5 Jenis Laksa Di Malaysia Patut Ada Cuba


Kredit: Gerald Lee Sajian laksa merupakan sajian bersup yang cukup sinonim dengan masyarakat Peranakan di Malaysia dan Singapura.
Berbeza dengan sajian bermee, laksa merupakan hidangan yang seringkali dijadikan sebagai makanan selesa atau ‘comfort food’ bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Asal-Usul Laksa Apabila bercakap tentang asal-usul laksa, terdapat pencanggahan dalam bangsa mana yang memperkenalkan sajian ini. Ada yang mengatakan laksa ialah makan Melayu dan ada juga yang mengatakan bahawa laksa ialah makanan Cina.
Untuk menyelesaikan percanggahan ini, saya telah membuat sedikit kajian dan mendapati bahawa laksa dibawa oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke Melaka.
Namun begitu, laksa yang kita kenali sekarang sudah menjadi campuran budaya antara bangsa Melayu dan Cina. Jadi, kesimpulan yang boleh kita buat ialah, laksa merupakan makanan yang dimiliki semua bangsa.
Klasifikasi Laksa Untuk pengetahuan anda, sajian laksa di Malaysia mempunyai tiga klasifikasi utama. Bagi yang tidak tahu tentang hal ini, teruskan membaca dan bersedia untuk menimba trivia laksa yang pasti membuatkan anda kelihatan seperti pakar laksa nanti.
Laksa dibahagikan kepada tiga klasifikasi iaitu kari laksa, asam laksa dan Sarawak laksa. klasifikasi ini dilakukan menurut bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuah laksa tersebut. Berikut merupakan ringkasan bagi setiap klasifikasi.
a) Kari Laksa
Kari laksa merupakan variasi laksa yang menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya.
Kari laksa lazimnya dikatakan sebagai laksa dengan pengaruh masakan Cina kerana menggunakan paf tauhu dan taugeh. Warna kuah laksa ini lazimnya berwarna kuning kejinggaan seperti warna mee kari dan seringkali dihidangbersama laksa halus atau mee.
b) Asam Laksa
Asam laksa pula merupakan variasi laksa yang tak menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya. Bahan utama dalam penyediaan kuah asam laksa ialah isi ikan yang direbus dan diperasa dengan asam gelugur.
Variasi laksa ini meletakkan banyak sayur seperti nenas, timun dan bawang, berbeza daripada kari laksa. Warna kuah lebih kemerahan dan pekat berbanding kuah variasi laksa yang lain.
c) Sarawak Laksa
Variasi laksa yang ketiga ialah sarawak laksa yang merupakan gabungan antara variasi kari dan asam laksa. Ia mempunyai kuah berwarna merah seperti asam laksa tapi lebih cair dan menggunakan santar seperti variasi kari laksa.
Kuah Sarawak laksa tidak menggunakan isi ikan sebagai asas dan mempunyai hiasan ringkas seperti daun ketumbar dan taugeh.
Sekarang, anda sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang ketiga-tiga variasi laksa ini. Jadi, mari kita melihat apakah klasifikasi 6 jenis laksa yang tersenarai.
1. Laksa Utara
Laksa Utara merupakan sajian laksa yang diklasifikasikan sebagai asam laksa. Laksa Utara yang popular merupakan Laksa Pulau Pinang meskipun negeri-negeri lain di Utara seperti Kedah dan Perlis mempunyai variasi mereka tersendiri tapi mempunyai bahan sampingan yang berbeza.
Di Kedah, telur rebus dihidang bersama laksa manakala di Perlis, isi ikan keli dan belut digunakan.
2. Laksam Kredit: sharmine205omarshahab.blogspot.my Laksam merupakan variasi kari laksa yang popular di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Laksam ini diperbat daripada gulungan kueyteow tebal yang dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada santan yang dimasak bersama ikan rebus.
Kuah laksam adalah paling pekat antara variasi laksa lain di bawah kari laksa dan dimakan dengan tangan.
3. Laksa Sarawak Kredit: luarteko.blogspot.my Laksa Sarawak merupakan laksa yang popular di negeri Sarawak dan menggunakan pes berasaskan sambal belacan.
Ia mempunyai rasa lemak dan masam kerana ia merupakan gabungan antara kari laksa dan asam laksa.
4. Laksa Johor Kredit: Asian Food Channel Antara variasi laksa yang unik ialah laksa Johor. Hal ini demikian kerana laksa Johor tidak menggunakan bihun laksa tetapi spageti.
Selain itu, keunikan laksa Johor adalah walaupun ia kelihatan seperti laksa Pulau Pinang tetapi rasanya seperti kari laksa. Laksa Johor merupakan satu-satunya variasi laksa yang menggunakan ikan dan juga santan dalam penyediaan kuahnya.
5. Laksa Lemak Kredit: Bake With Paws Laksa lemak ataupun laksa nyonya merupakan variasi laksa di bawah klasifikasi kari laksa yang paling popular.
Saya tak mahu cerita panjang tentang laksa ini kerana lebih baik anda mencuba resepi laksa nyonya tradisional yang dikongsi oleh Justine Lim. Saya pasti anda akan tahu perbezaannya selepas mencuba resepi ini.
Laksa Apa Lagi Kita Ada? Itu saja senarai laksa yang saya dapat kongsi bersama anda. Jika anda tahu jenis-jenis laksa lain yang saya lupa untuk senaraikan, jangan lupa untuk kongsi bersama saya dengan menghantar komen di bawah ataupun hantarkan mesej kepada saya melalui laman Instagram dan Facebook Butterkicap.
The post 5 Jenis Laksa di Malaysia Patut Ada Cuba appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/ingredients/5-jenis-laksa-di-malaysia-patut-ada-cuba

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Jenis Ayam Goreng Kegemaran Rakyat Malaysia

5 Jenis Ayam Goreng Kegemaran Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 581 hits
Siapa yang anti ayam goreng Mustahil nak jumpa orang yang tak sukakan hidangan ini Setiap kali sesiapa menyebut ayam goreng kepada saya saya sudah boleh membayangkan ayam yang disalut tepung dan digoreng hingga keemasan Tiada siapa di sana ...
Warga China Beli Rm8 4 Bilion Hartanah Di Malaysia Sepanjang 2018 Suara Tv

Warga China Beli Rm8 4 Bilion Hartanah Di Malaysia Sepanjang 2018 Suara Tv

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Pembeli China menyumbang jualan hartanah sebanyak RM8 4 bilion pada 2018 atau 12 2 peratus daripada jumlah nilai urus niaga dan 0 4 peratus daripada jumlah urus niaga saham menurut laporan ekonomi portal hartanah antarabangsa C...
Gas Malaysia Catat Keuntungan Bersih Rm46 48 Juta Bagi Suku Ketiga

Gas Malaysia Catat Keuntungan Bersih Rm46 48 Juta Bagi Suku Ketiga

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 234 hits
Gas Malaysia catat keuntungan bersih RM46 48 juta bagi suku ketiga Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Nov 2019
Harimau Jinakkan Gajah Malaysia Kutip 3 Mata Benam Thailand Di Bukit Jalil

Harimau Jinakkan Gajah Malaysia Kutip 3 Mata Benam Thailand Di Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 191 hits
Corak permainan cantik dan juga kerjasama sepasukan telah membuatkan Malaysia berjaya menundukkan pasukan Thailand dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan juga Piala Asia Harimau Malaya yang pada awalnya telah ketinggalan 1 0 apabila gol...
Spartan Malaysia Iskandar Puteri Ultra Beast Super 2019 16 November 2019

Spartan Malaysia Iskandar Puteri Ultra Beast Super 2019 16 November 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 518 hits
SPARTAN MALAYSIA ISKANDAR PUTERI ULTRA BEAST SUPER 2019 16 November 2019 Saturday 12am Sunday 12amIskandar Puteri Johor Spartan Race Malaysia is brought to you by TOP Detergent Malaysia Official Fabric Care
Highlight Malaysia 2 Thailand 1 Jeneral Gan Pimpin Harimau Malaya

Highlight Malaysia 2 Thailand 1 Jeneral Gan Pimpin Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 357 hits
Malaysia menang perlawanan menentang Thailand 2 1 Aksi yang sangat baik ditunjukkan oleh Harimau Malaya walaupun ketinggalan seawal mini Kali terakhir Malaysia menang ke atas Thailand adalah pada pentas final Piala AFF 2014 menang 3 2 di St...
Ini Adalah Cara Untuk Melanggan Disney Di Malaysia Sebelum Ia Dilancarkan

Ini Adalah Cara Untuk Melanggan Disney Di Malaysia Sebelum Ia Dilancarkan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 348 hits
Disney adalah platform penstriman video tersendiri dari Disney Ia boleh dikatakan adalah pesaing kepada Netflix Apple TV dan platform penstriman video lain lain tetapi ia hanya akan menyediakan kandungan kandungan milik Walt Disney Antara k...
Top Restaurent To Check In Penang Malaysia

Top Restaurent To Check In Penang Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 501 hits
Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan pernah mendapat julukan Syurga Makanan Tak hairan lah sesiapa yang datang ke Penang pasti mencari cari tempat makan yang sedap malah penduduk disini juga masing masing memp...
Malaysia Pastikan Imej Penerbangan Tidak Terjejas

Malaysia Pastikan Imej Penerbangan Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 216 hits
Malaysia tidak akan membiarkan imej syarikat penerbangan milik negara terjejas tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad Dr Mahathir ketika mengulas laporan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat telah menurunkan p...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara