5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw


Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.


Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

1. Buah kurma/tamar

Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak." (Surah Maryam: 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf antarabangsa.

Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Bahkan, buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya.

Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, ”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar.

Selain itu, kurma membantu merangsang selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma.

2. Buah kismis

Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri. Ia adalah “manisan” asli ciptaan Allah SWT.

Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini, tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.

Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).

Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadam dengan cepat untuk tenaga segera.

Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Di tambah lagi, "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."

Kelebihan Kismis Yang Dikenal pasti:
Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.Kismis juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.Selain itu, kismis membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.Secara umumnya, kismis membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stres, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya.
Jika hendak dijelaskan satu persatu, amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan Sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-hari.

Kajian Pakar Terhadap Kismis

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli yang mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

"Berlainan dengan kismis, kerana kanak-kanak akan mendapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan."

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak.

Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanyalah bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

3. Buah tin

Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan kerana banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah Tin banyak sekali disebutkan dalam catatan sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains Dan Hadis

Dalam fakta sains moden menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan perubatan memiliki khasiat yang tinggi.

Oleh kerana itu, nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa buah Tin ini dalam salah satu sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda, bahawasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda, “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)."

Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengulas riwayat hadis diatas, “Pada zaman dahulu, buah tin telah banyak digunakan untuk kepentingan perubatan, tokoh-tokoh perubatan awal seperti Ibnu Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah dalam bidang perubatan.”

Kelebihan Buah Tin

Melalui perubatan tradisional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal pasti kemujaraban buah tin, dimana dianggap secara perubatan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti merawat luka, selsema burung, luka terbakar dan banyak lagi.

Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta vitamin C dan mengandungi Kalsium, fosfor dan zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan mengawal tekanan darah.

Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium dan magnesium yang dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangkan berat badan yang sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan.

Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:
Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak.Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.Memecahkan batu karang di dalam badan.Menyegarkan badan yang lesu.Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.Rawatan buasir.Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.Rawatan penyakit GOUT.
Allah SWT menyebutkan buah tin dalam surah at-Tin yang merupakan satu-satunya surah yang mengambil nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = labah-labah dan al-Fiil = gajah).

Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat berkhasiat, memiliki kegunaan perubatan yang sangat banyak.

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi, “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana buah tin memang tidak serasi dengan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin kerana manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu.”

Maka Ibn al-Qayyim membuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenali itu.

4. Madu

Madu asli mengandungi enzim-enzim yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.

Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.

Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia dan hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan dan membawa banyak khasiat lain.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit."

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."

"Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi."

Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurunkan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai berbahaya kepada kesihatan manusia.

Firman Allah dalam surah an-Nahl;

“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)

Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dari ayat Al-Qur'an dan hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.

Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Khasiat Madu Yang Terbukti

Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin serta dapat mencegah anemia dan jika dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat penyakit sendi.

Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut.

Madu juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.

Selain itu juga, madu mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

Secara umumnya, madu membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

Selain membantu menyembuhkan penyakit, madu juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.

5. Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, “Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima.” [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah daripada syurga.

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluk-Nya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus, manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja di dalamnya.

Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Justeru, ia digelar ’superfruit’ yang mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk dan selain itu, delima juga boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus.

Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular, juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

Beberapa kajian lain menunjukan khasiat buah delima boleh mengurangkan pembentukan plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Dalam sebuah hadis Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga.

“Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga."

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.” (HR. Imam Ahmad).

Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya."

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud, “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima disarankan kepada mereka yang menghidap demam.

Buah Delima juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot yang mampu menghilangkan keletihan.

Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah SAW itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia.

Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadis Nabi SAW di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut, banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.

Oleh itu, marilah kita melatih diri untuk mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah SAW yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minda kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

BACA INI JUGA:
Cara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!Merawat Gastrik Dengan Madu Terbukti Cara Penyembuhan Paling Ampuh
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/5-makanan-sunnah-kesukaan-nabi-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi

Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 538 hits
Ramadhan bukan hanya bulan yang khusus untuk beribadah tetapi juga peluang untuk membina tubuh badan yang sihat Bayangkan selama 11 bulan kita membiarkan perut kita bekerja untuk mencerna makanan tanpa henti dengan makan sepanjang hari di b...
Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 323 hits
Soalan Benarkah sunnah Nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir Jawapan Seseorang yang bermusafir di bulan Ramadhan dengan musafir yang jauh kira kira 85 kilometer atau lebih maka harus baginya untuk berbuka puasa dan k...
Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 723 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia Kerana negara kita kaya den...
Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 578 hits
Wah Tak Sangka Alif Satar Boleh Nyanyi Nasyid Meremang bulu roma dengar nyanyian Alif Satar Raihan BAGI yang lahir pada tahun 1990 an sebut sahaja nama kumpulan nasyid Raihan pasti ramai yang terimbau kenangan lama Tribute Pasti anda merind...
Ada 2 Doa Buka Puasa Yang Tak Perlu Dipertentangkan Karena Semuanya Sesuai Sunnah Nabi

Ada 2 Doa Buka Puasa Yang Tak Perlu Dipertentangkan Karena Semuanya Sesuai Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 333 hits
Ustadz Abdul Somad dalam salah satu ceramahnya membahas terkait doa berbuka puasa yang tepat dan benar Ada 2 doa yang bisa dibaca umat muslim sebelum membatalkan puasanya Doa Buka Puasa 1 Doa berbuka puasa yang bersumber dari riwayat HR Buk...
5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua Hebatnya Makanan Sunnah Ni

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua Hebatnya Makanan Sunnah Ni

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 558 hits
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s a w Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika daging kambing baik untuk mereka ...
2 Doa Buka Puasa Yang Sesuai Dengan Sunnah Nabi Dilengkapi Bahasa Arab Latin Dan Artinya

2 Doa Buka Puasa Yang Sesuai Dengan Sunnah Nabi Dilengkapi Bahasa Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 333 hits
Ini 2 Doa Buka Puasa yang Sesuai Sunnah Rasulullah SAW Menurut Ustadz Abdul Somad Doa berbuka puasa yang benar dikatakan Ustadz Abdul Somad dalam ceramahnya Ini bisa jadi acuan buka puasa Ramadhan 1440 H atau Ramadhan 2019 ini Memang umat m...
Ini Rahsia Nabi Muhammad Saw Tak Pernah Sakit Perut Walaupun Sehari Dalam Hidupnya Amalkan Dan Sebarkan

Ini Rahsia Nabi Muhammad Saw Tak Pernah Sakit Perut Walaupun Sehari Dalam Hidupnya Amalkan Dan Sebarkan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 573 hits
INI RAHSIA NABI MUHAMMAD SAW TAK PERNAH SAKIT PERUT WALAUPUN SEHARI DALAM HIDUPNYA AMALKAN DAN SEBARKAN Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan 1 Susu dengan ikan2 Cuka dengan susu3 Buah buahan dengan susu4 Daun salad dengan i...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation