5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta



5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta
Pastinya memiliki kereta idaman adalah salah satu impian semua orang, ditambah pula kereta tersebut adalah kereta pertama, apatah lagi memiliki kereta sememangnya bakal memudahkan pergerakan kita ke satu destinasi ke destinasi lain. Namun terdapat banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum memiliki kereta

Sudah semestinya kita akan berusaha mendapatkan kereta terbaik dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kewangan kita dan pastinya kita juga akan berkira-kira samada untuk membeli kereta terpakai mahupun kereta baharu. Banyak faktor perlu dipertimbangkan didalam membuat pilihan antara kereta terpakai dengan kereta baharu. Seperti semua maklum, kereta baharu hari ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik dan lebih banyak teknologi moden berbanding model sedekad yang lalu

Selain rumah dan harta-harta lain yang ada, kereta boleh dianggap sebagai satu aset yang mahal dan berharga, oleh itu sebarang keputusan untuk membeli sebuah kereta tidak boleh dibuat secara melulu memandangkan ia adalah komitmen untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk membeli kereta terbaik untuk diri sendiri / family, sebaiknya, teliti dahulu beberapa perkara dibawah ini :


Ukur baju di badan sendiri. 
Beli kereta ikut kemampuan, seeloknya belilah kereta yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan dimana kita mampu membayar setiap bulan, jangan membeli kereta melebihi kemampuan kita kerana dikhuatiri akan membebankan kewangan kita dan perbelanjaan bulanan kita

Contohnya sekiranya kita memperoleh gaji 4,000 sebulan dan pendapatan tahunan adalah RM50,000, maka carilah kereta baru yang harganya kurang daripada pendapatan tahunan kita

Namun sekiranya mempunyai kewangan yang lebih, boleh sahaja memilih kereta idaman dan sentiasa menjaga hal-hal penyelenggaraan kereta idaman tersebut untuk mengelakkan kos besar dikeluarkan

Paling penting, sebelum membeli kereta, kita perlu kenalpasti dulu berapakah jumlah bulanan yang kita mampu peruntukkan untuk membayar kereta. Sekarang ni ada pelbagai laman web yang dapat membantu kita untuk membuat kira-kira sebelum membeli kereta




Penggunaan minyak
Seperti yang kita maklum pengguna kenderaan motor selalunya menghadapi masalah dengan harga minyak yang tidak menentu dan sering berubah-ubah mengikut keadaan semasa. jadi dalam memilih kereta idaman, kita juga perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang jenis-jenis kereta yang menjimatkan minyak kerana memiliki sebuah kereta dengan penggunaan minyak yang menjimatkan adalah bagus dan sedikit-sebanyak bakal membantu kita dalam jangka masa yang panjang. 
Pada kebiasaannya, kereta yang menjimatkan minyak adalah jenis hibrid yang mana ia menggunakan kuasa gas dan motor elektrik. Selain dapat menjimatkan minyak, kereta jenis hibrid juga berupaya untuk membantu mengurangkan pencemaran apabila kadar pelepasan karbon dioksidanya adalah rendah



Kos penyelenggaraan dan pembaikan  kereta

Setelah memiliki kereta pastinya sebagai pemilik kereta, kita bertanggungjawab memastikan kenderaan dijaga dengan baik dan rapi. Perkara yang wajib dilakukan untuk memastikan kenderaan kita didalam keadaan yang baik, ialah dengan menghantar kenderaan ke pusat servis mengikut masa yang telah ditetapkan

Kos penyelenggaraan bagi setiap kereta sememangnya adalah berbeza mengikut kepada penjagaan dan gaya pemanduan seseorang. Namun, ada juga beberapa jenama pengeluar kereta memberikan kos penyelenggaraan yang tidak begitu tinggi dan berbaloi untuk pemilik kereta

Rajin-rajinlah check jadual ‘Servis Penyelenggaraan Berkala’ supaya kita boleh mengetahui bahan atau komponen kereta yang perlu ditukar dan dilakukan penyelenggaraan mengikut tempoh yang diberikan. Paling penting ia memudahkan kita membuat kira-kira dan bajet untuk kos setiap bahan atau komponen yang perlu ditukar/servis

Faktor ini perlu difikirkan sebelum membeli kereta pertama kerana ia adalah penting bukan sahaja sekarang malah untuk jangka masa panjang


Keluasan dalaman kereta / ruang dalam kereta

Memilih saiz kereta yang bersesuaian adalah antara faktor yang perlu dititik-beratkan sebelum membeli kereta pertama. Sekiranya kita merancang untuk terus menggunakan kereta yang ada untuk tempoh masa yang panjang atau tidak terfikir untuk menukar-nukar kereta, kita perlulah merancang untuk memiliki kereta yang sesuai dan menepati apa yang kita perlukan untuk diri ataupun keluarga. Jadi tidak perlu bertukar kereta kerap kerana ia sesuatu yang merugikan. jadi pemilihan yang betul ketika memilih kereta adalah sangat perlu agar kita tidak menyesal

Misalnya jika kita adalah seseorang yang telah berkahwin dan merancang untuk memiliki cahaya mata yang ramai, seeloknya kita membeli kereta yang lebih besar dan selesa. Sebagai contoh adalah kenderaan jenis MPV

dan sekiranya kita adalah adalah seorang wanita atau lelaki yang masih belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, bolehlah memilih untuk membeli kereta biasa mengikut kepada tahap kemampuan bulanan kita

Namun sekiranya masih belum berkahwin tetapi perlu menggunakan kereta untuk tujuan mengangkut barang-barang bisnes dalam kuantiti yang banyak, juga sangat sesuai memilih kenderaan bersaiz besar 



Faktor Jalan
Membeli kereta juga perlu perhatikan destinasi atau tempat yang bakal kita lalui dengan kenderaan baru kita itu. Pendek kata laluan di kawasan yang kita lalui hari-hari juga menjadi faktor pemilihan kenderaan yang sesuai untuk kita. Sekiranya kita seorang pekerja pejabat, boleh sahaja membeli sebarang kereta yang diidamkan mengikut kemampuan kerana kita tidak perlu mengharungi sebarang jalan yang berlopak, berliku mahupun berhutan

Namun sebaliknya, jika kita adalah seorang jurutera yang sering perlu pergi ke tapak pembinaan, pekebun yang perlu pergi ke dusun setiap hari dan sebagainya, maka pilihan terbaik untuk adalah dengan membeli kereta jenis 4×4 (four-by-four) sesuai dengan pekerjaan dan keperluan kita

Sekranya memilih kenderaan yang tidak sesuai, maka agak sayang dan merugikan kerana ia bakal memberi risiko kepada kenderaan itu untuk lebih cepat rosak


Ini sahaja tips yang boleh dikongsikan dan dipertimbangkan sebelum membeli kereta idaman. Selain daripada itu, jangan lupa juga mengkaji tentang komitmen lain yang perlu ditanggung selepas mempunyai kereta seperti kewajipan memperbaharui insurans dan roadtax pada setiap tahun. 



Permainan Kereta Percuma Untuk Kanak-kanak & Dewasa yang Suka Bermain!
Oh ya.. selain boleh buat kira-kira didalam website Car Payment Calculator itu, kita juga boleh mencuba pelbagai permainan kereta percuma di website tersebut. dibahagian Car Arcade, menawarkan lebih 20 permainan yang boleh dimainkan secara PERCUMA. Terdapat pelbagai permainan terdiri daripada perlumbaan, ke padang berhalangan, ke pelayaran basikal, hingga ke permainan jenis merentas jalan

Paling menyeronokkan semua permainan didalam website ini adalah bebas iklan, menjadikan mood bermain lancar dan tenang. Pastinya anak-anak pun suka bermain dengan game online ini. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2022/06/5-perkara-perlu-difikirkan-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impak Covid 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

Impak Covid 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 322 hits
Impak COVID 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah Penularan wabak Covid 19 memberi impak yang sangat besar di seluruh dunia Ianya menyaksikan banyak sektor ekonomi negara terjejas dan lumpuh seket...
Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 579 hits
Nissan Sylphy 1 8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016 Beli baru terus dari showroom Nissan di Glenmarie Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya Bukan pasal produk sangat Tapi lebih kepada cara...
Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta

Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 242 hits
Memiliki kereta adalah impian setiap orang dan ia antara keperluan masa kini Namun begitu tidak semua mampu untuk membeli kereta terutama kereta baru kerana harganya yang agak mahal Dengan pelbagai bebanan terutama selepas pandemik pastinya...
Video Normah Damanhuri Men4ngis Kak Km Hadiah Kereta Bayar Tunai

Video Normah Damanhuri Men4ngis Kak Km Hadiah Kereta Bayar Tunai

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 156 hits
Pelakon veteran Normah Damanhuri men4ngis gembira apabila anaknya Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta yang dibayar secara tunai Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok Kak KM berkata pemberi...
Hiburan Kesian Pak Cik Tu Lembu Heret Lelaki Sampai Terjatuh Hampir Sebabkan Kemalangan Beberapa Kereta

Hiburan Kesian Pak Cik Tu Lembu Heret Lelaki Sampai Terjatuh Hampir Sebabkan Kemalangan Beberapa Kereta

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 196 hits
Umum sedia tahu bahawa umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji dalam beberapa minggu dan sudah tentu ramai penternak penternak haiwan sedang sibuk menjaga haiwan ternakan bagi memastikan ternakan dalam keadaan baik Namun baru baru ini seor...
Statistik Pembelian Dalam Talian Peminat Kereta Dan Motosikal

Statistik Pembelian Dalam Talian Peminat Kereta Dan Motosikal

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 217 hits
STATISTIK PEMBELIAN DALAM TALIAN PEMINAT KERETA DAN MOTOSIKAL Assalammualaikum semua Kadang kadang kita melihat dalam aplikasi Shopee terlalu banyak barangan yang kita perlu Shopee seperti otak kita yang bijak berbelanja Serba tahu apa yang...
Beli Kereta Terpakai Dibantu Mak Sendiri Vs 5 Jurutera Asas Jual Beli Adalah Kepercayaan

Beli Kereta Terpakai Dibantu Mak Sendiri Vs 5 Jurutera Asas Jual Beli Adalah Kepercayaan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 430 hits
Macam mana nak beli 10 buah kereta sekali gus yang setiap satunya berada dalam keadaan baik dan sangat memuaskan hati Kalau ada banyak duit paling mudah pergi beli kereta baru saja Habis cerita Insyaallah kesemuanya baik baik belaka Kondisi...
Risau Sportrim Tercalar Lelaki Tinggal Nota Rela Bayar Saman Dari Kereta Kena Clamp

Risau Sportrim Tercalar Lelaki Tinggal Nota Rela Bayar Saman Dari Kereta Kena Clamp

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 138 hits
Pemandu yang meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya pasti akan dikenakan tindakan undang undang seperti disaman atau kereta dikunci dengan clamp Disebabkan itu lah ramai yang berhati hati untuk meletakkan kereta di ruang yang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities