5 Lagi Mp Bersatu Akan Sokong Pmx



KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi mempunyai keyakinan parti itu mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)
Pemimpin kanan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa situasi itu berlaku susulan siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram (AMLA) Jana Wibawa.
"Mereka tak yakin BERSATU akan mampu bangkit daripada kesan pertuduhan sebesar kes Jana Wibawa dan mungkin BERSATU tidak akan mampu bertahan sehingga PRU akan datang," katanya kepada BH ketika ditemui.
Susulan kebimbangan itu juga, sumber yakin ada lima lagi ahli Parlimen daripada BERSATU akan mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
"Semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak yang memujuk untuk meyakinkan mereka supaya menyokong kerajaan," katanya.
Beliau mendakwa, tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan bukan sahaja akan membabitkan dalam kalangan ahli Parlimen.
"Sebaliknya, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ketua-ketua bahagian dan yang memegang jawatan dalam sayap juga sedang menunggu masa untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan," katanya.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada ketua bahagian dan ahli BERSATU yang lain, kebanyakan ahli dan segelintir pemimpin BERSATU sudah mula mengatur langkah untuk menyokong kerajaan.
"Cuma kini sama ada lima orang yang disebut tadi akan mempengaruhi rakan mereka yang lain atau parti akan cuba mengembalikan keyakinan mereka.
"Ada maklumat kata jumlah Ahli Parlimen BERSATU yang akan menyokong kerajaan seramai 11 orang, tetapi saya yakin hanya sembilan dengan empat sudah mengumumkannya, tinggal lagi lima," katanya.
Mengulas lanjut, sumber itu menyokong dakwaan seorang blogger yang mendakwa harga setiap wakil rakyat BERSATU adalah di antara RM4 juta hingga RM6 juta setiap seorang.
"Mereka yang mengisytiharkan sokongan ini ada beberapa faktor, bukan sebab wang semata-mata tetapi wang adalah di antara motivasi utama mereka.
"Selain itu, ada juga kemungkinan yang mahu melindungi diri daripada didakwa dalam apa-apa kesalahan," katanya.
Ditanya sama ada dakwaan Perikatan Nasional (PN) terdapat 'broker' politik yang cuba 'membeli' ahli Parlimen untuk menyokong kerajaan, sumber itu berkata, perkara itu sudah pasti berlaku dan dikukuhkan lagi dengan usaha Perdana Menteri sendiri yang mengutuskan surat dan meminta semua ahli Parlimen bersama menyokong kerajaan.
EMPAT MP PN SOKONG KERAJAAN
Setakat ini, empat Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dengan antara lain alasan diberi demi memastikan peruntukan disalurkan kerajaan kepada rakyat dalam kawasan masing-masing.
Tindakan itu dimulakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid, disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sebelum Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, menyusul.
Susulan itu, pihak BERSATU akan membuat laporan polis serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat berhubung pernyataan penarikan sokongan pemimpinnya kepada kerajaan.
Ini susulan dakwaan kemungkinan terdapat tawaran habuan lumayan yang diberikan kepada mereka sehingga mengubah pendirian sokongan kepada kerajaan pimpinan Anwar - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/5-lagi-mp-bersatu-akan-sokong-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Mp Bersatu Sokong Pmx Mahiaddin Dakwa Ada Gerakan Terancang Lemahkan Pn

4 Mp Bersatu Sokong Pmx Mahiaddin Dakwa Ada Gerakan Terancang Lemahkan Pn

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 323 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mendakwa wujud gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan partinya dan Perikatan Nasional Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau menerima maklumat baha...
4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 303 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Bersatu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis selepas empat Ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan Sambil mendakwa wujud unsur ug...
Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 297 hits
Shazlee Nordin1 Tiada broker yang membeli MP Bersatu PMX sudah pun cukup majoriti 148 Bukan sahaja cukup majoriti mudah tetapi melebihi dua pertiga sokongan Dewan Rakyat 2 Sudah 4 MP PPBM dari Perak Labuan dan Kelantan kini sudah membuat ke...
Lelaki Botak Berlegar Di Parlimen Dalam Usaha Bawa Wakil Rakyat Bersatu Sokong Anwar

Lelaki Botak Berlegar Di Parlimen Dalam Usaha Bawa Wakil Rakyat Bersatu Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 186 hits
Peralihan sokongan oleh empat ahli Parlimen pembangkang berlaku di sebalik spekulasi pergolakan dalaman kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beberapa ahli Parlimen pembangkang terus didatangi individu tertentu dalam apa yang dipe...
Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 304 hits
Seorang lagi anggota parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan dalam memuli...
Mp Gua Musang Ditawar Ganjaran Lumayan Untuk Sokong Anwar

Mp Gua Musang Ditawar Ganjaran Lumayan Untuk Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 175 hits
KOTA BHARU Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dari Perikatan Nasional yang mengumumkan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi dikatakan sebelum ini mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan oleh broker ...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye