Impak Covid 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah


Impak COVID-19 Terhadap Pelaburan Hartanah | 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah. Penularan wabak Covid-19 memberi impak yang sangat besar di seluruh dunia. Ianya menyaksikan banyak sektor ekonomi negara terjejas dan lumpuh seketika serta menyaksikan beberapa industri turut menerima kesan yang sangat teruk. Industri hartanah antara yang tidak terlepas dari menerima tempias kesan akibat penularan Covid-19, Namun begitu, permintaan terhadap permbelian rumah kediaman masih mendapat sambutan.

Ada ke orang nak beli rumah walaupon negara masih belum reda dengna isu COVID-19? Laku ker rumah sekarang ni? Memandang kan saya bekerja dengan property development, sedikit sebanyak saya tahu juga lah berkenaan permintaan dalam pembelian rumah ni. Iya… Permintaan tetap ada walaupun Industri hartanah antara yang tidak terlepas dari menerima tempias kesan akibat penularan Covid-19. 
Jualan Rumah Tidak Terjejaas Walaupon COVID-19? Faktor ini juga disebabkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hasil inisiatif kerajaan untuk menyokong pembeli rumah yang ingin membeli hartanah pada harga yang berpatutan dengan pengecualian duti setem serta pengurangan minimum sebanyak 10% untuk harga pembelian hartanah yang disenaraikan di bawah skim HOC ini. Memang sangat menguntungkan kerana secara tidak langsung ianya menaikkan lagi sektor hartanah. Bukan mudah nak membeli sebuah rumah dan bukan mudah untuk memiliki sebuah aset tanpa kita ambil tahu keperluan sebelum membeli rumah. Apa pun impak COVID-19 terhadap pelaburan hartanah, ini 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah
11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah1) Semak StatusSemak status ni maksud saya, anda kena semak nama anda dekat Bank sama ada blacklisted atau tak. Bila kita tahu status kita, permohonan jadi lancar dan mudah. Bila kita tak tahu status kita tu blacklisted, memang susah nak buat pinjaman. Bila kita dah tahu, sekiurang-kurangnya  kita sudah boleh ambil langkah seterusnya. Apa lagi kalau bukan selesaikan dulu hutang piutang supaya urusan pinjaman di kemudian hari di permudahkan.
2) Pembayaran Hutang Yang KonsistenKalau anda ada buat pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau credit card, pembayaran bulanan tu biarlah konsisten setiap bulan. Jangan ada yang tertangguh. Kalau auto debit tak apa. Sebab bulan-bulan dah auto tolak dari account. Jadi payment tu nampak cantik. Kalau anda prefer bayar online atau pergi ke kaunter bank, pastikan tak ada delay sebab dari sini pon bank akan tengok. Pengalaman saya masa nak beli rumah pertama dulu, disebabkan isu delay ini lah buatkan pinjaman  susah nak lulus. Memang perit bila diingatkan balik sebab bukan salah saya. Sebab baik sangat bagi nama untuk pinjaman kereta. Ini lah padah nya. 
Kalau anda nak tahu, pihak bank akan check record CCRIS atau CTOS. Apa yang dimaksudkan dengan CCRIS? Ok... CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia dimana ia mengawasi corak pembayaran pinjaman anda termasuklah butiran bank pinjaman dengan setiap institusi kewangan di Malaysia dan rekod pembayaran pinjaman 12 bulan yang lepas termasuk tunggakan

3) House HuntingBila dah confirm nama tak ada blacklisted, hutang-hutang yang tertangguh tu dah bayar dan bayaran bukanan nampak cantik, boleh lah anda house hunting. Macam kami dulu, siap ambil cuti demi nak mencari sebuah rumah. Memandangkan selepas Kahwin dulu kami duduk dengan mak, jadi sudah tiba masanya kami cari aset atau rumah sendiri. Nak beli rumah teres atau apartment? Bergantung pada kemampuan korang

Merata jugak lah house hunting. Asal ada banner pasal rumah, kami amik contact number. Siap pergi showroom semua sebab nak tahu project dan nak tengok rumah contoh. Tapi masa tu target kami nak cari rumah apartment yang mampu milik sahaja disebabkan kemampuan kami waktu itu membatasan untuk memiliki rumah landed. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah dekat Bangi. Kebetulan husband saya house hunting sampai ke Bangi. Terjumpa Apartment yang affordable dengan keluasan yang agak besar. Memang rezeki kami selepas kegagalan rumah pertama dulu

4) Location and DistanceNak cari rumah, kena tengok lokasi juga. Kawasan tu sesak atau tidak? Jarak perjalanan dari tempat kerja ke lokasi rumah yang anda tengah survey tu jauh atau dekat? Kalau dekat, baguslah. Kalau jauh, macam tak berbaloi pulak rasanya. Sebab kena ambil kira kos minyak. Belum masuk tol lagi (kalau ada). Banyak duit nak kena keluar tu. Penat pun ya jugak. Kalau dah jauh dari tempat kerja, dah tentu kena keluar rumah awal dari biasa kan. 
Katakan anda bekerja dekat area Bangsar, cari rumah dekat seremban. Memang mencabar juga. Dengan kesesakan lalulintas dekat area Bangsar tu. Tapi kalau anda dah berkenan dengan lokasi dan rumah tersebut dan sanggup tanggung risiko, pilihan di tangan anda. Boleh juga naik public transport. Tapi ramai sahaja yang duduk luar Kuala Lumur tetapi bekerja dekat Kuala Lumpur. Yang duduk Seremban, kerja dekat Putrajaya. Betul tak

5) Environment and FacilitiesYang ini pon penting juga. Kalau nak cari rumah, kena cari persekitaran yang kalau boleh kawasan tu tak ada lah sunyi sangat. Melainkan kalau anda sejenis yang suka kan privacy. Macam saya, saya suka kawasan yang agak meriah. Bukan meriah apa, meriah kalau ramai yang duduk kawasan tu. Kawasan yang dikelilingi perumahan. Kalau sunyi sangat rasa tak best. Nak keluar malam pon takut sebab sunyi sepi kan

Kalau anda mencari rumah landed, tengok jugak kawasannya macam mana. Senang naik air tak. Atau kawasan tu jenis rendah dan senang banjir. Penting tau. Lepas tu, facilities banyak. Yang ni kena tengok jugak tau. Pastikan kawasan perumahan yang anda nak beli tu dekat dengan sekolah Kebangsaan/Agama Rendah/Menengah. Nursery dan tadika pun senang nak cari. Ada kedai runcit/serbanika. Facilities untuk transport pon senang nak dapat. Kalau dapat kawasan yang dekat dengan Komuter atau LRT pun bagus

6) Status HartanahPastikan semak status hartanah yang bakal anda beli nanti Feehold atau leasehold. Apa maksud Freehold dan Leasehold? Ok... Freehold ni bermaksud pegangan bebas untuk tempoh selama-lamanya di mana pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).
Leasehold pula bermaksud pajakan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Biasanya tempoh pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Tapi kan, apa akan jadi lepas tempoh pajakan tamat? Selepas tamat tempoh, anda kena  memperbaharui atau memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Kalau anda nak tahu, bila dah tamat tempoh pajakan, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Nak tau detail, boleh baca dekat

7) Siapa DeveloperSebelum membeli rumah, kita kena semak juga siapa pemajunya. Tengok project apa yang pemaju pernah buat. Kalau pemaju yang dah ada nama macam Sime Darby, Mah Sing, UM Land, IOI Property dan lain-lain, kira bagus lah sebab kita dah tahu background syarikat ini macam mana. Tapi kalau pemaju yang anda rasa macam tak berapa dikenali, sebaiknya buat survey dahulu. Takut nanti kena tipu seperti projek tak jalan dan rumah terbengkalai.
Banyak dah jadi kes macam ni. Kesian dekat pembeli. Tiap-tiap bulan duit tolak bank. Tapi tanda-tanda rumah nak siap masih tiada jalan penyelesaian lagi. Tidak semestinya developer yang berjenama bagus dan developer yang tak ada nama tak bagus. Macam developer untuk rumah Apartment yang kami beli dulu. Trans Loyal Development… Nampak macam biasa jer. Tapi dah banyak projek rumah yang diorang buat. Memang boleh dipercayai walaupon nama tidak berapa dikenali berbanding dengan developer lain. 
8) Kenali Jiran Ini pun agak penting juga. Masa beli rumah Apartment dulu, memang tak terfikir mengenai jiran dan dengan siapa kita akan berjiran. Tapi untuk rumah kedua, masa nak pilih nombor rumah, memang kami tanya developer siapa jiiran sebelah menyebelah. Macam saya, saya lebih utamakan jiran yang beragama Islam lah sudah semestinya kan. Tapi ada juga yang suka berjiran dengan bangsa lain. Ini bukan racist ya. Terpulang pada pandangan masing-masing. Bila sudah diberi pilihan, kita boleh memilih kan dengan siapa kita nak berjiran. Kalau tidak ada pilihan, kita terima sahaja apa bangsa sekali pon yang akan bakal jadi jiran kita.
Untuk rumah landed, yang selalu jadi isu dengan jiran berbeza bangsa ni selalunya berkenaan dengan binatang peliharaan lah. Tidak kira kucing atau pon anjing. Pandai bela, pandai lah jaga supaya jiran-jiran lain tidak terganggu dengan bunyi bising dan juga bau dari binatang peliharaan. Yang penting, tidak dibiarkan binatang perliharaan bebas tanpa pengawasan

9) Landed atau High-RisePilihan di tangan anda dan juga bergantung pada kemampuan masing-masing. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Baik landed atau pon High-Rise, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Memandangkan saya pernah dan sedang menginap di kedua-dua jenis rumah tersebut, disini saya kongsikan kelebihan dan kekurangan mengenai nya:
High-RiseDari segi harga, memang affordable waktu kami beli dulu dan rumah High-Rise lebih murah berbanding rumah landed. Tetapi tengok jenis High-Rise juga. Dari segi kemudahan, ada disediakan playground, court, dewan, tadika dan juga taska. Memang senang sangat. Dari segi keselamatan, memang disediakan pengawal, dilengkapi ciri keselamatan berpagar dan juga CCTV. 
Kekurangan nya pula, tak boleh nak buat renovation. Saiz rumah High-Rise ni kecil dan untuk mereka yang berkeluarga besar, ruang yang ada mungkin jadi terhad dan sempit. Kalau beli barang banyak, memang agak leceh juga nak angkat. Nasib rumah saya dulu tingkat 2 saja. Dari segi parking, memang terhad untuk mereka yang ada lebih dari 1 kereta. Kena menyewa parking lot kalau nak parking kereta dalam Apartment. Environment pon agak bising juga. Sampai boleh dengar lah jiran bergaduh

LandedKelebihan rumah landed ni sudah semesti nya saiz yang luas dan besar. Ada porch yang boleh parking lebih dari 1 kereta. Boleh juga bercucuk tanam. Sangat sesuai untuk yang berkeluarga ramai. Nak buat renovation pon tak ada masalah, tapi kena ada permit untuk sebarang pengubahsuaian dahulu ya. Environment pon tenang, damai dan tak ada bunyi bising. Memandang kan Kawasan kediaman yang saya duduki sekarang ini Gated and Guarded, dari segi keselamatan, memang tak perlu risau. Kalau beli barang banyak pon tak ada masalah sebab boleh terus bawa masuk barang dalam rumah

Dari segi kekurangan nya pula, rumah Landed ni mahal harganya terutama dikawasan bandar. Kalau yang affordable pon, kawasan nya di luar bandar lah. Kos baik pulih atau penyelenggaraan pon agak tinggi kalau ada kerosakan. Kalau rumah yang ada tanah, perlu ambil kira kos untuk pemotongan rumput juga

Jadi apa pilihan anda? Landed atau High Rise? The choice is yours. 
10) Pilihan Insurans RumahFungsi insurans ini adalah bagi melindungi rumah anda sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kematian yang mengakibatkan kecacatan kekal dimana anda tidak lagi mampu untuk membayar pinjaman perumahan. Anda perlu mempunya pelan insurans ini kalau hendak memohon pinjaman perumahan dengan bank. Terdapat dua jenis insurans yang perlu anda tahu yang biasanya ditawarkan apabila hendak membeli rumah iaitu MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT. Apa itu MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT

MRTA : Mortgage Reducing Term AssuranceMRTT : Mortgage Reducing Term TakafulMLTA : Mortgage Level Term AssuranceMLTT : Mortgage Level Term Takaful
Yang membezakan jenis insurans di atas ialah produk insurans konvensional dan juga produk insurans islamik. MRTA dan MLTA adalan insurans konvensional manakala MRTT dan MLTT pula adalan insurans islamik. Ini perbezaan yang perlu anda tahu sebelum memilih insurans untuk rumah

MRTA/MRTTIanya memberi perlindungan kepada pinjaman perumahan yang tertunggak berdasarkan baki hutang yang masih ada. Jika berlaku kematian hilang upaya kekal sepenuh nya, syarikat insurans akan melunaskan baki hutang yang ada dan waris akan mendapat rumah tanpa apa-apa manfaat tunai. Polisi ini melibatkan tuntutan antara pihak bank dan juga syarikat insurans atau takaful

MLTA/MLTTSejenis insurans pinjaman perumahan di mana jumlah yang diinsuranskan kekal atau tidak berubah sepanjang tempoh polisi. Ianya menawarkan perlindungan dan pulangan tunai berdasarkan pinjaman perumahan terkumpul. Jika hilang upaya kekal sepenuh nya atau berlaku kematian, polisi ini akan membayar kesemua pampasan kepada penama yang telah diwariskan oleh pemegang polisi. Ianya juga menjadi tanggungjawab pewaris untuk melangsaikan hutang pinjaman kepada pihak bank

11) Pengiraan Kelayakan dan Jumlah Komitmen BulananKeputusan untuk membeli rumah atau menambah asset yang ada bukan sesuatu yang mudah. Mempunyai kewangan yang kukuh adalah sangat penting kerana komitmen yang bakal anda tanggung adalah sangat besar. Tetapi kalau sumber pendapatan anda lebih dari mencukupi, boleh lah untuk teruskan niat untuk membeli rumah. Boleh semak pengiraan kelayakan ini berdasarkan pendapatan. 
Selain daripada itu, anda juga boleh membuat semakan dengan kalkulator pinjaman perumahan kalau hendak tahu berapa jumlah komitmen bulanan yang anda mampu untuk membeli rumah baharu. Semua maklumat dihujugn jari sekarang ni. Mudah kan

Cukup dah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah semasam COVID-!9. Apa-apa pon, semua rezeki ini akan kita dapat hanya dengan izinNYA. Kelancaran proses mencari dan membeli rumah juga adalah atas keizinanNYA juga. Macam kami ni, rezeki dapat beli rumah sendiri selepas 3 tahun kawin. Selepas 10 tahun duduk Apartment, di rezekikan dapat beli rumah Teres. Memang pelaburan hartanah menguntungkan bila dapat sumber pendapatan sampingan hasil dari sewa rumah

Buat mereka yang masih dalam perancangan untuk membeli rumah rumah, ini lah masa yang sesuai terutama untuk pembeli rumah pertama. Mengikut ramalan hartanah 2022, ramai golongan muda sebagai pembeli rumah pertama kerana trend bekerja dari rumah yang semakin popular dan mereka mungkin memerlukan ruang atau rumah sendiri. Selain daripada itu, harga rumah dijangka meningkat 3% – 12% dalam tempoh dua (2) tahun akan datang (2022-2023)

Ini lah masa yang amat sesuai untuk mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi buat pembeli rumah pertama. Tetapi ada juga yang lebih suka menyewa dari membeli rumah sendiri. Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Tak perlu persoalkan mereka kenapa masih tidak membeli rumah. Masalah orang bukan kita tahu kan. Jadinya... Diam adalah lebih baik




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2022/06/11-tips-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-membeli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 250 hits
Buntut dari krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka sekolah sekolah ditutup dan para pegawai diminta kerja dari rumah
5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta

5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 233 hits
5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli KeretaPastinya memiliki kereta idaman adalah salah satu impian semua orang ditambah pula kereta tersebut adalah kereta pertama apatah lagi memiliki kereta sememangnya bakal memudahkan pergerakan ki...
Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 323 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera selesanya la bila dpt menggeliat setelah seharian dok menaip kat laptop ni few kerja hakiki settle esok sambung menggeliat dlm bilik sorang sorang ok la orang lain tak nampak ha ha ha ha ha sakit kot tula...
5 Tips Mendampingi Lansia Saat Melakukan Vaksinasi Covid 19

5 Tips Mendampingi Lansia Saat Melakukan Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 152 hits
Dengan 5 tips ini kamu yang akan mendampingi lansia divaksinasi COVID 19 bisa memastikan prosesnya berjalan dengan lancar
Puluhan Rumah Warga Pesisir Aceh Barat Diterjang Banjir Rob

Puluhan Rumah Warga Pesisir Aceh Barat Diterjang Banjir Rob

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 172 hits
Tiga desa di Kecamatan Johan Pahlawan Kabupaten Aceh Barat diterjang banjir rob Puluhan rumah warga terendam Sebagian warga kini terpaksa mengungsi ke rumah kerabat dekat
Puluhan Rumah Di Palabuhanratu Rusak Akibat Gelombang Tinggi

Puluhan Rumah Di Palabuhanratu Rusak Akibat Gelombang Tinggi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 211 hits
Gelombang tinggi laut selatan menyebabkan puluhan rumah di pesisir perairan laut Palabuhanratu Kabupaten Sukabumi Jawa Barat rusak Minggu
Potret Jusuf Hamka Duduk Lesehan Saat Takziah Ke Rumah Ridwan Kamil Dibanjiri Pujian

Potret Jusuf Hamka Duduk Lesehan Saat Takziah Ke Rumah Ridwan Kamil Dibanjiri Pujian

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 285 hits
Jusuf Hamka tak henti hentinya membuat publik terkagum dengan kebaikan serta kerendahan hatinya Saat bertakziah ke kediaman Ridwan Kamil pada akhir Juni lalu Jusuf Hamka tak segan untuk duduk lesehan Berikut potret selengkapnya dilansir dar...
Skim Agihan Bina Rumah Untuk Guru Kafa Negeri Kedah

Skim Agihan Bina Rumah Untuk Guru Kafa Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 609 hits
Berita baik buat guru KAFA di negeri Kedah yang merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri Permohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah untuk Guru KAFA di negeri Kedah telah dibuka melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad dan L...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut