5 Tips Buat Duit Dengan Blog 2021 Dengan Cara Paling Ampuh
5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih sihat dan diberikan kesempatan untuk menulis di blog mrejoy.com. Baik, rasanya semua dah tahu, yang kita boleh buat duit dengan blog. Dah banyak penulisan mengenainya di kongsikan di google mahupun media sosial. Cuma kali ini, aku ingin kongsikan beberapa idea mengenai 5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh.
Sebenarnya, ramai dah tahu yang blog boleh berikan kita duit. Ada yang jadikan blog sebagai pendapatan sampingan dan ada juga yang menjadikan blog sebagai pendapatan tetap. Tapi tak semua yang tahu, buat duit dengan blog ini tidaklah semudah yang di sangka. Bukan kata buat blog kemudian tulis, kemudian masuk duit tiap bulan, tidak semudah itu kawan kawan.
Penulisan di blog juga ada cara dan tekniknya. Bila 2 perkara ini di buat dengan betul, barulah blog kita benar benar memberikan pendapatan yang lumayan kepada kita. Baik, aku kongsikan beberapa tips mengenai 5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh buat perkongsian semua. insyaAllah, selepas ini, kita boleh sama sama jana income dengan blog.
5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh #1. Perlu ada blog
Perkara pertama sebelum buat duit dengan blog, mestilah kena ada blog. Boleh guna blogspot atau wordpress. Kalau aku, aku suka guna blogspot. Sebab mudah. Tapi ada kelebihan dan kelemahan bagi setiap keduanya ya! Bab perbezaan di antara blogspot dan wordpress, korang boleh buat carian di google ya. Apa pun, Tepuk dada Tanya selera. Hehe.
#2. Perlu ada domain sendiri.
Dulu aku tak ada domain sendiri. Pakai yang percuma sahaja. Tapi atas nasihat beberapa rakan, aku guna domain sendiri iaitu mrejoy.com. Sebenarnya, ianya juga akan beri kesan kepada income blog kita nanti. Dan antara lainnya juga adalah, dengan adanya domain sendiri juga, kita
#3. Perlu ada adsense.
Ini rahsia buat duit dengan blog. Kena ada adsense. Ada banyak lagi cara buat duit seperti review produk atau review lokasi percutian, namun, buat duit dengan adsense adalah perkara paling utama buat kebanyakkan blogger.
Namun, nak dapatkan adsense bagi akaun kita juga bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak syarat yang dikenakan. Namun, usaha kena adalah kan. Bila dah usaha, pasti dapat. insyaAllah.
#4. Content blog.
Bila dah ada adsense, penulisan di blog mestilah berkualti dan di cari. Maksud kualiti, penulisan mesti dengan cara yang betul dan bukannya caca merba. Kata lain, penulisan yang susah nak faham. Biasanya, bahasa moden ni agak susah nak faham. Macam bahasa wechat? Aduh!
Kemudian penulisan yang dicari. Tulis tips atau petua. Biasa orang akan cari di blog. Atau tulis pasal drama atau filem, pun orang cari. Boleh juga tulis situasi semasa contoh seperti covid-19 atau pasal banjir. Itu semua orang akan cari di google.
#5. Teruskan penulisan & jangan berhenti.
Ada orang, semangat tinggi nak buat income dengan blog. Tapi awal sahaja dia rajin nak menulis, kemudian 2 hari sekali baru tulis. Kemudian seminggu, kemudian sebulan sekali. Nak buat income dengan blog, kena rajin dan tetap rajin.
Extra tips buat duit dengan blog : Nak jana income dengan blog lebih lebih lagi dengan adsense, kita tulis apa yang pembaca cari. Lebih ramai pembaca atau pengunjung ke blog anda, lebih besar income yang bakal anda perolehi. Kemudian, pilih niche yang betul. Di antara niche blog yang mahal adalah berkaitan insurans, percutian, isu semasa dan kesihatan.
Aku doakan korang semua termasuk aku, akan Berjaya buat income dengan blog seterusnya menjadi pendapatan utama kepada kita semua.ok? aminnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/01/tips-buat-duit-dengan-blog-paling-ampuh.html