10 Tips Tipu Bini Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato Awie


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada peminat filem tempatan, jangan lupa untuk saksikan sebuah filem terbaru bergenre komedi yang bakal di tayangkan di saluran Astro First 480 iaitu filem 10 Tips Tipu Bini. Filem ini merupakan filem pertama di terbitkan dibawah produksi milik Dato' Awie iaitu Rumah Produksi Merah Sdn Bhd

Filem ini diarahkan oleh Azizi 'Chunk Adnan dan skrip pula ditulis oleh Armada Al Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 mulai Januari 2021

MENAMPILKAN BARISAN PELAKON TERKENAL TANAH AIR!
Filem 10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam  sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi

Pengarah dan juga barisan pelakon 10 Tips Tipu Bini
Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya, Dato' Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato' Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dnegan sebuah projek yang tak kalah hebatnya. Menurut Penerbit dan juga Pelakon Tips Tipu Bini, Dato' Awie berkata, " Ini sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. Isu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi."
"Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan", tambah Dato' Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love

Sementara itu, Naib Presiden, ketua  Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, "Filem ini merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan tanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya diluar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industri filem tempatan

SINOPSIS RINGKAS FILEM 10 TIPS TIPU BINI
Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & EVents kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara yang sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama 'Dubuk Liar'. Mereka bertiga sedang mengalami masalah 'Krisis Pertengahan Usia' yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis 'intern' yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gaids tersebut untuk dijadikan pasangan kekasih masing-masing. Akan tetapin mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan 'kiri dan kanan' direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu

Geng Motor Besar Turut Hadir Pada Majlis Sidang Akhbar
Lebih menarik, filem ini turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato' Awie iaitu 'Sang kekasih' dan juga 'Dubuk Liar'. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings. Muzik video bagi lagu Dubuk Liar juga telah ditayangkan pada sesi sidang akhbar dan in shaa Allah bakal ditayangkan untuk peminat Wings tidak lama lagi

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang


View this post on Instagram A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)


Untuk ketahui kisah selanjutnya dalam filem ini, mari sama-sama kita tonton filem ini nanti apabila ditayangkan kelak! Filem pembuka tirai tahun 2021 ini akan ditayangkan di saluran Astro First 480 bermula 7 Januari 2021. Marilah kita sokong industri perfileman dan industri hiburan negara!


SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/12/10-tips-tipu-bini-filem-pembuka-tirai-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Omg Dato Awie Nak Share 10 Tips Tipu Bini

Omg Dato Awie Nak Share 10 Tips Tipu Bini

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 1103 hits
Assalamualaikum guys Mana sang suami BBL nak kongsi satu berita pasal Dato Awie yang nak bagi 10 tips tipu bini ha bukan main main tapi betul weh Saksikan buah tangan sulung Dato Awie 10 Tips Tipu Bini sebuah filem terbitan Rumah Produksi M...
Filem Fire And Water Membuka Tirai Tahun 2021

Filem Fire And Water Membuka Tirai Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 836 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Hari ini hari ke 2 kita menempuh Tahun Baru 2021 Ketika dentuman mercun kedengaran di luar rumah menandakan detik 12 malam sambutan tahun baru 2021 saya sibuk melayan filem...
Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis

Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 546 hits
Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis Filem Tamil terbaru yang akan siar di pawagam mulai 13 Januari 2021 Menampilkan pelakon Vijay Vijay Sethupathi Arjun Das Shanthanu Bhagyaraj Andrea Jeremiah dan ramai lagi I...
Kim Seonho Terima Tawaran Terajui Drama Komedi Romantik Adaptasi Filem Mr Hong

Kim Seonho Terima Tawaran Terajui Drama Komedi Romantik Adaptasi Filem Mr Hong

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 224 hits
Kalau sebelum ini Kim Seon ho dikhabarkan bakal membintangi kini terdapat pula khabar angin bertiup mengatakan bahawa dia menerima tawaran untuk menerajui drama adaptasi daripada filem Mr Hong Selepas berita ini berterbangan agensi pelakon ...
Pembuka Tahun 2021 Semoga Baik Sahaja

Pembuka Tahun 2021 Semoga Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 543 hits
Rasa sekejap sangat dah berakhir pun tahun yang penuh dugaan dan cabaran 2020 Seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid 19 juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan pandemik segera berakhir insh...
Awie Malas Layan Youtuber Pengkritik Filem

Awie Malas Layan Youtuber Pengkritik Filem

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 281 hits
Nampaknya YouTuber pengkritik filem sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni Kali ini pelakon dan penyanyi Datuk Awie tampil bersuara mengenai pendapatnya terhadap YouTuber pengkritik filem Menurut laporan media Harian Metro Awie mengang...
Filem Animasi The Boss Baby Family Business Ditunda Ke September 2021

Filem Animasi The Boss Baby Family Business Ditunda Ke September 2021

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 359 hits
Filem terbitan Universal Pictures dan DreamWorks Animations The Boss Baby Family Business dianjak tarikh tayangannya dari 26 Mac 2021 ke 17 September 2021 Filem sekuel ini akan mengambil tempat The Bad Guys yang ditunda ke tarikh yang akan ...
Sodomy Conviction Suit Hearing Of Anwar S Appeal On Jan 11 2021

Sodomy Conviction Suit Hearing Of Anwar S Appeal On Jan 11 2021

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 208 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim s appeal against the High Court s dismissal of his application to strike out an originating summons filed by a lawyer on the full pardon granted to him over his conviction and imprisonment for sodomising an aide wil...
Video Muncul Varian Baru Covid 19 Ri Tutup Akses Masuk Wna Mulai 1 Januari 2021

Video Muncul Varian Baru Covid 19 Ri Tutup Akses Masuk Wna Mulai 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 246 hits
Kebijakan itu disampaikan langsung Menteri Luar Negeri Retno Marsudi di Kantor Presiden Jakarta Pusat Senin
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas