5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur.
Hai readers semua.
Untuk harini, cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada. Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana. Tapi just nak share. Oraite.. Understand kan? 😅
Memang benar bahawa orang Asia tidak dapat hidup tanpa nasi. Keluarga Cina rata-rata akan memastikan pengambilan nasi dengan hidangan setiap hari, sama ada dimasak di rumah atau dimakan di luar (dai chao). Sama ada anda mempunyai keluarga, saudara atau rakan asing untuk makan, senarai ini tidak akan mengecewakan. Oleh itu, cik mimi cuba berkongsi kepada anda beberapa restoran Cina terbaik di KL.
1. Sek Yuen Restaurant Jalan Pudu
Restoran ni dikatakan sebagai salah satu restoran yang tertua di Kuala Lumpur kerana ia telah beroperasi lebih 70tahun. Boleh bayangkan tak, selalunya Restoran yang beroperasi tersangat lama bertahun lamanya ni sebab apa? Tentunya sebab sajian yang dipersembahkan pada pelanggan bukan?
Menurut pelangan, antara menu yang mendapat perhatian ialah daging itik serta mee daging lembu yang boleh didapati.
Dan tak perlu risau tempahan juga diterima untuk masa hujung minggu.
2. Hau Kee Seafood Restaurant
Menurut orang sekitar, restoran hau kee ini sangat terkenal dikalangan kawasan sekitar kerana ia menyajikan makanan yang berkualiti serta layanan mesra pelanggan yang cukup cepat.
Hidangan yang disediakan dikatakan takkan mengecewakan malahan dari segi harga juga mampu milik.
So bagi kengkawan chinese atau readers chinese disini bolehlah mencuba sekiranya berada berdekatan dengannya.
3. Lai Po Heen
Tentunya ada diantara kengkawan yang inginkan makan malam yang indah serta berada dalam kemewahan begitu kan?
Cuba anda pilih Lai Po Heen. Ianya terletak di Majestic Oriental yang sungguh mengagumkan, dan dikatakan salah satu daripada beberapa restoran Cina Halal di Kuala Lumpur.
Disamping menikmati suasana yang indah kerana menghadap ke Taman KLCC, restoran ini juga menyajikannya makanan klasik. Dan dari segi harga, ianya dikatakan berbaloi dengan suasana, layanan serta kualiti makanan dihidangkan.
4. Restaurant New Kai Seng Seafood
Dengar sahaja Seafood, tentunya ramai pembaca chinese disini sukakan Seafood kan?
Okay, menurut cadangan, bagi mereka yang ke restoran ini boleh mencuba ketam yang dimasak dalam pot tanah liat. Ianya dikatakan sungguh enak serta aroma nya sungguh membuat pelanggan menjilat jari ketika menikmati nya.
Mereka menyajikan masakan yang enak didalam pot tanah liat dan jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa mereka sup lala yang best.
5. Chong Yen Steamed Fish Head Restaurant
Di restoran ini, antara menu pilihan yang terbaik ialah kepala ikan kukus. Dan menurut mereka yang pernah melawati restoran itu, ianya salah satu restoran yang bertahan lebih kurang 30tahun.
Menurut pengemar restoran itu, kepala ikan kukus yang disajikan seperti satu menu yang luar biasa. Dan diberikan 2 pilihan hasil masakan. Dan salah satu sajian yang mendapat tarikan pelanggan ialah ianya dikukus bersama kacang soya serta mempunyai gabungan cili gelap.
Salah satu menu lain yang istimewa ialah hidangan ayam kampung mereka. Akan tetapi, untuk merasai menu ini perlu membuat tempahan terlebih dahulu okay sebelum kehabisan.
Okay diingatkan, menu menu dari restoran ini hanya bersesuaian untuk non muslim ya. So, bagi chinese yang mencari chinese food jangan lupa untuk rasai keenakan masakan yang sedia ada.
Dan anda tak perlu risau sekiranya malas nak keluar rumah. Kerisauan tentang Covid yang belum berakhir ini. Nak rasai keenakan semua masakan ni? Anda semua duduk diam diam dirumah, dan buka sahaja aplikasi Foodpanda Haaa, mudah ke tidak?
Masih belum muat turun aplikasi ini? Okay jangan lupa muat turun segera ye.
Pada cik mimi la, Foodpanda ni satu kelebihan buat kita semua. Sebab apa tau, sana sini dah ada perkhidmatan ni. Sebagai contoh ditempat cik mimi menetap sekarang, Mersing. 2tahun lepas Foodpanda dah ada kan? Tapi masa cik mimi ke sana, ianya belum ada.
Tapi kerana Covid-19 yang melanda, makin banyak pula Foodpanda ni muncul. Terbaik la. So kita jangan sia-siakan perkhidmatan yang dah sedia ada ni okeh?
So jangan lupa, hanya satu aplikasi Foodpanda ini, anda semua dapat rasai keenakan masakan yang ada dari restoran restoran yang sedia ada. 🤗
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/08/5-restoran-cina-terbaik-buat-pengunjung.html