Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta
Memiliki kereta adalah impian setiap orang dan ia antara keperluan masa kini. Namun begitu, tidak semua mampu untuk membeli kereta terutama kereta baru kerana harganya yang agak mahal. Dengan pelbagai bebanan terutama selepas pandemik, pastinya sukar untuk membeli kereta yang baru. Jadi pilihan yang ada adalah dengan membeli kereta terpakai yang lebih murah.
Bagaimanapun membeli kereta baru atau kereta terpakai perlulah mengikut panduan supaya ia tidak merugikan dan menyusahkan kita.
Berikut adalah beberapa panduan yang ingin kongsikan.
Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta
1. Rancang Bajet dan Kemampuan
Jika anda ingin membeli kereta baru atau terpakai, fikirkan tentang bajet dan kemampuan untuk anda membayarnya. Misalnya anda hendak membeli kereta Myvi, jadi anda boleh membuat carian mengenai kereta tersebut dan harganya. Adakah anda mampu untuk membayarnya setiap bulan dengan pihak bank?
Sebelum membeli, anda boleh membuat Pengiraan Membeli Kereta terlebih dahulu. Ini memudahkan untuk anda mengira bajet, bayaran ansuran setiap bulan supaya ia tidak membebankan anda
2. Membuat Carian Online
Sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, anda boleh membuat carian online dan baca dengan teliti penerangan yang diberikan di laman tersebut. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman membeli kereta terpakai bagi mendapatkan lebih banyak maklumat.
3. Insurans Kereta
Perkara penting dalam pembelian kereta adalah insuran kereta dan roadtax kereta. Kadar insurans dan roadtax bergantung mengikut jenis dan model kereta. Makin mahal sesebuah kereta maka mahal lah juga insurannya. Dapatkan polisi insurans yang sesuai dengan keperluan. Boleh bertanya pada mereka yang berpengalaman dalam menguruskan insurans kereta
4. Elakkan Beli Kenderaan Yang Diubah Suai
Jika membeli kereta terpakai, anda perlu berhati-hati kerana ia kemungkinan merupakan kereta yang telah diubah suai. Kemungkinan tahap keselamatannya diragui kerana barang alat ganti yang digunakan mungkin dari kedai atau dipasang oleh orang yang tak bertauliah.
5. Membuat Pandu Uji Kereta
Sebaiknya anda hendaklah melakukan pandu uji terutama jika membeli kereta terpakai. Ini amat penting supaya anda dapat mengenal dan menilai kualiti kereta tersebut. Dengan membuat uji pandu, barulah anda merasai pengalaman sendiri. 1) Beberapa perkara yang boleh anda perhatikan ketika membuat pandu uji :
2 ) Adakah anda berasa selesa ketika memandu? tempat duduk adakah boleh diselaraskan?
3 ) Cek brek kereta dan alignment
4 ) Adakah stereng kereta berfungsi dengan baik?
5 ) Cek lampu, wiper kereta, cermin sisi dan segala butang di dashboard adakah semuanya berfungsi?
6 ) Cek aircond sama ada sejuk atau tidak
7 ) Cek bahagian lampu amaran kereta sama ada menyala atau tidak
8 ) Pastikan tiada bunyi pelik ketika anda sedang memandu kereta. Sekiranya ada bunyi pelik itu menandakan kemungkinan ada kerosakan.
Setelah melakukan pandu uji, barulah anda boleh membuat keputusan yang tepat sama ada hendak membeli atau tidak
Kesimpulannya, bila anda hendak membeli kereta, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Selain dari panduan di atas, ada banyak lagi faktor lain. Yang terbaik adalah bertanya pada mereka yang berpengalaman dan arif dalam pembelian kereta.
Semoga anda dapat membeli kereta yang anda idamkan.
Oh ya, sambil-sambil mencari info tentang kereta kan, mesti dah rasa penat. Apa kata luang kan masa seketika dengan main game kereta online. Best juga. Buat hilang rasa mengantuk dan letih. Ada beberapa game antaranya Apple & Onion Cat Rescue Game, Batman Gotham City Speed, Cars Lightning Speed,Clarence Reckless Ramps,Danger Mouse Full Speed Extreme Turbo Racing dan lain-lain.
STAY CONNECTED
Blog : https://www.zazaiman.com/
Instagram : https//www.instagram.com/zaza.imn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2022/06/panduan-jika-anda-ingin-membeli-kereta.html