa-apa-nadzim-1.965716

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5236-kalau-nak-boikot-saya-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5206 Utusan Perlu Diurus Golongan Professional Bukan Politik Ppim Malaysia Gazette 23 08 2019

5206 Utusan Perlu Diurus Golongan Professional Bukan Politik Ppim Malaysia Gazette 23 08 2019

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 486 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini melancarkan kempen membeli surat khabar Utusan Malaysia dan Kosmo sebagai usaha membantu meringankan beban kakitangan Utusan Melayu Berhad Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata m...
5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 696 hits
Hari ini kita sudah berada pada 6 Muharam 1441 Hijrah Memang cepat masa berlalu Sedar atau tidak umur kita semakin meningkat Semakin dekat kita untuk kembali menemui Allah Rabbul Jalil Persoalannya cukupkah sudah bekalan kita untuk dibawa k...
5257 Boleh Gugat Keharmonian Sekolah Mana Lip Eng Pergi Ppim Malaysia Gazette 09 09 2019

5257 Boleh Gugat Keharmonian Sekolah Mana Lip Eng Pergi Ppim Malaysia Gazette 09 09 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 489 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari menempelak Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini Bidas Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pe...
5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Kempen utamakan produk Muslim perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata umat Islam membeli produk bum...
Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 486 hits
Oleh ZANIRUN BABAANNUAL REPORT of UTUSAN as of April 2019 more than half of the TOP30 major shareholders are Chinese mostly from MCA UTUSAN ANNUAL REPORT 2019 4 TOP30 6 Tan Jin Tuan 999 000 0 902 7 Chua Eng Ho Waa Chua Eng Wah 863 900 0 780...
5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman berkata sebaga...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula