Program Komuniti Mcdonald S Malaysia Santuni Rakyat Kelantan


Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini.Sejumlah RM545,000 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.Agihan Zakat Perniagaan McDonald’s MalaysiaMcDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.McDonald’s Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato’ Haji Abdullah bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan.“Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi,” kata Azmir.Inisiatif Pekerjaan Untuk Belia Melalui SLDN McDonald’sSistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.Program “Kembali ke Sekolah”Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato’ Haji Abdullah bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.Program “Kembali ke Sekolah” yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald’s dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.RMHC MalaysiaRMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.queachmad.com/2019/12/program-komuniti-mcdonalds-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum Program Komuniti McDonald s santuni rakyat Kelantan Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu Dengan matlamat memberi impak positi...
Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1022 hits
Program Komuniti McDonald memperkenalkan perlbagai inisiatif dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dan McDonald s Malaysia juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 000 bagi manfaat golongan ku...
Program Komuniti Mcdonalds Sumbang Rm594 800 Bantu Rakyat Terengganu

Program Komuniti Mcdonalds Sumbang Rm594 800 Bantu Rakyat Terengganu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 637 hits
Seiring dengan nilai teras dalam memberi semula kepada masyarakat sejumlah RM594 800 telah disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka iaitu McDonald s Malaysia demi meringankan beban golongan masyarakat yang kurang berkemampuan di ...
Banjir Besar Rakyat Kelantan Diseru Solat Hajat Berdoa Mb

Banjir Besar Rakyat Kelantan Diseru Solat Hajat Berdoa Mb

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1295 hits
Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda Seruan itu dibuat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mahu rakyat negeri tersebut melakukan solat hajat dan berdoa kepada All...
Viral Hello Kitty Carrier Di Mcdonald S Malaysia

Viral Hello Kitty Carrier Di Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1099 hits
VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald s Malaysia Daddy bebudak ni kerja hakikinya kalau busy Betul betul busy Memang busy tahap maksimum Kalau kerja dah slow down tak busy mula lah Tak keruan pulak hehe So bagus juga bila daddy busy dengan ...
Mcdonald Antara Penyumbang Zakat Terbesar Di Malaysia

Mcdonald Antara Penyumbang Zakat Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 812 hits
Seiring dengan nilai teras McDonald s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat sejumlah RM594 800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu Pr...
50 Rakyat Malaysia Mati Akibat Penyakit Jantung Setiap Hari

50 Rakyat Malaysia Mati Akibat Penyakit Jantung Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 367 hits
Lee Boon Chye berkata penyakit jantung kekal pembunuh nombor satu di Malaysia dengan statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 18 267 orang mati akibat penyakit itu tahun lalu IPOH Penyakit jantung koronari masih menjadi pembunuh nombor satu...
Tiga Rakyat Malaysia Maut Kemalangan Di New Zealand Wisma Putra

Tiga Rakyat Malaysia Maut Kemalangan Di New Zealand Wisma Putra

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 532 hits
Tiga rakyat Malaysia maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Kaik ura New Zealand pada Jumaat waktu tempatan Wisma Putra ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zea...
Antara Pau Dan Kuntau Mana Satu Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Antara Pau Dan Kuntau Mana Satu Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 600 hits
Dirancang atau tidak segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT Persidangan Agung UMNO 2019 dan Kongres Nasional 2019 berlangsung pada hari dan waktu yang sama Itulah perancangan Allah SWT dan yang lebih penting rakyat Malaysia mesti me...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui