Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi


Ramadhan bukan hanya bulan yang khusus untuk beribadah, tetapi juga peluang untuk membina tubuh badan yang sihat. Bayangkan, selama 11 bulan kita membiarkan perut kita bekerja untuk mencerna makanan tanpa henti dengan makan sepanjang hari, di bulan Ramadhan inilah masanya untuk memberi rehat kepada usus kita dari ‘bekerja’.
Bulan puasa mempunyai 1001 kelebihan yang nyata dan tersembunyi. Apabila kita berpuasa, ia menjadikan buah pinggang kita lebih sihat, meningkatkan kemampuan otak, mengawal kolesterol badan dan membantu kesihatan jantung, pembuluh darah dan banyak lagi kelebihan lain kepada tubuh badan kita.
Disebabkan kita seharian akan menahan lapar dan dahaga, adalah amat penting untuk kita amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan mengenyangkan ketika bulan puasa bagi memastikan stamina badan tetap kekal sepanjang hari. Hal ini kerana, meskipun berpuasa, tugasan dan kerja kita seharian tetap berjalan seperti biasa dan tidak pernah habis. Oleh itu, penting untuk kita titikberatkan soal pemakanan kita di bulan puasa.
Selain memakan makanan yang tinggi dengan karbohidrat, serat dan protein, terdapat juga beberapa jenis pemakanan sunnah yang boleh diamalkan ketika bulan puasa.

Makanan Sunnah #1 – Daging kambing

Kredit: keyword-suggestions.com Terdapat sedikit salah faham mengenai daging kambing. Ia dikatakan tidak baik untuk tubuh badan dan menyebabkan darah tinggi. Namun mengikut fakta dan beberapa kajian yang telah dijalankan, daging kambing, terutamanya daging kambing matang, sebenarnya ternyata pilihan sumber daging merah yang lebih baik berbanding daging-daging lain seperti daging lembu, ayam, biri-biri dan sebagainya.
Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjut Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Albama dan Universiti Auburn sebagai contoh, telah mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai pilihan yang lebih sihat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh mereka, daging kambing mempunyai komposisi khasiat yang terbaik iaitu paling rendah kandungan lemak tepu di dalamnya namun tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan.
Selain dagingnya yang menyihatkan, susu kambing juga tidak kurang hebatnya. Kandungan zat mineral yang tinggi di dalam susu kambing mampu merawat anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi di dalam tubuh, menghalang tulang rapuh dan baik untuk rawatan kencing manis.
Globular lemak yang lebih kecil bagi susu kambing juga membuatkan ia lebih cepat dihadam berbanding susu lembu, dan elok untuk diminum oleh mereka daripada pelbagai lapisan umur.
 
Makanan Sunnah #2 – Madu
Kredit: pantryspa.com Hebatnya kelebihan madu sehingga ia disebutkan di dalam Al-Quran dan Tuhan menceritakan tentang kebaikan yang dibawa olehnya (QS 16:69). Menurut hadis Nabi pula, madu disebut sebagai penawar bagi segala jenis penyakit (HR Bukhari).
Dari sudut sains pula, madu mampu mencegah kanser dan penyakit hati kerana ia mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi. Pengambilan madu secara konsisten dan sukatan yang betul boleh mencegah sakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah dan banyak lagi kelebihan yang lain, menjadikan madu tidak hanya sesuai untuk diamalkan sepanjang bulan puasa tetapi juga sepanjang masa.
Madu boleh dimakan secara begitu sahaja ataupun dicampur ke dalam makanan atau minuman bagi mendapatkan khasiatnya kerana ia mempunyai rasa yang sedap dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis madu yang wujud sehinggakan pada hari ini para ilmuwan masih belum mampu mengenal pasti kesemua jenis madu yang wujud. Namun, secara asasnya madu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut jenis dan sumbernya, sebagai contoh madu hutan liar dan madu ternak.
Setiap madu pula berbeza antara satu sama lain dan mungkin anda sudah boleh mempertimbangkan untuk mula mengamalkan pengambilan madu mengikut jenis kesukaan anda sekarang.
 
Makanan Sunnah #3 – Cuka
Kredit: pantryspa.com Cuka ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, kurma, anggur dan buah tiin yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar daripada jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya barulah menjadi cuka ataupun turut dikenali sebagai khal.
Menurut sabda Nabi, “Sebaik-baik hidangan adalah khal (cuka)” (HR Muslim).
Kebaikan cuka bagi manusia ialah dapat membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik lantas menguatkan tulang, menghilangkan masalah dahaga dan mengurangkan panas badan, mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan, mengimbangi tahap asid-alkali di dalam badan, membakar kalori dengan cepat dan pelbagai lagi khasiat yang mungkin belum pernah atau jarang kita dengar sebenarnya.
Cara untuk mengamalkan cuka dalam corak pemakanan ialah dengan memakannya dua kali sehari iaitu selepas sarapan dan sebelum tidur. Selain itu, cuka juga boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis masakan, salad atau dimakan begitu sahaja.
 
Makanan Sunnah #4 – Kurma
Credit: huffingtonpost.com Masuknya bulan Ramadhan, kurma menjadi makanan wajib yang pasti ada di setiap rumah untuk dimakan ketika berbuka mahupun bersahur. Buah kurma bagus untuk dimakan ketika bulan puasa kerana ia boleh membekalkan tenaga yang berterusan kerana kurma mengandungi glukosa, iaitu sejenis gula yang telah diproses, menjadikan tubuh boleh terus menyerap khasiatnya secara serta-merta apabila dimakan.
Oleh kerana gula membekalkan tenaga, mereka yang mengambil kurma sejurus selepas berbuka akan menjadikan diri mereka segar dan bertenaga untuk melakukan ibadah. Begitu juga ketika bersahur.
Selain itu, kurma juga kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium.
Lebih istimewa, buah kurma juga merupakan buah yang tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang masa. Terdapat dua jenis kurma yang utama iaitu segar atau yang telah dikeringkan. Di Malaysia, biasanya kurma kering yang paling mudah didapati.
 
Makanan Sunnah #5 – Habatus’ Sauda
Kredit: addienblog.blogspot.com Habatus’ sauda merupakan sejenis bahan yang paling banyak dijumpai di Timur Tengah dan banyak digunakan di dalam masakan masyarakat mereka dan masyarakat India. Ia mempunyai rasa yang pedas, sedikit pahit dan beraroma seperti oregano.
Manfaat habatus’ sauda ialah ia mampu mengurangkan tekanan darah, merawat penyakit asma, meningkatkan daya ingatan, mengurangkan risiko kanser, merawat cirit birit dan pelbagai lagi. kebanyakan manfaat kesihatan tersebut boleh dikaitkan dengan tiga bahan kimia asli yang terkandung di dalam habatus’ sauda iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan juga thymol.
Seperti rempah biasa, habatus’ sauda boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti kari yang bertindak sebagai rempah agak masakan lebih sihat dan beraroma. Habatus’ sauda juga boleh diambil dengan menelannya secara terus sebanyak 7 biji sebelum dan selepas bangun tidur bagi menjaga kesihatan secara menyeluruh, digoreng, direbus, dicampur bersama air suam dan beberapa lagi bahan lain.
Lebih mudah, terdapat juga habatus’ sauda yang telah diproses ke dalam bentuk pil, serbuk dan minyak bagi memudahkan penggunaannya.
Makanan sunnah #6 – Barley
Kredit: 1.bp.blogspot.com Barley atau nama saintifiknya Hordeum Vulgarie merupakan tumbuhan bijirin pertama yang telah ditanam di sekitar negara Timur Tengah sekitar 9000 tahun lampau serta ia merupakan bijirin terawal terpenting pada zaman itu. Barley telah dijadikan dalam pelbagai bentuk bahan makanan antaranya tepung dan emping bijirin barley. Batang barley bermanfaat dalam penghasilan kertas untuk bahan penulisan dan bahan pembinaan serta barley juga dijadikan bahan mkanan untuk haiwan ternakan.
Barley juga tergolong dalam kelompok tumbuhan Gramineae dan merupakan tanaman gandum yang banyak ditanam di sekitar negara Barat. Cara penanaman barley adalah menggunakan bijinya sehinggalah ia menjadi satu pohon bijirin yang setinggi kira-kira 1 meter. Barley mempunyai khasiat yang banyak dalam pemakanan, ia tinggi dengan kandungan serat, potein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan sumber galian yang tinggi.
Barley merupakan antara makanan berkhasiat tinggi dalam membantu menjadi penyejuk tubuh badan. Ia dikatakan menjadi makanan sunnah Rasulullah S.A.W kerana baginda pernah memberi sup gandum kepada orang menghidap demam. Khasiat yang baik untuk merawat dan menjaga kesihatan tubuh badan juga tidak dapat dinafikan. Antaranya barley berpotensi merendahkan paras kolestrol, membantu proses melawaskan sisa buangan tubuh badan dan mengelakkan masalah sembelit serta risiko diabetes dapat dikurangkan dengan mengamalkan minuman barley.
Selain itu, barley juga berpontensi menjadi ejen penghadam dan ia sangat sesuai dijadikan makanan tambahan berkhasiat dan boleh dijadikan minuman. Biji barley mempunyai kelebihan dalam merawat luka dan lecur akibat terbakar. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, barley juga mampu membakar lemak dan berat badan dapat dikurangkan kerana ia bertindak sebagai penyekat selera makan.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.
Malahan, jus barley hijau diperkaya dengan khasiat 11 kali kalsium berbanding susu lembu, kandungan 5 kali zat besi berbanding sayur bayam, khasiat vitamin C 7 kali ganda daripada oren dan 80mg vitamin B12 jika mengambil 100gm barley. Dalam merawat penyakit serius seperti arthritis dan penyakit barah, pengambilan jus daun barley muda atau yang telah dikeringkan mampu membuatkan enzim-enzim yang digunakan dengan baik. Pengambilannya adalah dalam tempoh masa 2 jam selepas makan ataupun 20 mnit sebelum ambil hidangan seterusnya.
 
Makanan sunnah #7 – Susu kambing

 
Kredit: tazkirah.net
Berdasarkan banyak kajian dan penelitian pakar perubatan, susu kambing berpotensi merawat pelbagai penyakit seperti penyakit asthma, penyakit reumatik, penyakit demam kuning, penyakit insomnia dan berupaya membantu memperkuatkan tulang. Khasiatnya adalah lebih baik berbanding pengambil susu lembu.
Susu kambing merupakan salah satu makanan penyembuh terbaik dalam membina sel otak, sistem saraf dan sistem mental tubuh badan kita. Di dalamnya juga terkandung 1001 nutrisi yang lengkap, antaranya ialah vitamin, mineral, protein dan lemak penting yang membantu pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter terbaik serta membekalkan tenaga yang cukup kepada otak kita. Susu kambing adalah ejen terbaik dalam menghasilkan semula sel-sel dalam tubuh badan dan meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik.
Kelebihan susu kambing dalam khasiat nutrisinya adalah 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu dan kehebatannya adalah setanding dengan susu ibu. Bayi yang mengambil susu kambing dan susu ibu sebagai minuman ternyata berpotensi memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, fizikal yang cergas dan minda yang cerdas berbanding bayi yang hanya minum susu ibu atau mengambil susu lembu sahaja.
Selain itu, susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua lapisan umur kerana ia tidak akan menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.
 
Makanan sunnah beri kesihatan baik secara keseluruhan
Amalan pemakanan sunnah yang diturunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W amatlah dituntut dan disarankan kepada kita. Hal ini kerana, makanan yang menjadi amalan baginda adalah sebaik-baik makanan dan ia diperkaya dengan 1001 khasiat yang amat berguna untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Makanan yang telah dinyatakan diatas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan manusia, ia juga memberi manfaat kepada kehidupan harian. Makanan yang baik dan berfaedah sangat memberi kesan kepada sifat dan pencapaian seseorang. Ini kerana, apa yang kita makan itulah yang gambarkan siapa diri kita.
Jika kita seorang yang menjaga pemakanan dengan baik, maka baik jugalah tahap kesihatan kita. Segala penyakit yang wujud hampir secara keseluruhan adalah berpunca daripada pemakanan, jadi kita perlu teliti apa jua yang kita ambil. Makan secara sihat dan bersih untuk mencegah penyakit kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.
 
 
 
The post Sambut Ramadhan Dengan Makanan Sunnah Nabi appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/ramadhan-makanan-sunnah-nabi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Doa Buka Puasa Yang Sesuai Dengan Sunnah Nabi Dilengkapi Bahasa Arab Latin Dan Artinya

2 Doa Buka Puasa Yang Sesuai Dengan Sunnah Nabi Dilengkapi Bahasa Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 333 hits
Ini 2 Doa Buka Puasa yang Sesuai Sunnah Rasulullah SAW Menurut Ustadz Abdul Somad Doa berbuka puasa yang benar dikatakan Ustadz Abdul Somad dalam ceramahnya Ini bisa jadi acuan buka puasa Ramadhan 1440 H atau Ramadhan 2019 ini Memang umat m...
Ada 2 Doa Buka Puasa Yang Tak Perlu Dipertentangkan Karena Semuanya Sesuai Sunnah Nabi

Ada 2 Doa Buka Puasa Yang Tak Perlu Dipertentangkan Karena Semuanya Sesuai Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 333 hits
Ustadz Abdul Somad dalam salah satu ceramahnya membahas terkait doa berbuka puasa yang tepat dan benar Ada 2 doa yang bisa dibaca umat muslim sebelum membatalkan puasanya Doa Buka Puasa 1 Doa berbuka puasa yang bersumber dari riwayat HR Buk...
Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 323 hits
Soalan Benarkah sunnah Nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir Jawapan Seseorang yang bermusafir di bulan Ramadhan dengan musafir yang jauh kira kira 85 kilometer atau lebih maka harus baginya untuk berbuka puasa dan k...
Ini Cara Nabi Muhammad Menentukan Awal Ramadhan

Ini Cara Nabi Muhammad Menentukan Awal Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 415 hits
Penentuan awal dan akhir bulan Ramadhan merupakan suatu permasalahan yang kerap kali melahirkan polemik diantara masyarakat Indonesia setiap tahunnya Hal tersebut disebabkan perbedaan pendekatan yang dilakukan beberapa kelompok atau ormas i...
Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Rutin Sambut Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 434 hits
Assalamualaikum hai semua Tak berapa hari lagi dah kita nak sambut bulan Ramadhan kan Macam macam persiapan kita buat nak sambut bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh rahmat nie Antara Rutin Sambut Bulan Ramadhan Kak Sue ialah tambah stok k...
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 366 hits
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah panas untuk cuci kubah masjid semangat 2 pekerja ini perlu dihargai Menjelang sambutan Ramadan pada esok hari pelbagai persiapan dilakukan untuk memperoleh keberkatan daripada Allah SWT Namun bagi...
Kriteria Makanan Terbaik Untuk Berbuka Ramadhan Ini

Kriteria Makanan Terbaik Untuk Berbuka Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 665 hits
Kredit dreamers id Sekarang sudah lebih seminggu rakyat Malaysia yang beragama Islam menjalani ibadah puasa dan pastinya sudah biasa dengan jadual bangun bersahur awal pagi untuk tahan lapar sehingga ke petang Namun begitu tidak ramai yang ...
5 Cara Sambut Ramadhan

5 Cara Sambut Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 611 hits
5 Cara Sambut ramadhan 1 NiatPerbaiki niat Memang kita niat setiap malam kerana Allah Tapi mungkin tak sepenuh hati Hanya sekadar baca niat untuk sahkan puasa tapi tidak dari hati yang dalam 2 DoaBanyak kan doa moga sempat jumpa Ramadhan da...
Informasi Malam Ola Bola Sambut Ramadhan Industri Hancurkan Akhlak Remaja

Informasi Malam Ola Bola Sambut Ramadhan Industri Hancurkan Akhlak Remaja

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 314 hits
HALAMAN HIBURANMalam kemenangan Ola BolaNAMPAKNYA rezeki dan tuah ternyata berpihak pada pementasan Ola Bola The Musical yang membawa pulang lapan anugerah pada majlis Boh Cameronian ke 16 Ahad lalu Berlangsung di Hotel Pavilion Kuala Lumpu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat