Beli Kereta Terpakai Dibantu Mak Sendiri Vs 5 Jurutera Asas Jual Beli Adalah Kepercayaan




Macam mana nak beli 10 buah kereta sekali gus yang setiap satunya berada dalam keadaan baik dan sangat memuaskan hati?
Kalau ada banyak duit, paling mudah pergi beli kereta baru saja. Habis cerita.
Insyaallah, kesemuanya baik-baik belaka. Kondisinya sudah tentu amat memuaskan hati.
Kalau ada yang tak kena di sana sini, bawa balik ke kedai dan mereka akan betulkan dengan kadar rsegera. Semua itu masih dalam tempoh jaminan.
Tapi jika tak ada banyak duit?
Maka, perlulah bijak berbelanja. Cekap optimumkan semua duit yang ada dalam membuat sebarang pembelian.
Tak boleh beli kereta baru, boleh beli 10 kereta terpakai.
Cara beli 10 kereta terpakai yang baikKalau terpaksa beli kereta terpakai, cabarannya lebih berat berbanding beli kereta baru.
Kelebihannya memang ada. Yang paling pasti, anda dapat kurangkan duit atau kurangkan loan kereta dengan amat banyak sekali. Silap hari bulan, boleh kurangkan kos sampai separuh.
Tapi!
Perlu pastikan kereta terpakai yang anda beli itu kondisinya baik.
Itulah cabaran paling besar.
Jadi macam mana nak pastikan anda dapat beli 10 kereta terpakai yang baik kondisinya?
Saya kongsikan 2 cara seperti berikut.
Cara #1. Bawa mak pergi beliIni cara pertama. Cara paling mudah dan sangat menjimatkan.
Tapi, kenapa nak bawa mak saya pergi beli 10 kereta terpakai?
Dia ada kemahiran pasal kereta ke?
Mak saya memang lansung tak ada apa-apa kemahiran pasal kereta. Dia tak boleh bawa keretapun. Jenis kereta apapun dia tak tahu. Tapi anda masih dapat gunakan khidmatnya untuk buat pembelian yang tepat. 
Begini ceritanya.
Kelebihan yang mak saya ada hanyalah satu.
Dia sangat cekap menilai orang. Boleh dipercayai atau tidak. Macam ada satu deria yang sangat sensitif untuk melihat, berurusan dan mampu kenal orang yang dia jumpa dan berurusan tu.
Deria atau instinct yang sangat tinggi ketepatannya.
Saya akan biarkan dia berurusan dan bertemu serta berbual dengan jurujual. Sekali sekala saya akan tanya apa yang saya nak tahu. Tapi jika mak saya nak tanya apa-apa pada jurujual itu, saya akan berikan laluan dengan kadar segera.
Formula yang saya gunakan kat sini untuk beli 10 kereta terpakai yang baik kondisinya adalah dengan menilai jurujual yang menjual kereta tersebut.
Fokus ialah pada jurujual atau penjual dan bukan pada kereta.
Tahu kereta apa yang nak dibeli, apa spesifikasinya dah mencukupi. Yang lain ikut suka apa yang jurujual tu nak gebang.
Nota: Biasanya orang perempuan sangat cekap dalam membuat penilaian sebegitu. Anda boleh juga mak anda sendiri untuk tujuan yang sama.
Cara #2. Bawa 5 jurutera kereta berpengalamanIni cara yang baik juga. tapi kosnya juga tentu tinggi. Jurutera tu, 5 orang pulak, harga untuk kemahiran dan masa mereka bukanlah murah. Mereka tak akan buat kerja kebajikan percuma. Apatah lagi saya nak beli kereta syarikat.
Dalam bisnes, tak ada yang percuma. Semuanya ada kos yang perlu dikeluarkan.
Jurutera yang saya bawa akan lebih fokus pada kereta yang nak dibeli. Tak terima sangat apa gebangan jurujual kereta terpakai tu.
Rasanya jurujual tu pun kalau tahu yang saya bawa kesemua 5 orang tu ialah jurutera kereta, dia tentu tak akan cakap banyak dan tak berani nak tembak lebih kurang.
Kesemua jurutera itu akan lihat kereta, cuba pandu, buka sana buka sini dan habis di periksanya kereta yang nak dibeli.
Cara mana satu pilihan anda?Agaknya, adakah hasil 10 kereta terpakai yang saya beli tu sama atau tidak? 
Kalau dibandingkan antara apa yang mak saya pilih, dengan apa yang 5 orang jurutera itu tentukan?
Bagi saya, samada saya bawa mak saya atau bawa 5 orang jurutera, hasil kereta yang saya beli adalah lebih kurang sama saja.
Maksudnya, samada mak saya yang bantu, atau jurutera yang bantu, insyaallah 10 kereta terpakai yang saya beli itu baik kondisinya.
Walaupun mak fokus pada jurujual atau penjual kenderaan terpakai. Dan 5 jurutera fokus pada kereta untuk pastikan ianya baik. Hasilnya adalah lebih kurang sama.
Mak saya kesan keboleh percayaan penjual kenderaan samada dia jujur atau tidak. Dia akan lihat orang dan keadaan sekeliling kedai yang saya pergi. Dia akan beri tahu apa yang dia rasa. Kalau dia rasa tak boleh pakai, saya akan ikut. kalau dia rasa boleh dipercayai, saya ikut.
Cara mak saya jauh lebih pantas dan hampir tak ada kos. Belanja mak saya makan tengahari saja dah mencukupi.
Jurutera pula, tak perlu dinafikan keupayaan mereka. Tapi makan masa la sikit nak buat pemeriksaan satu persatu. Mahal pulak nak kena bayar.
Kepercayaan asas utama dalam pembelianApa yang nak saya cuba fahamkan kat sini adalah tentang kepercayaan dalam perniagaan. 
Jika anda berniaga, orang beli apa yang anda jual berdasarkan kepercayaan. Anda sendiri beli barang dari penjual yang anda dah nilai secara sedar atau tidak, boleh dipercayai.
Itu kriteria paling penting samada anda sedar atau tak sedar.
Saya sanggup tarik kereta saya yang rosak atas lebuh raya di Pulau Pinang, bawa ke KL untuk dibaiki walaupun kosnya jauh lebih tinggi. Kos tarik dan kos repair tentu lebih mahal di KL berbanding di Penang.
Tapi sebab saya dah percaya pada mekanik yang saya kenal lama di KL, saya sanggup. 
Bukan sebab dia lebih murah atau lebih bagus. Tapi sebab saya percaya kat dia.
Jurujual main peranan besar bila menjualDalam kes nak beli kereta terpakai, bukan semua orang ada kemahiran tentang kereta. Bukan semua orang ada akses untuk cari jurutera pandai tentang kereta.
Majoriti pembeli tak tahu apa-apa sangat bila nak beli barang yang dia mahukan.
Oleh itu, panduan utamanya sebahagian besar dari pengguna, bila nak beli, adalah samada orang yang menjual itu boleh dipercayai atau tidak. Itu cara yang dah berabad lamanya kita semua pakai.
Maka … ambil beratlah bab membina kepercayaan pembeli bila anda nak berniaga. Apa saja perkara yang boleh membuatkan orang nilai anda tak boleh dipercayai perlu dielakkan.
Apa saja unsur-unsur yang membuatkan orang lihat anda cuba nak menipu perlu dihapuskan. Anda perlu bagus dan dilihat bagus, barulah ngam!.
Kalau nak beli handphone, pergilah ke kedai handphone kat mana-mana pasaraya membeli belah. Kedai yang dah lama kat situ, dah bertahun dibuka dan dah banyak pelaburan stok dan premis dihabiskan menunjukkan dia nak berniaga lama.
Sebarang isu yang boleh cacatkan rasa kepercayaan orang akan membunuh perniagaannya.
Kalau anda beli handphone pada orang atas jalan ketika sedang tunggu bas nak balik kampung, ada kemungkinan besar barang yang anda beli itu ada masalah. Mungkin orang itu jujur. Tapi kalau dia nak menipupun, apa anda boleh buat.
Lagipun orang yang menjual macam itu tak ada apa-apa risiko kerugian sebab dia tak buat apa-apa pelaburanpun untuk dirugikan. Dia ada semua kelebihan untuk menipu.
Rumusannya, orang beli sebab dia percaya. Apatah lagi jika pembelian yang dibuat mengundang risiko tinggi kalau ada yang tak kena nanti selepas dah buat pembelian.
Tak ada orang yang akan ambil risiko beli dari penjual yang dia rasakan tak boleh dipercayai. Melainkan barang yang anda beli itu murah sangat atau tidak undang masalah kesihatan atau keselamatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/06/beli-kereta-terpakai-dibantu-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggap Seperti Ibu Sendiri Bekas Pengurus Peribadi Akhirnya Tidak Tahan Dan Dedah Perangai Sebenar Mak Wan Latah

Anggap Seperti Ibu Sendiri Bekas Pengurus Peribadi Akhirnya Tidak Tahan Dan Dedah Perangai Sebenar Mak Wan Latah

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 201 hits
Baru baru ini viral beberapa keping video di media sosial yang memaparkan kini bekas pengurus peribadi pelakon Mak Wan Latah tampil membongkar sikap sebenar artis itu di laman sosial Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video ya
Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji

Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 276 hits
Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji Salam semua Sihat Alhamdulilah uzu pun sihat sihat je Btw guys baru baru ni uzu rasa nak beli kereta baru Untuk buat sewa kereta sambil sambil tu untuk nak kerja nanti bila ba...
Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 579 hits
Nissan Sylphy 1 8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016 Beli baru terus dari showroom Nissan di Glenmarie Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya Bukan pasal produk sangat Tapi lebih kepada cara...
Beli Jiwa Anak Transform Bilik Kosong Jadi Home Cinema Diy Sendiri Sahaja

Beli Jiwa Anak Transform Bilik Kosong Jadi Home Cinema Diy Sendiri Sahaja

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 172 hits
Jika terdapat bilik kosong di rumah anda apa kata anda transform bilik tersebut menjadi bilik teater atau panggung wayang mini Menerusi perkongsian di facebook kita dapat lihat bagaimana bapa ini menggunakan bilik kosong untuk dijadikan pan...
Ini Caranya Tips Berguna Beli Kereta Second Hand

Ini Caranya Tips Berguna Beli Kereta Second Hand

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 399 hits
Tak semua orang mampu nak beli kereta baru jadi pilihan lain yang ada ialah beli kereta terpakai atau lagi senang faham beli kereta second hand Lagi lagi time Covid 19 lepas ramai yang hilang pekerjaan dan tahun 2022 adalah fasa pemulihan s...
Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 362 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki warga emas membeli kereta mahal secara tunai InstagramShare on telegramJAKARTA Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang lelaki warga emas membeli kereta...
Dugaan Selepas Kena Calar Kereta Arwah Bapa Dilanggar Pula Tiktoker Ayu Kepoh Kecil Hati Netizen Suruh Jual

Dugaan Selepas Kena Calar Kereta Arwah Bapa Dilanggar Pula Tiktoker Ayu Kepoh Kecil Hati Netizen Suruh Jual

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 385 hits
Sudah jatuh ditimpa tangga itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi Ayu Kepoh apabila kereta arwah ayahnya dicalarkan dan seterusnya dilanggar pula oleh seorang warga emas
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 331 hits
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah Kereta satu keperluan hidup zaman sekarang Kalau dulu tak kisah takde kereta ada motosikal atau basikal sudah memadai Tapi zaman sekarang tak boleh takde kereta Biarlah kecil asalkan ada Bagi yang ba...
Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama

Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 222 hits
Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama Salam semua proses pembelian kereta bukan satu perkara yang mudah Banyak faktor faktor yang perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk membeli kereta Lebih lebih lagi nak beli ker...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator