5 Resipi Buah Pic Menyelerakan Untuk Dinikmati Bersama


Buah Pic – Manis, wangi dan menyegarkan! Buah pic ialah buah yang sinonim dengan masyarakat Barat. Hampir setiap musim panas, buah pic akan menjadi bahan utama dalam kebanyakan masakan mereka, baik sebagai minuman, pembuka selera, salad mahupun pencuci mulut.
Namun begitu, tahukah anda bahawa buah pic juga mempunyai lambang yang cukup signifikan dalam budaya Timur, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina. Buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan pic sebagai lambang kekayaan, kemakmuran, usia panjang dan kesihatan. Oleh itu, memang tidak menghairankanlah apabila buah pic dapat dijumpai di mana-mana pasar raya dengan mudah semasa sambutan Tahun Baru Cina.
1001 Manfaat Kesihatan Buah Pic Anda pasti terfikir, kenapa buah pic ialah simbol usia panjang dan keabadian? Buah pic, seperti kebanyakan buah sitrus lain memang kaya dengan vitamin C. Di samping itu, buah pic juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin A dan E juga yang dipercayai dapat menguatkan sistem imun badan. Selain itu, buah pic juga kaya dengan potasium, komponen nutrien penting untuk mengawal tekanan darah dan bagus untuk kesihatan otot serta saraf anda.
Masih ada banyak lagi manfaat buah pic yang boleh dibincangkan tetapi lebih baik jika anda mencuba resipi-resipi menarik ini untuk mula ‘jatuh cinta’ dengan buah musim panas yang enak ini.
1. Roti Telur Dengan Sos Buah Pic Kredit: Kultural Kreations Roti telur atau French toast adalah salah satu makanan ruji kita semasa bersekolah. Inilah pilihan sarapan ibu-ibu di rumah kerana roti telur mudah disediakan dan dapat membuat anak yang paling cerewet pun makan dengan gembira sekali. Berikan kelainan pada resipi roti telur kegemaran anda dengan menyediakan resipi roti telur dengan sirap buah pic oleh Kulture Kreations untuk sarapan hari minggu nanti!
Bahan-Bahan:
a) Sirap Buah Pic
3 biji buah pic3 sudu besar mentega1/4 cawan gula perang1/4 sudu teh batang kayu manisGaram b) Roti Telur
6 keping roti3 biji telur1 sudu besar ekstrak vanila3 sudu besar mentega1/4 cawan susu Cara-Cara:
a) Kuah Buah Pic
Kupas kulit, buang biji dan hiris buah pic. Masukkan hirisan buah pic, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul hingga rata dan ketepikan.Dalam kuali, cairkan mentega dan gula perang atas api sederhana besar.Apabila gula sudah mencair, masukkan buah pic dan masak selama 5-7 minit sehingga buah pic dikaramel. b) Roti Telur
Dalam mangkuk besar, masukkan telur, ekstrak vanila dan susu. Kacau hingga sebati.Dalam kuali, cairkan mentega atas api sederhana besar.Celupkan roti ke dalam adunan telur sepenuhnya dan goreng kedua-dua bahagian roti selama 4-5 minit pada atau sehingga bertukar perang keemasan. Hidangkan roti di atas pinggan dan tuang kuah buah pic yang disediakan tadi. Anda juga boleh menyalut roti yang dicelup telur tadi dalam mangkuk berisi campuran serbuk kayu manis dan gula perang jika anda mahukan roti telur yang rangup dan manis.
2. Puding Buah Pic Kredit: furtherfood.com Bayangkan hari hujung minggu yang panas dan anda mahukan sesuatu yang menyejukkan. Sesuatu yang agak manis tetapi menyegarkan juga. Apa yang anda mahukan ialah resipi puding paleo buah pic oleh furtherfood.com yang menyihatkan dan enak ini. Tak menyesal mencubanya!
Bahan-Bahan:
a) Puding
1 cawan kacang gajus, dipotong menjadi ketulan kecil3 biji buah pic2 sudu besar madu1 sudu teh ekstrak vanila1 sudu besar jus lemon1/2 cawan santan cair1 sudu besar parutan lemon1/4 sudu teh garam laut b) Hiasan
1/4 cawan buah beri (opsyenal)1 sudu teh kuah santan pekatDaun pudina (opsyenal) Cara-Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan.Kisar hingga mencapai konsistensi yang halus. Jika anda mahukan adunan yang lebih pekat, masukkan 1/4 cawan santan lagi. Anda juga boleh meletakkan 1 sudu besar madu lagi. Tuang adunan yang dikisar ke dalam mangkuk hidangan kecil, kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam.Sebelum menghidang, sediakan kuah santan pekat dengan memanaskan sedikit santan dalam kuali di atas api kecil. Masukkan secubit garam dan siap! Mudah dan senang. Tapi, pastikan kuah santan anda tidak pecah, ya. Sejukkan kuah sedikit sebelum tuang di atas puding.Hias puding dengan buah beri dan daun pudina dan tuang sedikit kuah santan yang disediakan tadi. 3. Buah Pic Renih Kredit: mydeliciousblog.com Pernahkah anda mencuba sajian buah renih atau poached fruit? Sajian pencuci mulut ini lazimnya disediakan menggunakan buah pir kerana teksturnya yang rangup dan wangi dan dipercayai bahawa resipi ini berasal dari Beaujolaise iaitu salah satu kawasan tanaman anggur dan pengeluaran arak di Perancis. Jika anda ingin mencubanya buat pertama kali, kami sarankan anda ikuti resipi ini yang dikongsi di mydelicious.blog.
Bahan-Bahan:
a) Buah
4 biji buah pic b) Sirap Renihan
2 cawan air1 cawan gula1 sudu besar madu1 biji kulit lemon, dipotong menjadi 4 bahagian2 tangkai daun rosemary1/2 batang kayu manis4 biji bunga cengkih1 batang lenggai vanila, dibelah atau 4 sudu besar ekstrak vanila1/2 biji lemon, jus sahaja Cara-Cara:
a) Mengupas Buah Pic
Isi 3/4 periuk dengan air dan didihkan air di atas api sederhana besar. Hiris bentuk ‘X’ di bahagian bawah setiap buah pic dan masukkan buah pic ke dalam air mendidih selama 3-4 minit. Keluarkan buah pic dan letakkan dalam bekas berisi air sejuk untuk merencatkan proses memasak. Kupas kulit buah pic, keluarkan biji dan potong menjadi 4 bahagian. b) Sirap Renihan
Masukkan semua bahan untuk menyediakan sirap renihan dalam ke dalam kuali sederhana besar.Panaskan kuali atas api sederhana besar untuk mencairkan gula, kemudian kecilkan api dan biar merenih.Masukkan ketulan buah pic ke dalam sirap dan sudukan sirap ke atas setiap ketulan buah sehingga setiap ketulan disalut.Biar merenih selama 10 minit. Padamkan api dan biar selama 1-2 minit. Keluarkan lenggai vanila, daun rosemary, bunga cengkih dan kayu manis. Hidangkan buah pic dan sirap, serta-merta, dengan potongan kek mentega atau simpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan selama beberapa hari. 4. Biskut Buah Pic Kredit: sheknows.com Tiada cara yang lebih baik untuk makan buah berbanding menyediakannya dalam bentuk pencuci mulut. Anda tidak perlu berasa teragak-agak untuk mencuba resipi biskut buah pic ini kerana resipi yang dikongsi di sheknows.com adalah menyihatkan dan tidak terlalu manis. Resipi ini sesuai untuk disediakan apabila anda ada buah pic yang masak ranum atau hampir kecut kerana kemanisan isi pic itu sudah memadai untuk menjadikan biskut ini sajian minum petang kegemaran keluarga anda.
Bahan-Bahan:
1 cawan oat1 cawan tepung serbaguna atau campuran tepung sifar-gluten, diayak1/4 cawan parutan kelapa 1/4 cawan gajus, dicincang 1/2 sudu teh serbuk penaik1/2 sudu teh soda penaikSecubit garam laut1 biji telur1/3 cawan gula melaka1/2 cawan pusang, dilenyekkan dan dicampur 2 sudu besar air2 sudu besar mentega, dicairkan 1/2 sudu teh ekstrak vanila1 cawan buah pic, dipotong dadu Cara-Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Lapikkan dulang pembakar dengan kertas bakar atau sapukan mentega pada dasar dulang pembakar.Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan oat, tepung, kelapa parut, kacang gajus, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Kacau rata.Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula, pisang, mentega dan ekstrak vanila. Kacau rata.Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul hingga rata. Kaup buah pic ke dalam adunan. Letakkan 1 sudu besar adunan di atas dulang pembakar, tinggalkan jarak sebanyak 2 inci antara adunan.Bakar selama 12 hingga 14 minit, sehingga biskut menjadi warna keemasan. Biar biskut menyejuk selama 5 minit sebelum memindahkannya ke rak penyejuk. 5. Buah Pic Goreng Kredit: ashleemarie.com Kita ada pisang goreng, keledek goreng, durian goreng, jadi apa kata kita menggoreng buah pic pula? Buah pic goreng mempunyai tekstur seperti pisang goreng; rangup di luar dan gebu di dalam. Setiap gigitan hanya akan membuat anda mahu makan berkali-kali! Resipi buah pic goreng di ashleemarie.com sangat mudah untuk disediakan dan sesuai dijadikan kudapan semasa menonton rancangan kegemaran anda.
Bahan-Bahan:
a) Krim Vanila ala Anglaise
 3/4 cawan krim pekat 1 batang lenggai vanila atau 4 sudu besar ekstrak vanila4 biji telur kuning saiz besar1/3 cawan gula pasir b) Buah Pic Goreng
1 cawan tepung serbaguna 2 sudu teh serbuk penaik1/2 sufu teh garam1 sudu besar gula pasir3/4 cawan susu 1 biji telur, dipukul2 sudu besar, dicairkan 3 biji buah pic, dipotong menjadi 8 hirisan c) Hiasan
2 sudu besar tepung1/2 cawan gula halus1/2 sudu besar serbuk kayu manis Cara- Cara:
a) Krim Vanila ala Anglaise
Jika anda menggunakan lenggai vanila, belah lenggai dan keluarkan biji.Tuang susu dan krim ke dalam periuk dan masukkan lenggai serta biji vanila. Panaskan periuk atas api kecil dan biar merenih.Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning dan gula bersama hingga berwarna pucat.perlahan-lahan, tuangkan susu/krim and dipanaskan ke dalam adunan telur sambil terus memukul telur.Tuang adunan tersebut ke dalam periuk lain dan panaskan atas api sederhana. Terus mengacau adunan hingga memekat dan boleh menyelaputi belakang sudip anda.Tapis adunan ke dalam mangkung dan letakkan mangkuk tersebut ke dalam mangkuk berisi air ais untuk menyejukkan krim dengan cepat.Simpan di dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan. b) Buah Pic Goreng
Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana besar sehingga buih-buih kecil terbentuk.Masukkan tepung, serbuk penaik, garam dan gula di dalam sebuah mangkuk. Kacau rata.Masukkan susu, telur dan mentega cair ke dalam dan kacau hingga adunan menjadi halus.Tepungkan hirisan buah pic dan celup ke dalam adunan. Goreng selama 2-3 minit. Gaul buah pic dalam campuran serbuk kayu manis dan gula sementara masih panas. Hidangkan bersama krim vanila Anglaise. Buah Musim Panas Berkualiti Tinggi Buah pic merupakan antara buah musim panas yang cukup versatil dan menarik untuk dieksperimen di dapur. Oleh sebab buah pic bukanlah buah tempatan, agak sukar untuk kita mencari buah pic yang berkualiti tinggi. Kami sarankan anda untuk mendapatkan buah pic keluaran syarikat Taste Australia. Syarikat ini bermatlamat untuk menyediakan buah-buahan segar dan lazat yang ditanam secara organik oleh keluarga peladang di Australia kepada setiap isi rumah.
Kongsi gambar anda menikmati resipi -resipi buah pic ini bersama keluarga dengan kami dan Taste Australia dan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Fit 2! Maklumat lanjut di laman Instagram Taste Australia. Buat pilihan terbaik demi kesejahteraan keluarga anda.
The post 5 Resipi Buah Pic Menyelerakan untuk Dinikmati Bersama appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/5-resipi-buah-pic-menyelerakan-untuk-dinikmati-bersama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Imuniti Anak Jadi Kuat Ini 5 Resipi Mudah Guna Sayur Buah Sedapnya

Sistem Imuniti Anak Jadi Kuat Ini 5 Resipi Mudah Guna Sayur Buah Sedapnya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 225 hits
Sayur dan buah buahan sangat bagus diberikan kepada anak kita kerana ia mempunyai pelbagai nutrisi Setiap satu jenis sayur dan buah mempunyai kebaikannya tersendiri yang memberi manfaat kepada si manja Selain kaya dengan serat ia juga kaya ...
Resipi Sotong Sumbat Masak Merah Yang Sedap Menyelerakan

Resipi Sotong Sumbat Masak Merah Yang Sedap Menyelerakan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 276 hits
Jika ada sotong di rumah boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni Nampak sedap dan menyelerakan Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini Semoga bermanfaat dan selamat mencuba SOTONG SUMBAT MASAK MERAHBAHAN BAHAN 4 ekor...
Bengkang Buah Kelapa Sawit Resipi Nenek Moyang Yang Cukup Enak

Bengkang Buah Kelapa Sawit Resipi Nenek Moyang Yang Cukup Enak

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 195 hits
Oleh Pastinya bengkang buah kelapa sawit masih asing dalam pendengaran kita Jarang dibuat tetapi rasanya cukup enak Resipi peninggalan nenek moyang ini juga mudah disediakan Terima kasih Aishah Yap atas perkongsian resipi Bahan 25 biji buah...
Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Rahsia Kriuk Kriuk Jadi Lagi Sedap Pedas Confirm Licin

Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Rahsia Kriuk Kriuk Jadi Lagi Sedap Pedas Confirm Licin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 321 hits
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak anak tak senang duduk Selagi tak tersedia di atas meja hidangan selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut Jom cuba ...
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Anak

Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 314 hits
oleksi resipi snek yang ibu ibu kena cuba Maklumlah sekarang ini disebabkan PKP sesi pembelajaran anak anak masih secara atas talian Masa inilah kaum ibu terlebih sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul Snek antara hidangan r...
Resipi Donat Ekspress 2 Bahan Saja Tak Sampai 5 Minit Dah Siap Mudahnya

Resipi Donat Ekspress 2 Bahan Saja Tak Sampai 5 Minit Dah Siap Mudahnya

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 126 hits
Tercari cari resipi sajian minum petang untuk anak dan suami Jangan bazirkan masa pada resipi yang lama penyediaannya Jimatkan tenaga dengan resipi mudah dan mengenyangkan Resipi donat ekspress ini mama wajib cuba Bukan hanya gunakan dua ba...
Nak Tanam Pokok Bendi Yang Sihat Banyak Buah Boleh Cuba Tip Ini

Nak Tanam Pokok Bendi Yang Sihat Banyak Buah Boleh Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 259 hits
Kalau anda suka makan bendi boleh cuba tanam sendiri pokok bendi di rumah Nak tanamnya tidaklah susah mana bezanya cuma banyak buah atau tidak Jika anda nak tanam pokok bendi yang sihat serta banyak buah dan cabangnya boleh cuba tip yang di...
Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan

Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 505 hits
Khasiat Buah Mangga Dalam Makanan Buah mangga walau apa namanya samada mangga lemak manis mangga harum manis mangga susu pelam kundang dan banyak lagi tetap sedap dimakan macam gitu aje atau diletakkan dalam makanan sebagai penyedap rasa Bu...
Menhan Prabowo Perintahkan Anak Buah Teliti Beri Info Penggunaan Anggaran Ke Bpk

Menhan Prabowo Perintahkan Anak Buah Teliti Beri Info Penggunaan Anggaran Ke Bpk

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 148 hits
Serta melakukan rekonsiliasi yang ketat dari satker terkecil sampai dengan tingkat eselon untuk meminimalisir terjadinya selisih data dan mencari solusi terbaik dalam pemecahannya ucap Prabowo
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Yusoff Rawther Paksa Polis Dedah Keputusan Ujian Poligraf

Tiada Hasrat Tahan Dr Mahathir Kata Ketua Pesuruhjaya Sprm

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak