Museum Illusion Kuala Lumpur Museum Trick Illusi
hai assalammualaikum
Museum Illusion Kuala Lumpur - Selalu nampak kawan-kawan post dekat Museum Illusion Kuala Lumpur, best pulak tengok. Kalau dah namanya illusion, mestilah muzium yang penuh trick, magic, dan tertanya-tanya macam mana gambar ni di ambil. Seronok tengok kawan-kawan ambil gambar dekat situ. Nad suka tempat macam ni, sebab sebelum ni nad pernah pergi di Rumah Terbalik dan Funny House di Port Dickson. Memang banyak port bergambar dan keseronokan dekat situ. Sebab tu, bila dapat tau ada dekat Kuala Lumpur, nad pun nak pergi.
Museum Illusion Kuala Lumpur Masa harijadi nad haritu, nad ajak mr mafia pergi sini. Dia ok je, kira sambut birthday girl la waktu tu..hehee. Lokasi tempat ni dalam Hotel Ansa Kuala Lumpur di Tingkat 1. Masa nad pergi ni ada promosi. Promosi sehingga 31 August 2020. Kuala Lumpur ni pun banyak tempat menarik sebenarnya. Google je mesti banyak orang kongsi.
Harga Promosi Sehingga 31 August 2020
Dewasa: RM21
Kanak-kanak: RM10
Dekat sini ada banyak tempat untuk bergambar. Memang seronok, banyak benda yang illusi, trick. Bila datang sini, baru tau macam ni rupanya..hehee..Pengalaman menyeronokkan datang sini, lagi-lagi anak-anak, suka diaorang.
Korang boleh ketawa, berseronok dekat sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Memang kene penuhkan bateri phone atau kamera ye, sebab memang banyak gambar nak ambil dekat sini.
Oh kalau tak tau macam mana cara nak bergambar, jangan risau, ada je setipa tempat tunjukkan cara untuk bergambar, atau staff dekat situ akan bantu korang untuk bergambar.
Ada yang ilusi, ada juga menguji minda kita.
Masa untuk makan Fariza..hehehee..
Menguji minda, Fariza cuba selesaikan.
Ni macam mana nak keluarkan satu block tu keluar. Jenuh mommy dengan Fariza selesaikan..hahaa..
Banyaknya muka dengan wajah segitiga. Yang bentuk segitiga tu la bendanya
Hah ni , macam mana badan boleh senget tanpa jatuh..hebat tak hebat..hehee..
Cermin ajaib, nak tau jodoh ke tak, sila cuba..ahhahaa..gurau.
Tempat ni ada dua tingkat, tingkat atas pun banyak menarik.
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..gitu..
Yang ni banyak cermin, dan banyakla diri kita.
Terowong ni paling tak boleh blah la orang cakap. Benda kita berdiri tu takda jalan pun, yang berpusing dekat luar je. Tapi kau rasa, diri kau turut berpusing sekali. Perghh!!. Buat nad jadi pening..hahaha..
Ni macam rumah terbalik..hehehe..hebat kan, kain tak terselak pun walaupun terbalik..hahahaa..
Hah tengok ni, mesti terfikir macam mana, nad jadi kecik, mr mafia besar..hehee..Comel kan gambar ni..Anak-anak pun taknak lepaskan peluang ambil gambar dekat sini
Hah, kecik besar je tengok kan...happy anak-anak bila tengok magic macam ni.
Dekat sini pun ada uji minda mainan macam ni. Hah, boleh la berfikir macam mana rupa dia.
Memang seronok tau. Banyak benda kadang tak masuk akal, oo macam ni rupanya, oo macam tu rupanya..hehee.
Sebelum tinggalkan Museum, dekat sini ada sedikit cenderamata korang boleh bawak balik.
So kalau korang nak rasai pengalaman yang sama macam nad, boleh ke Museum Illusions Kuala Lumpur
Address: 1st & 2nd Floor, Ansa Hotel KL, 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 03-2110 2654
Operation Hour: 9am to 11pm from Daily from Monday to Sunday
Website: https://museumofillusions.my/
Facebook: https://www.facebook.com/moi.kualalumpur/
Instagram: https://www.instagram.com/museumofillusions_kl/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/08/museum-illusion-kuala-lumpur-museum.html