5 Jenis Ayam Goreng Kegemaran Rakyat Malaysia


Siapa yang anti-ayam goreng? Mustahil nak jumpa orang yang tak sukakan hidangan ini. Setiap kali sesiapa menyebut ‘ayam goreng’ kepada saya, saya sudah boleh membayangkan ayam yang disalut tepung dan digoreng hingga keemasan.
Tiada siapa di sana kecuali anda, ayam goreng dan bunyi ‘krup krap’ apabila gigitan pertama menembusi kulit rangup sebelum sampai ke isi ayam yang lembap dan berjus. Uih, nak kena cari ayam goreng lepas ini!
Hubungan Rakyat Malaysia dan Ayam Goreng Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, hubungan mereka dengan ayam goreng adalah sesuatu yang cukup sinonim dengan jamuan keluarga, keraian mahupun sekadar makan untuk puaskan keinginan anda untuk makan sesuatu yang selesa sambil menonton rancangan kegemaran anda.
Pada masa buruk mahupun baik, ayam goreng sentiasa ada bersama kita dan sudah tiba masa untuk kita ataupun dalam hal ini, saya memberikan perhargaan yang selayaknya untuk makanan selesa kegemaran rakyat Malaysia. Oleh itu, saya ingin kongsikan dengan anda 5 jenis ayam goreng yang sebenarnya ada di Malaysia. Apa? Anda terkejut? Itulah kita, makanan semudah ayam goreng pun ada 5 variasinya.
Jadi, tanpa berlengah lagi, ayuh kita lihat apakah kelima-lima variasi ayam goreng ini. Lebih baik kalau anda melihat senarai ini dengan seketul ayam goreng di tangan anda.
1.Ayam Goreng Krup Krup Variasi ayam pertama ialah ayam goreng rangup yang saya suka gelar sebagai ayam goreng ‘krup krap’. Namanya datang dari bunyi yang dihasilkan apabila anda mengigit kulit ayam yang digoreng rangup, terhasillah bunyi ‘krup krap’ itu.
Ramai orang mempunyai resepi berbeza untuk hasilkan ayam goreng ‘krup krap’ ini tapi tiada yang sebaik ayam goreng anda boleh dapati dari restoran-restoran makanan segera seperti ‘Kepci’ dan ‘Mekdi’. Meskipun begitu, anda boleh saja mencuba resepi ayam goreng kegemaran saya.
Bahan-Bahan:
5 ketul ayam goreng, bahagian paha dan dada1 sudu besar garam2 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk kari daging1 sudu teh lada hitam1 sudu teh serbuk bawang putih1 sudu teh serbuk biji sawi1 sudu teh serbuk kunyit1 cawan tepung serbaguna1 biji telur ayam, dipukul1/2 cawan nestum atau oat atau serbuk roti1 cawan dadih Cara-Cara:
Cuci ayam dengan 1 sudu teh garam kasar dan 1sudu besar asam jawa. Bilas dua kali dan perap ayam dalam 1 cawan dadih. Perap selama 3 jam dalam peti sejuk.Dalam satu mangkuk, masukkan garam, serbuk cili, serbuk kari daging, lada hitam, serbuk bawang putih, serbuk biji sawi dan serbuk kunyit. Gaul hingga rata.Dalam satu mangkuk, masukkan tepung serbaguna dan nestum, Gaul hingga rata.Setelah ayam sudah diperap, keluarkan dari peti sejuk. Pecahkan telur dan pukul dengan secubit garam.Ambil ayam, satu per satu, dan gaul dalam campuran rempah, kemudian masukkan dalam telur yang dipukul sebelum dimasukkan dalam campuran tepung dan nestum. Pastikan ayam disalut sebati.Sementara anda menyalut ayam dengan campuran rempah dan tepung, panaskan 2 cawan minyak dalam kuali atas api sederhana besar hingga berbuih. Goreng ayam selama 5 minit atau hingga keemasan. Nikmati dengan sos cili pedas. 2. Ayam Goreng Berempah Tak sahlah bila makan nasi lemak kalau tak ada hidangan ayam goreng berempah ini. Keunikan ayam goreng ini ialah ia melambangkan citarasa Malaysia dalam satu hidangan. Ada rasa pedas rempah, kriuk-kriuk keraknya, bau wangi daun kari. Kalau itu tak cukup untuk menaikkan selera anda, saya tak tahu nak kata apa-apa lagi kecuali cubalah sediakan resepi ayam goreng berempah Butterkicap yang pasti buat anda nak buat lagi dan lagi.
Berbeza dengan ayam goreng ala Kepci dan Mekdi aka ayam goreng krup krap, ayam goreng berempah lebih berperisa dan menyelerakan, khususnya apabila dimakan dengan nasi lemak.
3. Ayam Goreng Mamak Kredit: Simple Recipes
Kalau pergi kedai nasi kandar dan anda tak pesan ayam goreng mamak ini, aduh, ruginya! Gabungan antara ayam goreng ‘krup krap’ dan ayam goreng berempah, ayam goreng mamak memberikan kerangupan dan juga perisa berempah yang anda sukakan.
Untuk menyediakan ayam goreng ini mudah saja. Anda cuma perlu tunggu masa untuk ayam diperap. Lepas itu, tinggal goreng saja!
Bahan-Bahan:
5 ekor ayam, bahagian paha dan dada1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung beras2 tangkai daun kari5 ulas bawang putih1 biji bawang besar2 inci halia2 sudu besar pes cili1 sudu besar serbuk kari daging1 biji telur1/4 sudu teh garam1 sudu teh serbuk kunyit Cara-Cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga menjadi pes.Cuci ayam dan buang lebihan lemak lalu letak di dalam mangkuk. Masukkan bahan kisar, pes cili, serbuk kunyit, serbuk kari daging, garam, tepung jagung, tepung beras dan tepung jagung. Gaul rata.Carikkan daun kari dan masukkan dalam mangkuk perapan. Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.Setelah sedia untuk digoreng, panaskan 2 cawan minyak dalam kuali atas api sederhana besar hingga berbuih.Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng hingga 5 minit atau hingga perang keemasan. Pastikan ayam disalut dengan bahan perapan untuk perisa tambahan dan kulit rangup. 4. Ayam Goreng Kunyit Kredit: encikshino.com Ayam goreng kunyit ialah hidangan kegemaran orang bujang buat makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng kunyit merupakan variasi ayam goreng paling ringkas tetapi cukup sedap hingga boleh membuat anda ketagih. Kalau anda nak tahu di mana nak dapat ayam goreng kunyit yang sedap, anda boleh ketahui 10 lokasi tersedap dan termurah untuk ayam goreng kunyit di sini.
5. Ayam Penyet Kredit: goblock.com Akhir sekali, variasi kelima dan terakhir ialah ayam goreng penyet. Ayam goreng penyet, kalau anda tanya saya, tak boleh dimakan begitu saja kerana anda boleh terasa jelak. Namun begitu, tak bermakna tiada siapa menyukai variasi ayam goreng ini. Ayam goreng penyet merupakan ayam yang lebih ringkas dari segi perisa kerana ayam penyet mendapat perasa daripada sambal pedas. Jadi, ia perlulah tak begitu berperisa agar tak menenggelamkan rasa sambal penyet tersebut. Saya tiada resepi untuk dikongsi setakat ini tapi jika anda ada resepi ayam penyet anda sendiri dan ingin kongsi bersama saya, bolehlah hubungi saya di laman Instagram atau Facebook Butterkicap.
Apa Lagi Ayam Goreng Kita Ada? Jadi itu saja variasi ayam goreng yang ada di Malaysia. Jangan fikir ayam goreng hanya sekadar diperap garam kunyit saja ya. Tapi, jika ada ayam goreng lain yang anda tahu dan saya terlupa nak senaraikan, jangan segan untuk beritahu saya, ya. Ruginya, kalau maklumat ini tak dikongsi!

The post 5 Jenis Ayam Goreng Kegemaran Rakyat Malaysia appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/5-jenis-ayam-goreng-kegemaran-rakyat-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Rakyat Malaysia Mati Akibat Penyakit Jantung Setiap Hari

50 Rakyat Malaysia Mati Akibat Penyakit Jantung Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 325 hits
Lee Boon Chye berkata penyakit jantung kekal pembunuh nombor satu di Malaysia dengan statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 18 267 orang mati akibat penyakit itu tahun lalu IPOH Penyakit jantung koronari masih menjadi pembunuh nombor satu...
Ayam Goreng Sos Kari Menu Sempoi Yang Sedap

Ayam Goreng Sos Kari Menu Sempoi Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 636 hits
Anak anak sekarang kebanyakannya makan mesti nak berlaukkan ayam kalau sebut ikat tutup balik tudung saji atau dan dan kata kenyang Tapi kalau dok hari hari menu ayam bosan juga jadi mak mak semua ini ada satu menu ayam sempoi tapi sedap ya...
5 Jenis Laksa Di Malaysia Patut Ada Cuba

5 Jenis Laksa Di Malaysia Patut Ada Cuba

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 455 hits
Kredit Gerald Lee Sajian merupakan sajian bersup yang cukup sinonim dengan masyarakat Peranakan di Malaysia dan Singapura Berbeza dengan sajian bermee merupakan hidangan yang seringkali dijadikan sebagai makanan selesa atau comfort food bag...
Ayam Goreng Pedas Ala Korea Jadi Kegilaan

Ayam Goreng Pedas Ala Korea Jadi Kegilaan

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 968 hits
Asal sebut menu Korea ramai remaja suka apa kata mak mak cuba menu ayam ala ala korea yang kononnya di jadi kegilaan ramai remaja Menunya senang dan kalau buat gerenti habis Silap silap boleh buat bisnes Tapi kalau remaja buat sendiri lagi ...
Luluhnya Hati Bila Nampak Pakcik Ni Panaskan Nasi Berlaukkan Ayam Goreng Seketul Dalam Periuk Tu

Luluhnya Hati Bila Nampak Pakcik Ni Panaskan Nasi Berlaukkan Ayam Goreng Seketul Dalam Periuk Tu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 470 hits
Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang lelaki berusia masih mengerah tenaga untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi Disaat kita alpa dengan kemewahan yang ada masih ada insan yang sedang berjuang untuk mencari rezeki di ...
Sambal Goreng Ayam Lauk Wong Jowo

Sambal Goreng Ayam Lauk Wong Jowo

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 472 hits
Dari dulu hingga sekarang Kjee kenal lauk ini sebagai Sambal Goreng Pengantin Bonda yang kata itu nama lauk ini Jadi kalau ada kata ini bukan Sambal Goreng Pengantin Kjee tak tau nak kata apa Ini lauk orang Jawa Tapi ramai orang Jawa tak ta...
Chin Peng Bukan Rakyat Malaysia Kenapa Benarkan Abu Mayatnya Dibawa Masuk

Chin Peng Bukan Rakyat Malaysia Kenapa Benarkan Abu Mayatnya Dibawa Masuk

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 377 hits
Syed Hassan Syed Ali KUALA LUMPUR Bekas ketua pengganas komunis Chin Peng sepanjang hayatnya tidak pernah mahu pulang ke Malaysia dan tidak juga memohon untuk menjadi warganegara kenapa perlu dialu alukan abu mayatnya dibawa pulang ke tanah...
Resepi Ayam Goreng Serai

Resepi Ayam Goreng Serai

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 384 hits
Assalamualaikum hai semua Dalam rutin harian kita mak mak nie kadang kita dah tak ada idea nak masak apa dah kan Sama lah macam Kak Sue nie cari punya cari resepi kat google akhirnya jumpa Resepi Ayam Goreng Serai nie Rasa Ayam Goreng Serai...
Program Komuniti Mcdonald S Malaysia Santuni Rakyat Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Malaysia Santuni Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 391 hits
Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya McDonald s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 000 di bawah Program Komuniti McDonald s Peringkat Negeri Kelantan Pelbagai inisiatif diperkenalka...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah