Rasa Nak Pergi Turki Lah


RASA NAK PERGI TURKI LAH.. Lama sangat rasanya tak pergi bercuti kemana mana. kalau rasa teringin nak bercuti ke luar negara tapi tak mampu saya selalu google je tempat tempat best nak tengok culture, penduduk tempatan, tempat menari & makanan makanan yang sedap sedap di negara orang. Yelah.. Nak pergi belum ada rezeki kita cuci cuci mata dulu.

Saya kalau ada rezeki bercuti di luar negara pun saya lebih suka negara Islam sebab senang nak cari makanan halal & tak la azab sangat harga makanan halal kat negara Islam berbanding negara bukan Islam kan. Sebenarnya banyak tempat tempat percutian & makanan yang sedap di negara Islam ni. nak negara bersalji pun ada

Salah satu negara yang masih banyak tempat menarik & cantik di samping ada pelbagai makanan tempatan yang boleh ngam dengan selera kita orang asia ni adalah Turki. Ada jugak la keinginan nak pergi sana kalau ada rezeki sebab Turki salah satu tempat yang masih banyak monumen purba. Benda tu sebenarnya menarik, unik & cantik bagi saya. tengok hasil pembinaan atau barang tinggalan zaman purba, membaca sejarah sejarah purba tu mengasyikan. Boleh terasa bagai berada di zaman tu.

Salah satu tempat yang terdapat monumen purba di Turki
Sebagai pengenalan Turki adalah sebuah negara yang sangat terkenal di benua Eropah sebagai pusat tarikan pelancong dari seluruh dunia. Walaupun Turki terkenal sebagai pusat percutian islam, pelancong daripada berlainan latarbelakang agama juga turut bercuti ke sini bagi menikmati keindahan panorama, seni bina, sejarah dan budaya masyarakat Turki. Tidak lupa juga dengan hidangan masakan ala Turki dengan rasa yang unik dan enak, turut menjadi salah satu tarikan pelancong datang ke sana.

Antara yang menjadi Tarikan di Turki adalah bangun yang tercantik di dunia iatu Muzium Aya Sofya yang menjadi pusat tarikan utama rakyat tempatan & pelancong untuk bersiar siar di Istanbul. Bangunan ni pada asalnya adalah katedral Ortodoks pada tahun 537 hingga 1453 kemudian ditukarkan oleh Tentara Salib Keempat ke katedral Romawi Katolik di antara tahun 1204 dan 1261 sehinggalah pada tahun 1453 hingga 1931 ia di ubah dan di jadikan masjid Uthmaniyyah. Pada 1 Februari 1935 ia di jadikan muzium.

Hasil google & pembacaan saya di internet itulah sejarah Muzium Aya Sofya. kalau tengok gambar gambar di google tu memang cantik sangat pembinaanya.

Muzium Aya Sofya
Turki adalah sebuah negara yang ramai menerima pengunjung dari malaysia juga. tak kira la pergi dengan pasangan untuk berbulan madu atau bercuti bersama keluarga. Kalau korang ada plan nak ke Turki benda pertama korang akan survey & tempah adalah tiket penerbangan la. takkan la pergi Turki nak jalan kaki, ye dak? Tak perlu risau zaman hujung jari ni banyak platform kita boleh cari tiket penerbangan untuk kemana saja. Nak murah ke mahal ke kita boleh pilih Tapi kalau nak ke Turki dengan tiket penerbangan yang murah korang boleh survey di Traveloka.

Orang kata bila orang suggest tu tak boleh la nak terus percaya. Takpe korang sebelum buat tempahan boleh je bandingkan dulu pakej yang di tawarkan Traveloka dengan harga harga tiket penerbangan yang lain. Tapi kalau nak pergi Turki memang Traveloka la yang murah. Better ambil Qatar Airways airline sebagai airline sebab lebih selesa. Yelah kita nak travel ke tempat jauh, nak duduk dalam flight tu lama. Keselesaan tu penting. dari Malaysia ke Turki ambil masa lebih kurang 15 jam juga la nak sampai. Kalau kita pilih penerbangan yang tak selesa maybe sampai ke destinasi kita dah lemau & spoil mood nak bercuti tu.

kalau rasa Qatar Airways macam mahal sikit bagi kos yang dah ditetapkan, boleh boleh je dapatkan cheap online promotion for Malaysia Airlines sebagai pilihan kedua untuk ke Turki. tapi yang penting korang kena tahu, kedua-dua airline ini sememangnya menjadi pilihan kebanyakan pelancong dari Malaysia yang nak melancong ke benua Eropah

Lupa nak cerita kenapa orang Malaysia suka ke Turki? atau dari negara lain pun pilih Turki? Salah satu sebab adalah keunikan makanan yang terdapat di sana. Bagi yang merancang nak melancong ke Turki atau memang dah book tiket flight ke sana.. Jom saya share sikit apa street food yang best di Turki yang memang menjadi kegilaan pelancong bila kesana.

Kumpir

Kumpir adalah makanan ringan yang berasaskan kentang dimana ianya dihidang dengan menggunakan sebiji kentang. Kentang akan di bakar sehingga empuk dan boleh memilih apa sahaja topping yang di inginkan sebagai penyerlah hidangan kumpir. Antara topping yang menjadi pilihan ramai adalah seperti cheese, kacang pis, carrot, mayonis dan sos. Kumpir boleh didapati di sepanjang jalan di kota raya yang ada di Turki.

Kumpir
Borek

Satu hidangan minum pagi ataupun petang yang popular di Turki. Kepingan roti pastry yang mempunyai keju, sayur dan daging sebagai inti di dalamnya. Tetapi perlu diingatkan, Borek bagi setiap kedai adalah berbeza sedikit rasanya. Ini kerana cara buatan dan bahan yang digunakan adalah bergantung pada orang yang membuatnya. Jadi saya cadangkan untuk mencari Borek ni di kedai-kedai pastry.

Borek
Simit

Street food paling terkenal di Turki adalah Simit. Simit ianya sama bentuk seperti donut yang biasa di jual di Malaysia. Bulat dan mempunyai lubang di tengah. Tetapi cara pembuatan dan bahan yang digunakan adalah berlainan. Untuk menghasilkan Simit ini, dough perlu dibakar sehingga rangup di bahagian luar dan empuk di dalam. Tak percaya, nanti dah sampai sana, boleh lah cuba sendiri.

Simit
Lahmacun

Suka makan pizza? Nak rasa pizza ala Turki? Boleh cuba makan Lahmacun ni. Pizza yang sangat simple tapi sedap. Kepingan doh yang mempunyai daging hancur, bawang merah, lada benggala sebagai topping. Ia di bakar di dalam oven dalam beberapa minit bagi menaikkan rasa dan di hidangkan panas-panas. Sedap dan boleh mengenyangkan walaupun ianya hanyalah makanan ringan.

Lahmacun
Balik-Ekmek

Lagi satu hidangan street food yang sangat terkenal di Turki juga. Yang ni memang unik dan rare sikit. Sebab apa? Sebab selalu kalau makan roti mesti inti ayam atau daging. Tapi yang ni, inti dia ikan fresh. So nama dia fish sandwiches. Mula-mula tengok memang macam pelik. Tapi once dah take a bite, confirm nak sambung ke 2nd 3rd 4th bite. Tapi kena ingat, kalau nak beli Balik-Ekmek ni, better beli dengan locals yang memang dah biasa buat. Boleh tanya kat local mana nak cari fish sandwiches ni.

Balik-Ekmek
Tu antara beberapa street food yang boleh saya share dengan korang sebagai rujukan korang sebelum ke sana. Bila sampai Turki nanti boleh la cuba yer. Lepas cuba jangan lupa share dengan saya sedap ke tidak. hehehe..

Rugi la kalau ke tempat orang tak cuba makanan tradisi mereka. Bukan selalu kita boleh melancong keluar negara kan.. So kesempatan yang ada selain mengunjungi tempat tempat menarik.. kena cuba makanan rakyat tempatan di sana.

Yang penting bila melancong ke luar negara selain menitik beratkan keselamatan sepanjang berada di luar negara.. Tolong jaga kesihatan yer. Kalau cuaca sejuk make sure pakai pakaian yang sesuai begitu juga kalau cuaca panas. Yang nak pergi bercuti tu saya ucapkan selamat bercuti semoga selamat pergi & pulang ke tanahair. Jangan lupa doakan saya juga ada rezeki untuk melancong kesana yer.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2020/02/rasa-nak-pergi-turki-lah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paru Paru Rasa Macam Nak Meletup Pesakit Covid 19

Paru Paru Rasa Macam Nak Meletup Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 289 hits
Berita Kes jangkitan wabak COVID 19 semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian sejak awal Disember tahun lalu lapor Awani Namun pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana wabak ini boleh meragut nyawa mangsa Menurut seorang p...
Rasa Penat Tapi Tak Nak Berhenti

Rasa Penat Tapi Tak Nak Berhenti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua harap kawan kawan blogger dilindungi dan sentiasa bahagia pernah tak kawan kawan rasa penat sangat buat satu satu perkara rasa nak give up sekarang ada pada situasi aku badan aku rasa sangat penat t...
Ibu Yang Nak Bersalin Ibarat Pergi Berperang Pergi Sihat Balik Belum Tentu Bernyawa

Ibu Yang Nak Bersalin Ibarat Pergi Berperang Pergi Sihat Balik Belum Tentu Bernyawa

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 539 hits
Ramai pula yang kita dengar ibu meninggal lepas bersalin Ada jugak yang koma Allahu Tetibe rasa dup dap di hati Kredit gambar Google Suami suami ingatlah Bila isteri mengandung dia sedang lalui proses proses yang sukar Nampak mudah Nampak c...
Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 330 hits
Keropok lekor atau keropok batang adalah sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu yang popular Perkataan Lekor bermaksud Lingkar dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan ar kepada o...
Ini Versi Mahathir Boleh Percaya Kalau Rasa Nak Percaya

Ini Versi Mahathir Boleh Percaya Kalau Rasa Nak Percaya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 235 hits
Dr M Di sebalik rayuan saya mereka bawa Bersatu keluar PH Dr Mahathir Mohamad hari ini menceritakan apa yang berlaku dalam Bersatu semasa parti itu menjadi kerajaan dan perkembangan yang membawa kepada jatuhnya PH di Putrajaya Bercakap kepa...
Senarai Alasan Yang Digunakan Bila Tak Nak Pergi Kerja

Senarai Alasan Yang Digunakan Bila Tak Nak Pergi Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 804 hits
Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja Assalamualaikum dan salam sejahtera Bila bercerita bab malas nak pergi kerja ni memang macam macam alasan yang kita akan guna Alasan Tak Pergi Kerja Yang Munasabah itu masih ok lagi la ...
Tak Pergi Sekolah Lagi Apala Nak Jadi

Tak Pergi Sekolah Lagi Apala Nak Jadi

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 315 hits
Hari ni Tedi tak pergi sekolah Maka Tedi tak dapatlah hantar kerja sekolah Tedi Maaflah Tedi wahai Cikgu Pogy Tedy bukan saja saja taknak pergi sekolah Kenapa Tedi tak pergi sekolah Tanyalah Mommy dia tak bagi Tedi naik kereta pergi sekolah...
Sakitnya Dijangkiti Covid 19 Rasa Macam Paru Paru Nak Meletup

Sakitnya Dijangkiti Covid 19 Rasa Macam Paru Paru Nak Meletup

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 509 hits
Sejak awal Disember tahun 2019 lalu kes jangkitan wabak COVID 19 semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian namun pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana wabak ini boleh meragut nyawa mangsa Menurut seorang pesakit warga P...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025