5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah Rm200 Semalam Yang Cantik Selesa
5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam Yang Cantik & Selesa! Jika anda ingin membawa keluarga bercuti ke Pulau Langkawi, berikut kami kongsikan antara lima hotel murah di Langkawi yang harganya bawah RM200 semalam.
BACA: 8 Lokasi Selam Skuba Paling ‘Wow’ Di Malaysia!
5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam Yang Cantik & Selesa!
Sesuai untuk percutian bajet musim cuti sekolah tahun ini.
1. THE CABIN, PULAU LANGKAWI
Menjadi salah satu tempat penginapan yang sangat menarik untuk dikunjungi apabila anda ke Pulau Langkawi, The Cabin sudah tentunya akan memuaskan anda! Terletak di lokasi strategik iaitu di Pantai Chenang, hotel bajet yang mempunyai struktur binaaan yang menarik ini juga terletak bersebelahan Underwater World Langkawi.
Memang sangat sesuai lah untuk anda sekeluarga untuk menginap di sini kerana harganya bermula dengan kadar RM 160 semalam sahaja.
2. BEST STAR RESORT, LANGKAWI
Pilihan kedua untuk penginapan yang bajet dan selesa adalah di Best Star Resort. Turut terletak di lokais strategik iaitu di Pantai Chenang, memang sangat mudah untuk anda sekeluarga meluangkan masa di tepi pantai. Bukan itu sahaja, jika anda tidak gemar untuk mandi air laut tu, anda boleh meluangkan masa di sekitar kolam mandi yang memang dekat sangat dengan pantai! Harga bilik semalam bermula dengan kadar RM 199 sahaja!
3. CASA FINA FINES HOMES HOTEL, LANGKAWI
Dengar nama hotel pun dah menarik kan? Casa Fina Hotel ini agak berlainan dengan hotel-hotel lain kerana menggunakan konsep chalet dan seperti rumah di kampung. Memang sangat sesuailah untuk anda yang selalu sahaja berada di bandar dan ingin merasai pengalaman berada di rumah kampung.
Bukan itu sahaja, berlatar belakangkan pemandangan Pantai Chenang dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, pasti akan menenangkan anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk menginap di sini dengan harga bermula serendah RM 123 semalam!
4. LANGGURA BARON RESORT, LANGKAWI
langgura baron resort langkawiDengar nama hotel pun dah menarik kan? Casa Fina Hotel ini agak berlainan dengan hotel-hotel lain kerana menggunakan konsep chalet dan seperti rumah di kampung. Memang sangat sesuailah untuk anda yang selalu sahaja berada di bandar dan ingin merasai pengalaman berada di rumah kampung. Bukan itu sahaja, berlatar belakangkan pemandangan Pantai Chenang dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, pasti akan menenangkan anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk menginap di sini dengan harga bermula serendah RM 123 semalam!
5. PARETTO SIEVIEW HOTEL, LANGKAWI
Nak cari hotel dekat dengan pantai dan pusat membeli-belah agak susah? Jangan risau, kerana anda boleh menginap di Paretto Seaview Hotel dengan selesa dan memuaskan hati! Apa yang menariknya, walaupun mempunyai harga yang berpatutan tetapi keluasan bilik di hotel ini sangat besar! Jadi, tak payah nak reserve banyak bilik sekiranya anda membawa ahli keluarga yang ramai ya. Harga bermula dari RM 176 sahaja dan bilik pun luas macam rumah!
Sekiranya anda mempunyai senarai hotel murah di Langkawi yang tidak tersenarai, hubungi kami untuk dimasukkan sekali dalam senarai ini.
sumber: The Kaki Cuti
Sumber: The Kaki Cuti
The post 5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam Yang Cantik & Selesa! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/5-hotel-murah-di-langkawi-bawah-rm200-semalam-yang-cantik-selesa/