Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Rahsia Kriuk Kriuk Jadi Lagi Sedap Pedas Confirm Licin
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak tak senang duduk. Selagi tak tersedia di atas meja hidangan, selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan.
Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk-kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazlina Hassan ini. Memang mantap!
Sis nak hadiahkan resepi ayam goreng ala Kepci pada korang. Sis dapat pun dari kakak sis. Lepas ni boleh la korang cuba. Silap-silap tokey kepci nangis.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung bestari pedas -untuk anak ganti yang biasa
1 cawan tepung
2 cawan air
Lepas basuh ayam bersih-bersih, lumur dengan tepung bestari pedas ye korang. Pakailah sarung tangan plastik. Kalau untuk anak-anak boleh ganti dengan tepung bestari biasa je.
Lepas lumur, rendam dengan bancuhan tepung bestari pedas tu 1 cawan tepung, 2 cawan air. Biar 15 minit okei.
Lepas 15 min korang masukkan dalam tepung lagi. Gaul-gaulkan. Buat sampai dia jadi berkuping tuh haa.
Goreng ayam mesti tenggelam dalam minyak. Api sedang.
Tu rupa dia. Baru angkat. Korang jangan letak tepung banyak sangat sebab nanti tak berapa garing.
Kejadian isi ayam.
Artikel berkaitan: Kering Idea Nak Masak, Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari
Roti Horns Mini Berinti Isi Ayam Celup Tepung, Resipi Ringkas Gerenti Sedap
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Ayam Goreng Ala KFC, Rahsia Kriuk-Kriuk Jadi Lagi Sedap & Pedas, Confirm Licin! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-ayam-goreng-ala-kfc-rahsia-kriuk-kriuk-jadi-lagi-sedap-pedas-confirm-licin/