Lelaki Botak Berlegar Di Parlimen Dalam Usaha Bawa Wakil Rakyat Bersatu Sokong Anwar



Peralihan sokongan oleh empat ahli Parlimen pembangkang berlaku di sebalik spekulasi pergolakan dalaman kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (MALAYSIA NOW) – Beberapa ahli Parlimen pembangkang terus didatangi individu tertentu dalam apa yang dipercayai usaha untuk meyakinkan mereka supaya beralih sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, MalaysiaNow boleh dedahkan.
Individu itu, seorang yang digambarkan sebagai “lelaki botak” dalam usia pertengahan dan memperkenalkan dirinya sebagai “Dato”, menyasarkan ahli Parlimen dari Bersatu, di mana empat wakil parti baru-baru ini mengisytiharkan sokongan kepada Anwar sambil kekal sebagai ahli parti.
Ia sebagai memenuhi keperluan undang-undang anti-lompat, yang tidak menghalang hak perlembagaan mereka sebagai ahli Parlimen untuk mengambil pendirian berbeza daripada parti, termasuk dalam undian usul dibawa kerajaan atau sokongan kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.
MalaysiaNow difahamkan lelaki yang sama telah bertemu beberapa wakil rakyat di dalam bangunan Parlimen dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Salah satu pertemuan yang dirakamkan menunjukkan lelaki itu dan seorang rakan sedang berbincang sesuatu dengan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah.
Suhaimi adalah antara beberapa ahli Parlimen yang dihubungi lelaki itu dengan alasan mahu berbincang soal “pelaburan dan rancangan pembangunan” termasuk rancangan mendirikan “hotel butik” di kawasan mereka.
Bagaimanapun, ramai ahli Parlimen berkata perbincangan mereka tidak menyentuh mengenai topik itu, sebaliknya tertumpu kepada soal menyatakan sokongan kepada Anwar.
“Bila berjumpa, bukan cerita pasal hotel. (Dia kata) ‘sokonglah Anwar, sokonglah PMX,” kata Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin minggu lalu.
Hamzah berkata beberapa ahli Parlimen turut ditawarkan jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkait kerajaan, di samping tawaran untuk melangsaikan hutang peribadi.
Usaha wakil Labuan
Sejak bulan lalu, sekurang-kurangnya empat Ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar, malah memohon kepada speaker untuk bertukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat bagi mencerminkan pendirian mereka.
Mereka ialah Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Difahamkan, Suhaili telah mendekati beberapa ahli Parlimen Bersatu untuk mengikuti langkahnya.
Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.
“Wakil dia datang nak berjumpa, tapi saya tak mahu,” katanya kepada MalaysiaNow.
Ketika dihubungi, Suhaili menafikan beliau dalam usaha mendapatkan lebih ramai rakan parti untuk beralih sokongan: “Tidak betul. Tidak ada, semua tu fitnah.”
Sementara itu, sumber dalam Bersatu menolak andaian bahawa peralihan sokongan empat ahli Parlimen itu kepada Anwar merupakan strategi mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka.
“Kalau ikutkan, itulah yang diharapkan berlaku. Tetapi langsung bukan. Mereka jelas mengkhianati pengundi pada masa sama mahu mengelak pilihan raya kecil di kawasan mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/10/lelaki-botak-berlegar-di-parlimen-dalam-usaha-bawa-wakil-rakyat-bersatu-sokong-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Dua Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar Semua Ini Salah Mahiaddin

Sudah Dua Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar Semua Ini Salah Mahiaddin

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 257 hits
Shahbudin HusinHanya kira kira dua minggu selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnan Abdul Khalid daripada Bersatu mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu kini seorang lagi wakil rakyat parti i...
Sanusi Ada Broker Di Sebalik Tindakan Wakil Rakyat Pn Sokong Anwar

Sanusi Ada Broker Di Sebalik Tindakan Wakil Rakyat Pn Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 353 hits
Noorazura Abdul Rahmanbhnews bh com myALOR SETAR Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional dan PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada dalang menjadi broker politik sehingga beberapa Ahli Parlimen BERSATU bertindak menyokong...
Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 356 hits
Sehingga ini sudah dua Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kedua duanya adalah daripada Bersatu Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid dan Suhaili Abdul Rahman Meski berada di blok yan...
Tiada Salahnya Anwar Terus Tarik Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Kerajaan

Tiada Salahnya Anwar Terus Tarik Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 454 hits
Setelah dua Ahli Parlimen Bersatu tampil menzahirkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin nampaknya mulai cemas dan gundah gulana Seiring dengan desas desus ada lima atau enam la...
Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 176 hits
Ahli Parlimen Gua Musang umum sokong Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 11 20PM
Pas Dukacita Tak Tolak Elemen Rasuah Wakil Pn Sokong Anwar

Pas Dukacita Tak Tolak Elemen Rasuah Wakil Pn Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 226 hits
Faiz Zainudin Ahli Parlimen PN yang menyokong Anwar Ibrahim adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid Suhaili Abdul Rahman Mohd Azizi Abu Naim dan Zahari Kechik PETALING JAYA PAS dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional meny...
Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

Lagi Mp Bersatu Isytihar Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 369 hits
Seorang lagi anggota parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan dalam memuli...
Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 319 hits
Shazlee Nordin1 Tiada broker yang membeli MP Bersatu PMX sudah pun cukup majoriti 148 Bukan sahaja cukup majoriti mudah tetapi melebihi dua pertiga sokongan Dewan Rakyat 2 Sudah 4 MP PPBM dari Perak Labuan dan Kelantan kini sudah membuat ke...
4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 379 hits
Johari Abdul berkata undang undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya isytihar sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di D...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia