7 Makanan Lazat Di Kuala Lumpur


Walaupun sektor perlancongan belum boleh beroperasi lagi tetapi Malaysia sebagai sebuah negara asia yang sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan, sememangnya sudah sangat sinonim. Malah ramai pelancong yang jatuh cinta dengan Malaysia kerana kepelbagaian makanan yang kita ada. Dan jika baru tiba di Kuala Lumpur, di sini akan disenaraikan antara 7 makanan best sekitar Kuala Lumpur untuk di cuba. 
#1-NASI LEMAK @ NASI LEMAK WANJO
Nasi Lemak Wanjo
Nasi lemak di sini memang lain macam sikit rasanya daripada nasi lemak yang dijual di tempat lain. Salah satu penyebabnya adalah resepi mereka yang memang boleh dikatakan memang legend. Mana tak nya? Resepi yang mereka gunakan adalah resepi turun-temurun yang digunakan sejak tahun 1948 lagi. 
Itu baru cerita pasal betapa legendnya resepi dia, belum masuk topik rasa dia lagi. Dari segi rasa pulak memang sangat terbaik. Menu yang diorang sajikan memang berbagai dan mempunyai aura untuk melelehkan air liur pelanggan. Senang cerita, semua jenis lauk pun ada kat sini. 
Dari pada sambal sotong, rendang ayam, sampailah ke paru goreng. Kalau korang singgah kat kedai ni, guarantee korang akan ambil lebih sampai berjenis-jenis lauk. Rambang mata!
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)
#2 - KARI KEPALA IKAN @ RESTORAN ZK
Kari Kepala IkanRestoran ZK ni memang selalu sahaja dihantui oleh ‘hantu-hantu’ kari kepala ikan yang selalu sahaja berkunjung ke sini jika tiap kali mereka mengidam akan menu tersebut. Tapi mengapa di Restoran ZK ni sedangkan ada banyak lagi restoran-restoran yang menyediakan menu ni? Haa… itulah yang anda perlu tahu, memang banyak keistimewaan pada kari kepala ikan di sini. Penyebab utama mestilah daripada segi rasanya kerana rasanya memang agak lain daripada yang lain kerana mereka mempunyai resepi mereka yang tersendiri dan rasanya memang sangat-sangat padu. Dari segi saiznya pula memang berbeza-beza, tetapi semuanya besar-besar belaka. Selain itu, pihak pelanggan mereka juga selalu memberikan pujian yang baik tentang kualitinya. Memang langsung tak menyesal.Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm)#3 - Chicken Chop @ Eye’s Steak
Chicken Chop @ Eye's SteakKalau sebut Chicken Chop, mesti akan terlintas dekat fikiran korang yang tak berbaloi sangat pun beli menu ni untuk hilangkan rasa lapar sebab kebanyakan kedai western menjual menu ni dengan harga yang agak mahal sampai berbelas ringgit tapi saiz dia kecil je. Tapi di Eye’s Steak ni, dengan cuma RM7.50 je, korang dah boleh dapat makan chicken chop yang memang besar dan kesedapan dia memang sangatlah terjamin. Kalau sekali korang imbas pun memang guarantee jatuh cinta. Macam mana boleh tak terliur bila dah nampak isi ayamnya yang digoreng rangup serta dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat? Tambah pula ia dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan coleslaw, memang memikat selera.Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3 pm – 12 am)
#4 - Bihun Sup Utara @ Langgaq Sup Utara
Bihun Sup UtaraKepada perantau-perantau dari utara yang menetap di KL, korang dah tak payah nak susah ambil cuti untuk pulang ke kampung hanya sebab korang rindu nak makan bihun sup macam kat kampung kerana di sini, korang boleh melepaskan rindu korang dekat hidangan yang selalunya korang cuma boleh jumpa dekat kampung halaman korang. Nama pun Bihun Sup Utara kan? Mana sah kalau tak rasa betul-betul macam makan dekat utara. Jangan risau, rasa dia memang sama macam yang original sebab tukang masak mereka memang asal daripada utara dan ramai anak-anak negeri Kedah dan Perlis yang dah datang dan mencuba sendiri menu ini. Kata diorang, menu ni memang mampu mengingatkan diorang kepada kampung halaman diorang. Asli dan enak!Alamat: 27, 13, Jalan AU 2a/17, Taman Keramat, 54200 Kuala LumpurWaktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 11.30 pm) manakala Jumaat – Ahad ( 3 – 11.30 pm)#5 - Steak @ Station 21
Steak @ Station 21Ada antara korang yang kepingin nak makan makanan western Station21 ini adalah antara salah satu penyelesaian yang terbaik untuk korang. Restoran ni memang sangat terkenal dengan hidangan-hidangan western mereka yang disediakan dengan kuantiti yang banyak. Restoran ini juga sangat terkenal sehinggakan ia menjadi pilihan bagi salah seorang lagenda rock iaitu Datuk Ramli Sarip. Hidangan yang paling diminati oleh para pelanggan yang berkunjung ke sini adalah steak mereka yang  memang sangat lazat. Malah ada juga diantara mereka yang sanggup datang kesini untuk merasa sendiri betapa hebatnya penangan steak disini. Rasanya memang sedap sampai tak terucap selain daripada saiznya boleh dikatakan agak besar. Memang sangat berbaloi. Yang bagusnya, restoran ini terletak di sebelah masjid jadi pelanggan bolehlah menunaikan solat sebelum atau selepas selesai menjamu selera.Alamat: Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala LumpurWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, (12 – 11 pm)\#6 - Nasi Ayam Hainan @  Nasi Ayam Hainan Taman Melawati
Nasi Ayam Hainan Taman MelawatiNak cuba rasa Nasi Ayam Hainan Singapura dekat KL? Tak payah susah-susah nak pergi sampai ke Singapura sebab Nasi Ayam Hainan Taman Melawati kan ada. Nasi Ayam Hainan kat sini memang murah, hanya sekitar RM5 je sepinggan. Yang istimewanya nasi ayam disini adalah rasa kuah sambal dan kicapnya yang enak dan manis. Ayamnya juga tidak terlalu rangup dan cukup rasa manis dan pedasnya. Dihidangkan bersama dengan sup yang tidak terlalu manis dan tawar. Senang cerita, memang perfect sangat. Itu belum lagi pekena dengan ABC dan Laici Kang diorang lagi. Memang terbaik.Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, SelangorWaktu Operasi: Setiap hari (10.30 am – 6 pm)#7 - Cendol Durian @ Durian King TTDI
Cendol Durian @ Durian King TTDIKalau sebut saja ‘Raja Segala Buah’, apa benda mula-mula yang terlintas difikiran anda? Mestilah buah durian kan? Kalau korang sendiri pun mengisytiharkan diri korang sebagai hantu durian, korang memang wajib datang serbu Durian King TTDI ni sebab memang jarang-jarang je boleh jumpa cendol durian tambah pulak yang sedap macam yang dekat sini.durian yang mereka gunakan memang berkualiti tinggi dan datang terus dari dusun mereka sendiri yang terletak di Raub. Dari segi kuantitinya, memang anda akan berpuas hati kerana untuk satu mangkuk, cendol yang diberikan memang banyak dan anda akan dapat sehingga 2-3 ulas durian. Rasa dia? Memang meletup!Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (3 pm – 12 am) manakala hujung minggu (1.30 pm – 12 am)Nak lebih mudah, boleh order semuanya secara atas talian di aplikasi lamanweb Foodpanda. Servis food delivery by Foodpanda ini memang sudah sangat popular jadi siapa saja boleh menggunakan khidmat Foodpanda semasa berada di Malaysia. 
Food pandaPelbagai jenis makanan ada untuk dipesan dan selepas itu boleh duduk senang lenang di rumah sewaan atau hotel tanpa perlu bersusah payah. Tak kiralah sama ada warganegara Malaysia sendiri ataupun pelancong luar, jika terasa nak makan apa-apa atau malas nak masak sendiri kat rumah, pilih saja apa-apa makanan yang terasa nak makan dari aplikasi Foodpanda kemudian boleh nikmatinya dengan senang hati di dalam kediaman sendiri. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.irrayyan.com/2020/08/7-makanan-lazat-di-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Museum Illusion Kuala Lumpur Museum Trick Illusi

Museum Illusion Kuala Lumpur Museum Trick Illusi

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 752 hits
hai assalammualaikumMuseum Illusion Kuala Lumpur Selalu nampak kawan kawan post dekat Museum Illusion Kuala Lumpur best pulak tengok Kalau dah namanya illusion mestilah muzium yang penuh trick magic dan tertanya tanya macam mana gambar ni d...
5 Amazing Food Places In Kuala Lumpur You Can Try On

5 Amazing Food Places In Kuala Lumpur You Can Try On

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 664 hits
5 amazing food places in Kuala Lumpur you can try on Food and lifestyle have always been the major topics on my blog and I always enjoy sharing it Kuala Lumpur has always been an exciting place to explore as it is not only famous with the K...
Lim Guan Eng Di Dakwa Di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur Esok

Lim Guan Eng Di Dakwa Di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur Esok

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta di sini jam 9 pagi esok Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16
Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 489 hits
Jika di negara asing kita terbiasa dengan restoran trendy yang cantik dengan lampu dan perhiasan indah Menarik untuk dipandang dan selesa untuk bersantai Tetapi trendy di Malaysia tidak hanya pada persembahan premis dan makanan tetapi juga ...
6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 575 hits
Sejujurnya siapa yang boleh menahan ayam goreng keemasan yang rangup tu kan Ayam goreng menu sepanjang zaman sesuai untuk semua peringkat umur dan hampir semua orang menyukainya Ayam yang digoreng hingga sempurna beraroma rangup di bahagian...
Street Art Jalan Alor Kuala Lumpur

Street Art Jalan Alor Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 501 hits
hai assalammualaikumStreet Art Jalan Alor Kuala Lumpur Lepas berseronok dekat kita pergi pulak tempat best untuk OOTD hehee Tempat mural dinding yang menarik memang untuk bergambar Tempat ni tersorok sikit kene pandai cari la Nasib baik dah...
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur

5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 328 hits
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur Hai readers semua Untuk harini cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana Tapi just nak share Oraite Underst...
Kafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

Kafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 916 hits
hai assalammualaikumKafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur Selagi belum habis bulan Julai selagi tu la birthday girl ye hehehe Jadi kita jalan jalan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan birthday girl ni Kihkih Samb...
Lelaki Ditahan Bersama 400kg Daun Ketum Di Kuala Perlis

Lelaki Ditahan Bersama 400kg Daun Ketum Di Kuala Perlis

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 471 hits
Lelaki ditahan bersama 400kg daun ketum di Kuala Perlis Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Aug 2020 10 04PM
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities