10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020
10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020 || hi there. Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa sehari lagi. Dan sepanjang tahun ini, banyak kenangan suka duka yang dilalui aku, dan aku yakin kamu semua juga begitu.
Paling pasti, semua kita terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19, dan kehidupan kita yang biasa banyak yang berubah dengan menggunakan norma baharu. Kalau sebelum ini, siapa kisah untuk menggunakan face mask dan hand sanitizer, tapi sekarang dua item ini sentiasa dibawa bersama setiap kali keluar rumah.
Siapa sangka, kalau sebelum ini kita tidak terbayang untuk berperap di rumah dan tidak boleh bercuti, malah anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah akibat wabak Covid, kini duduk di rumah adalah yang paling selesa untuk kebanyakkan kita, malah learn from home mahupun work from home menjadi trend untuk tahun 2020.
Lupakan tentang kereta terbang! Tahun 2020 yang dibayangi dengan kemajuan teknologi canggih satu masa dulu, kini semuanya tinggal bayangan, malah tiada teknologi yang boleh dikatakan gah wujud sepanjang tahun 2020. Blame me not, unless that technology could fight Covid.
Tahun ini merupakan tahun sedih untuk aku. Perkara duka berlaku kepada aku dan seluruh ahli keluarga aku apabila kehilangan bapa tersayang pada tanggal 27.6.2020. Dan selama tiga bulan sejak pemergiannya, aku down sangat-sangat.
Selain itu, aku juga tidak senang duduk apabila mendapat tahu 6 ahli keluarga aku disahkan Covid positif, dan alhamdulillah mereka semua berjaya melalui tempoh pengasingan dan kembali sihat.
Dan untuk blogging pula, alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku menulis kerja-kerja advertorial dan product review. Dan ada juga kerja blog yang terpaksa aku tolak kerana ketidaksesuaian untuk location visitation dan produk itu sendiri.
Untuk adsense, jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan hasilnya. Aku juga berusaha untuk menjadikan adsense sebagai pendapatan sampingan, namun kalau belum ada rezeki, Insya Allah pasti ada rezeki blogging lain selain berharap dengan adsense kan.
Untuk sepanjang tahun ini juga, berikut merupakan entry terhangat di blog mrspipdotcom, jom lihat entry blog paling popular , something worth reading too
10 Entry Blog MRSPIPDOTCOM Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020 (Klik Tajuk Untuk Baca Entry).#1Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Sembelit Frisolac Comfort
#2Keputusan All Matchweeks Perlawanan English Premier League EPL Season 20/21
#3Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap
#4Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
#5Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
#6Kedai Repair Handphone Murah Terbaik Kota Kinabalu
#7Set Berpantang Jamu Selapan Mustika Ratu + Tungku Herba + Losyen Yusmira Pati Halia
#8Kelebihan Minyak Ikan (fish oil) Omega-3 Untuk Wanita
#910 Resipi Kuih Tradisional Sabah Yang Sedap Dan Terkenal
#107 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
Kenangan Blogging Sepanjang Tahun 2020
375K Pageviews Di Blog Sepanjang Tahun 2020 Berdepan dengan perubahan algo Google dan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pageviews blog, juga masalah pemilihan template sehingga menyebabkan kehilangan blog visitor yang banyak
Dan juga 3 bulan yang penuh rasa duka dan down sangat-sangat (Jun, Julai dan Ogos) , pageviews blog ini hanya menjana sebanyak 375K pageviews dan menerima 1.79K komen (komen pelawat + komen reply daripada aku)
Aku target tahun ini PV blog boleh mencecah sehingga 500K, namun gagal. Jadi tahun depan kenalah berusaha sebaik mungkin untuk PV blog mencecah 2M. Yakin berjaya jika digandakan usaha
Penyumbang Pageviews Ke Blog Bagi Tahun 2020Selain Google, penyumbang pageviews bagi blog ini antaranya ialah babab, pinterest, twitter dan juga yan-yanjournal.
Facebook masih menyekat link blog aku. Walaupun aku berharap sekatan ini akan batal, namun FB masih tidak mempedulikan rayuan aku untuk membenarkan link blog aku dikongsikan di sana.
Tidak mengapa, tahun akan datang nanti Insya Allah aku akan lebih rajin menghantar aduan cinta kepada FB untuk membenarkan blog aku dikongsi ke medium sosial tersebut.
Rancangan Untuk Blog Tahun 2021Aku sememangnya merancang untuk meneruskan kerja-kerja blogging pada tahun akan datang, namun mungkin sahaja aku akan slow down sedikit untuk 3 bulan pertama kerana aku sedang merancang untuk mengusahakan blog ke-dua aku, namun buat masa ini aku masih belum memulakan sebarang entry untuk blog tersebut.
Selain itu, aku berharap boleh berkolaborasi dengan beberapa Brand dan semoga ada rezeki untuk menulis product review dan kerja-kerja advertorial.
Aku juga mengimpikan untuk menambah kategori Local Travel & Holiday di dalam blog aku, Insya Allah dipermudahkan buat aku.
Dan seperti yang aku sebut juga, aku berharap blog mampu cecah 2M untuk tahun 2021, juga boleh cashout adsense di tahun depan.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Berblogging ni bukannya mudah easy-peasy pie ya, memang kena usaha dan teruskan usaha untuk berjaya mencapai target idaman
Dan aku berharap, korang juga semuanya baik-baik sahaja, dan selamat menyambut tahun baru 2021
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/12/entry-blog-pageviews-paling-tinggi-tahun-2020.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)