Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia. Kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa ia mampu menjadi satu elemen yang menyatukan semua di bawah satu bumbung. Itu lah Maha dapat terjemahkan dalam restoran Malaysian Food Culture - MFC. 
Restoran ini terletak di sebuah pusat beli belah popular di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu Berjaya Time Square. Ia berada di tingkat 3 kalau korang datang daripada Pawagan GSC kat sebelah kanan terletaknya restoran ini. Restoran ini baru sahaja beroperasi tak silap Maha dalam 2 bulan yang lalu. Kalau korang yang datang beli belah kat sini memang sesuai untuk singgah makan di sini





Restoran ini adalah mesra muslim yang menyajikan makanan dari sumber halal dan mereka juga dalam proses permohonan Halal dari JAKIM. Masa Maha datang makan kat sini hari tu memang suasana dalam restoran sangat selesa. Boleh tengok konsep ada seperti sebuah kopitiam tapi ada juga terapkan rekaan modern dalam dekorasi kat sini. 



Kalau time waktu rehat hari berkerja kat sini ramai orang makan sebab boleh dapat macam-macam pilihan makanan. Buat korang yang suka masakan ala Chinese kat sini ada beberapa jenis masakan berasaskan mee. Maha hari tu sempat cuba ada empat jenis masakan mee iaitu MFC Char Kuew Teow, Dry Egg Noodle with Curry Chicken, Claypot Spicy Pan Mee dan juga Hokkien Mee
MFC Char Kuew Teow - RM12.90
Hokkien Mee - RM12.90
Daripada empat ini yang paling Maha suka adalah yang Dry Egg Noodle kerana ini adalah satu masakan masyarakat china yang juga mengekalkan cara penyediaan mee tersebut. Bagi Maha gabungan mee dan juga kari ayam tu sangat padan dan satu pinggan tu memang Maha boleh habiskan seorang. Dry Egg Noodle with Curry Chicken - RM13.90
Kalau korang suka yang lebih sihat dan juga banyak bahan didalam tu korang boleh cuba yang Claypot Spicy Pan Mee. Tengok penuh ada dalam satu mangkuk tu sayuran, daging ayam cincang dan juga perasa yang cukup. Ia agak pedas sikit dan juga menjadi pilihan ramai orang yang selalu datang sini
 Claypot Spicy Pan Mee - RM11.90
Kalau yang nak makan nasi kat sini ada juga pilihan nasi bukan mee sahaja tau. Kalau masakan nasi ini mereka lebih kepada masakan Melayu. Kat sini ada banyak pilihan dan yang telah Maha cuba hari tu iaitu Fried Nasi Lemak Goreng, Nasi Lemak in Parcel Telur Bungkus, Pan Grilled Chicken Chop dan juga Satay Fried Rice & Fried Egg. Biasalah orang Malaysia suka makan Nasi Lemak tak kira masa
Nasi Lemak in a Parcel (Telur Bungkus) with Sambal Petai and Prawn - RM17.90
Satay Fried Rice & Fried Egg - RM12.90

Kalau tanya menu nasi ini yang paling Maha suka adalah Pan Grilled Chicken Chop. Ini adalah signature dish mereka di sini. Boleh rasa daging ayam yang dipanggan masih berjus dan juga lembut di dalam rangup di luar. Kena sangat makan dengan nasi goreng boleh kenyang puas makan
Pan Grilled Chicken Chop - RM16.90
Juga korang boleh tengok Nasi Lemak mereka kat sini tidak kedekut langsung dengan bahan-bahan. Lengkap ada kat dalam satu pinggan seperti kacang goreng dan ikan bilis, timun, telur dan juga sambal yang tidak pedas sangat. Nasi Lemak ni boleh pilih lauk pelbagai jenis seperi Sambal Petai dan Udang, daging ayam dari pilihan Ayam Goreng Berempah, Ayam Kari, Rendang dan Original. Fried Nasi Lemak with Chicken Rendang - RM15.90
Puas semua makanan kat sini memang banyak sangat. Minuman pula kat sini korang wajib cuba mereka punya White Coffe yang original dan juga  Teh Tarik. Dihidangkan dalam cawan klasik yang unik ni memang best macam minum kat kopitiam. Minuman lain yang menarik kat sini Maha order untuk yang sejuk korang boleh pilih Longan Cincau. Sangat sejuk dan menyegarkan selepas makan pedas dan panas
Teh Tarik (Hot) - RM3.80
Longan Cincau - RM5.80
So korang rasa nak datang makan kat sini tak selepas Maha tunjuk semua menu-menu ini. Kalau korang tak masuk dan cuba korang tak tahu macam Maha juga. Bila dah masuk dan makan sendiri baru tahu sini semua makanan mereka adalah yang asli dan berkualiti. Mungkin kalau hujung minggu korang shopping kat mall ni boleh lah makan tenghari di sini. 
Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga ke 10.00 malam. Mereka buka awal sebab ada sediakan makanan sarapan pagi untuk pekerja yang datang awal ke sini. Bulan puasa ini mereka ada buat promosi Ramadan Special dengan setiap pembelian mana-mana main course korang boleh dapat minuman yang terpilih dengan harga hanya RM0.90 sahaja. Nanti korang yang dah cuba tinggal komen kat post Maha ni nak tahu juga pendapat korang makan kat sini ok. Selamat mencuba. 
Promosi dan juga info lanjut layari laman sosial mereka :Facebook : https://www.facebook.com/malaysianfoodculturebtsInstagram : https://www.instagram.com/malaysianfoodculture_mfc
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/05/mfc-malaysian-food-culture-makanan-kesukaan-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Port Teh Tarik Awesome Pilihan Rakyat Malaysia

10 Port Teh Tarik Awesome Pilihan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 405 hits
Malaysia bukan sahaja terkenal dengan makanan yang awesome minuman pun power power belaka Dan salah satu minuman kegemaran yang kekal relevan daripada dulu hingga sekarang ialah teh tarik Tidak kiralah waktu sarapan makan tengah hari minum ...
Berbuka Puasa Di Grandmama S Kalau Nak Makanan Citarasa Malaysia

Berbuka Puasa Di Grandmama S Kalau Nak Makanan Citarasa Malaysia

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 773 hits
Salam Ramadan kepada semua pembaca Kat mana agaknya lokasi berbuka korang hari ni ya Kalau masih belum ada keputusan untuk berbuka kat mana apa kata korang bawak family atau rakan sekerja untuk berbuka puasa di Grandmama s Saya suka berbuka...
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 554 hits
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 Regular Pizza RM15 Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends unt...
Siapa Saudara Khairul Nizam Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Menangis

Siapa Saudara Khairul Nizam Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Menangis

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 407 hits
Semangat Luar Biasa OKU Saudara Khairul Nizam buat rakyat malaysia menangis Assalamualaikum Hai semua Tidak semua insan dilahirkan dengan sempurna Diri ini berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna Saudara khairu...
Rakyat Malaysia Tanggung Kenaikan Kos Sara Hidup Kerana Gaji Penjawat Awam

Rakyat Malaysia Tanggung Kenaikan Kos Sara Hidup Kerana Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 415 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan gaji terang terangan bagi penjawat awam adalah antara punca kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia Itu penjelasan beliau ketika menjawab mengenai pengurangan kakitangan awam oleh ker...
Malaysia S Culture Of Mudslinging And Insults Against Races And Religions

Malaysia S Culture Of Mudslinging And Insults Against Races And Religions

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 236 hits
A PPBM supreme council member has urged the government to table the Anti Discrimination Bill to curb mudslinging and insults hurled against races and religions Tariq Ismail called for a clear set of rules so that sanity will prevail Many in...
5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 588 hits
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman se...
Viral Kes Rakyat Malaysia Ugut Minta Duit Kalau Nak Gambar Mendiang Anak Ini Respon Fynn Jamal

Viral Kes Rakyat Malaysia Ugut Minta Duit Kalau Nak Gambar Mendiang Anak Ini Respon Fynn Jamal

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 443 hits
Penyanyi Fynn Jamal menerusi akaun instagramnya memberi riaksi kecewa dan marah dengan berita yang melibatkan wanita Malaysia di luar negara sanggup menggunakan sensitiviti untuk kepentingan peribadi I pray Kau Tak Jadi Punca Rakyat Malaysi...
Apa Kepentingan Statut Rom Pada Ph Hingga Mahathir Sanggup Menipu Rakyat Malaysia

Apa Kepentingan Statut Rom Pada Ph Hingga Mahathir Sanggup Menipu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 429 hits
5 April 2019 Mahathir mengumumkan kerajaan Malaysia akan batalkan penyertaan dalam Statut Rome Dalam satu sidang media yang penuh emosi Mahathir otai politik tanahair yang sebelum ini berjaya mengawal perasaan marah di depan wartawan pada h...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint