5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua Hebatnya Makanan Sunnah Ni


Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY

BAHAN-BAHAN :
4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)4 sudu makan rempah bukhary3 sudu makan puri tomato1.5 liter air stok rebusan daging2 biji bawang besar /dikisar10 ulas bawang putih/ diketuk5 sm halia2 batang kayu manis50 gm daun ketumbar /dihiris halus5 biji bunga cengkih5 biji buah pelaga5 biji bunga lawang5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm2 biji tomato dipotong empat2 sudu makan minyak masak2 sudu makan minyak sapiGaram secukup rasaSedikit pewarna saffronCARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1 jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU

BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing /direbus terlebih dahuluBahan dikisar :
200 gm cili hijau /dikisar50 gm cili padi /dikisar2 sm kunyit hidup /dikisar100 gm lengkuas /dikisar3 biji bawang besar /dikisar5 ulas bawang putih/dikisar2 batang serai /dikisar5 helai daun limau purut/dihiris halus100 gm daun ketumbar/dihiris halus3 batang kulit kayu manis2 keping asam kepingGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menumisCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF: Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.
3. SUP KAMBING MALABARI

BAHAN-BAHAN :
800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)50 ml minyak sapiBahan sup A:
6 ulas bawang putih /dicincang2 sm gm halia /dihiris nipis5 gm kulit kayu manis5 gm biji pelaga5 gm daun kari2 gm ketumbar biji2 gm habatus sauda2 gm biji poppy1 biji limau/dipotong baji5 gm serbuk lada hitam4 cawan airGaram secukup rasa25 gm daun ketumbar/dihiris120 gm bawang goreng35 gm tomato / dipotong bajiCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak :30-40 minit
Cara memasak :Didih dan reneh
Jenis masakan : Sup India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF : Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING

BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam300 gm bawang besar /dikisar5 sm halia /dikisar7 ulas bawang putih /dikisar2 batang kulit kayu manis5 biji buah pelaga10 gm bunga cengkih2 sudu makan serbuk cili2 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk jintan putih200 gm rempah kari daging2 keping asam keping1/2 biji santan kelapaGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING

BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang250 gm puri tomato1 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk jintan putih1 sudu makan serbuk ketumbar300 gm bawang besar /dihiris7 ulas bawang putih /dihirisGaram secukup rasa1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa kepingBahan B:
1 liter susu segar250 gm mentega250 gm tepung gandum250 gm keju mozarellaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/5-cara-masak-kambing-dari-tiga-benua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi

Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 538 hits
Ramadhan bukan hanya bulan yang khusus untuk beribadah tetapi juga peluang untuk membina tubuh badan yang sihat Bayangkan selama 11 bulan kita membiarkan perut kita bekerja untuk mencerna makanan tanpa henti dengan makan sepanjang hari di b...
Cara Masak Phad Kra Phao Mudah Dan Menyelerakan

Cara Masak Phad Kra Phao Mudah Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 480 hits
Bulan Ramadan pastinya macam macam menu di fikiran Masing masing punyai kegemaran tersendiri Masakan dari Thailand sering menjadi pilihan Antara menu yang wajib dalam pilihan korang pastilah Tomyam Kali ini min nak kongsi masakan Thai yang ...
Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat Empuk

Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat Empuk

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 882 hits
Petua Chef Thailand Cara Paling Cepat Masak Daging Atau Tulang Supaya Cepat EmpukCara
Cara Masak Pulut Yang Betul Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan

Cara Masak Pulut Yang Betul Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 406 hits
Ramai yang mengatakan makan pulut boleh buat angin dalam badan yang menyebabkan kita lemah dan lemau Tetapi kalau tahu cara masak yang betul anda boleh makan pulut tanpa perlu bimbang kesan pada tubuh badan Ok sebenarnya makanan yang kita a...
5 Cara Sihat Masak Kentang Usah Makan Kentang Goreng Lagi

5 Cara Sihat Masak Kentang Usah Makan Kentang Goreng Lagi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 984 hits
Siapa tak suka makan kentang dah lah sedap berkhasiat pulak Rendah lemak dan kalori serta memberikan hampir 50 peratus dari jumlah vitamin C B 6 dan postasium harian yang diperlukan Tetapi kena ingat juga cara anda memasak kentang mempengar...
5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 591 hits
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman se...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand