Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Anak


oleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, sekarang ini disebabkan PKP sesi pembelajaran anak-anak masih secara atas talian. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta perasa tambahan yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA
BAHAN-BAHAN:
700gm isi dada ayam | potong kecil2 biji telur5 ulas bawang putih2 biji bawang merah saiz sederhanaSerbuk lada hitam secukupnya3 sudu makan tepung ubi kayuGaram dan perasa ( jika suka) secukupnyaTepung goreng serbaguna secukupnyaSedikit mentegaCARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noor Liyana
2. CHEWY CHEESE SPINACH
BAHAN-BAHAN:
250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)250gm krim keju1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)1 sudu makan mentega1 ulas bawang putih | cincang1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus1 sudu teh garam halusBAHAN SALUTAN:
1/2 cawan tepung gandum2 biji telur | dipukul1 cawan serbuk roti orenNota:
** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh.
** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh.
** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya.
** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus.
** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Kredit resipi & foto: Asha Zainudin
3. ROTI JOHN MINI
BAHAN-BAHAN:
200gm daging kisar4 biji telur1 biji bawang besar | potong dadu2 biji ubi kentang | potong dadu1 kiub pati ayam1 paket kecil rempah supGaram secukup rasa1 sudu makan marjerin / mentegaDaun sup dan daun bawang secukupnyaRoti frankfurterMayones secukupnyaSos cili secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .
2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.
4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.
5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.
6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.
7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.
8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.
9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.
10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.
11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.
13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.
14. Sapukan mayones dengan secukupnya.
15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.
16. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar
4. TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
KetumbarJitan manisBawang putihSerbuk kunyitGaramTepung gandumAirINFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.

INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
5. BEGEDIL AYAM
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)200g bawang goreng200g daun supTelur (untuk salut bergedil)BAHAN PERASA
garamgulaserbuk lada sulahCARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Kredit resipi & foto: Izany Izhas
6. SOSEJ AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam1 1/2 sudu teh garam3 ulas bawang putih1/2 sudu teh lada sulah1/2 sudu teh thyme1/2 sudu teh oregano1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )1 gelas air / stok ayam* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
7. CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
5 biji ubi kentang1 blok keju mozarella | dipotong kiub1 cawan tepung gandum1/2 cawan minyak masak3 biji telur | dipukulCARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!
Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad
8. TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minitIsi ayam bahagian dada – digoreng tepungMayones secukupnyaSos Thousand Island secukupnyaDaun salad secukupnyaTomato – potong daduLobak merah – disagatTimun – disagatKeju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapaBAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbagunaTelur – dipukulBahan perasaCARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/02/koleksi-resipi-snek-homemade-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap Memang Laku Keras

Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap Memang Laku Keras

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 227 hits
Kalau pergi ke kafe hidangan pastri pasti menjadi kesukaan Pai yang diletakkan sama ada ayam mahupun daging menjadikan minum petang anda lengkap PKP ni semuanya terbatas nak duduk dalam kafe pun tak boleh Jadi jomlah buat sendiri pai kesuka...
Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 358 hits
Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung Tak jemu tak muak dan sangat membuka selera Di musim PKP ni susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan bolehlah...
Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 347 hits
Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja Makan dengan bubur sedap nasi panas panas pun layan Malah nikmati bersama roti pun boleh Memang serbaguna Rasa pedas pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai Kalau ...
Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 289 hits
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3 4 kg hingga 3 5 kg Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai Berat lahir adalah melebihi 9...
Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple Sedap

Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 246 hits
Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple Sedap Resipi rendang ayam mudah jika menggunakan ayam biasa yang kita beli sehari hari Tapi resipi rendang ayam ini lebih special jika menggunakan ayam pencen Apa itu ayam pencen Ayam pencen ...
Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 292 hits
Bagi yang pernah melihat Dato Rizalman menyediakan pucuk ubi goreng pastinya teringat ingat akan resipi yang satu ini Nampak sedap dan paling penting rangup ketika dimakan bersama nasi panas Memang sedap Nak tahu macam mana nak masak pucuk ...
Resipi Kuih Lompang Labu Tak Guna Banyak Bahan Mudah Sedap

Resipi Kuih Lompang Labu Tak Guna Banyak Bahan Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 332 hits
Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang Biasanya labu ni kita jadikan cekodok apam kuih lapis atau dimasak bersama sayur Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni Sangat mudah Jom cu...
Resipi Chicken Chop Sos Lada Hitam Homemade Sedap Tak Berminyak

Resipi Chicken Chop Sos Lada Hitam Homemade Sedap Tak Berminyak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 224 hits
Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Mudah sedap dan t...
Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal Sedap Yang Penting Halal

Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal Sedap Yang Penting Halal

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 336 hits
Kuih bakul merupakan hidangan bagi kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum ia dibentukkan seperti dodol Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu tunggu oleh selur...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis