16 Tips Dan Cara Dapatkan Hotel Dan Tempat Penginapan Dengan Harga Yang Lebih Murah


Bagaimana kalau dekat luar sana, sebenarnya ada cara untuk dapatkan bilik hotel dan juga tempat penginapan dengan harga yang lebih murah!
 
Orang yang tahu teknik dan rahsianya, mereka dengan senang hati boleh pergi bercuti pada bila-bila masa. Asalkan ada rasa nak bercuti, terus mohon cuti dan buat persiapan untuk percutian tersebut.
 
Mereka ini tak perlu bimbang untuk bayar kos penginapan yang menjadi salah satu daripada kos yang paling tinggi yang perlu diambil kira ketika pergi bercuti. Jadi dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita tentang beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan bagi mendapatkan bilik hotel dengan harga yang lebih jimat berbanding kebiasaan.

Mana-mana tips yang anda rasakan praktikal dan berguna, silalah amalkan. Mana yang kurang sesuai, anggaplah ia sebagai untuk menambahkan pengetahuan sahaja.
 
Jadi tanpa buang lebih banyak masa, saya kongsikan kepada anda, cara-cara untuk dapatkan tempat penginapan, sama ada bilik hotel ataupun homestay dengan harga yang lebih rendah dari kebiasaan.

 
[1] Buat perbandingan harga antara laman web Online Travel Agent (OTA) dan tawaran Saya percaya ini adalah tips yang paling biasa anda dengari. Kalau nak dapatkan tawaran harga yang paling menarik, cubalah buat perbandingan harga terlebih dahulu.
 
Untuk pengetahuan anda, diluar sana terdapat banyak laman web Online Travel Agent yang anda boleh gunakan bagi tujuan membuat tempahan bilik hotel. Setiap laman web yang berbeza, menyediakan tawaran yang pelbagai bagi memastikan orang ramai membuat tempahan melalui website mereka.
 
Ini antara laman web yang anda boleh gunakan untuk menempah bilik hotel.
(1) Agoda.com
(2) Booking.com
(3) Hotels.com
(4) Traveloka.com
(5) Expedia.com
(6) Trip.com
(7) hotelscombined.com
(8) Trivago
(9) OYO
(10) Airbnb
 
Bak kata Trivago, bilik yang sama, harga yang berbeza. Jadi buatlah perbandingan harga terlebih dahulu untuk dapatkan tawaran yang paling menjimatkan.
 
[2] Buat rundingan harga Sekarang ini anda telahpun mengetahui berapakah harga paling rendah yang anda boleh perolehi jika buat booking melalui laman web OTA. Seterusnya, kalau anda ingin cuba buat rundingan harga, anda hubungi terus pemilik hotel, sama ada melalui laman web rasmi, email ataupun nombor telefon dan cuba minta pengurangan harga.
 
Beritahu kepada pemilik hotel yang anda ditawarkan harga serendah RM sekian-sekian jika booking melalui website OTA. Tanyakan juga, jika boleh anda dapatkan harga yang lebih rendah, cuma bezanya kali ini tempahan anda buat terus kepada pemilik hotel.
 
Dengan ini, pemilik hotel tak perlu untuk bayar komisen kepada laman web OTA.
 
Kalau pemilik hotel melayan permintaan anda, itu dikira rezeki. Jika tidak, saya syorkan teruskan sahaja buat booking melalui web OTA. Ada juga keadaan yang mana pihak hotel tidak mahu melayan sebarang permintaan daripada mana-mana individu yang ingin berhubung terus dengan mereka.
 
Mereka mungkin tidak mempunyai staf yang mencukupi untuk melayan permintaan anda, sebab itu urusan tempahan mereka outsource kepada laman web OTA.
 
[3] Cari tawaran saat akhir (last minute deal) Membuat tempahan saat-saat akhir bukanlah satu tindakan yang bijak dan ia tidak sesuai untuk semua orang.
 
Last minute deal ini biasanya adalah untuk bilik yang tak habis dijual pada hari tersebut. Sistem secara automatik akan memberikan harga yang rendah kepada bilik tersebut. Saya percaya, harga yang dipaparkan adalah harga yang dicadangkan oleh sistem dan ia bertukar secara automatik khas untuk bilik yang tak terjual.

Saya suka memerhatikan harga yang ditawarkan oleh OYO untuk hotel yang masih available pada hari yang sama. Kadang-kadang harga yang diberikan sangatlah rendah. Cuma mujurlah saya tidak bercadang untuk menginap di hotel, jadi terpaksalah lepaskan sahaja tawaran harga bilik murah tersebut.
 
[4] Pertimbangkan untuk menginap selain di hotel Kalau selama ini anda hanya menginap di hotel, apa kata kali ini kita tukar sedikit. Kita menginap di tempat penginapan jenis guesthouse ataupun homestay.
 
Sekarang ini ada banyak homestay yang dibina dikawasan kediaman jenis kondominium. Apabila menginap di homestay yang terdapat dikawasan seperti ini, kita dapat nikmati juga kemudahan tambahan seperti tempat parking kereta yang selamat, ada swimming pool, kemudahan gym, tempat bersukan dan sebagainya.
 
Dari segi harga, ia juga lebih menjimatkan, sebabnya satu kondo boleh jadi ada 3 buah bilik. Anda hanya perlu sewa sebuah kondo sahaja berbanding 4 buah bilik hotel jika bercuti dalam jumlah yang ramai. Lepas tu pandai-pandailah bahagi-bahagikan kos untuk lebih jimat.
 
Untuk cari homestay, saya syorkan anda gunakan laman web Airbnb, homestay.com, Agoda.com ataupun Booking.com
Baca juga: Cara mudah mencari homestay yang selesa di seluruh Malaysia
 
[5] Cari kawasan kejiranan yang kurang popular dan jauh sedikit dari tempat tumpuan pelancong Paparan seperti dibawah ini saya perolehi dari laman web Airbnb.

Salah satu ciri yang saya suka dengan Airbnb ni ialah, kita boleh buat carian mengikut paparan peta. Contoh macam dekat atas ini, saya sebenarnya sedang mencari tempat penginapan di Pulau Langkawi.
Baca juga: Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi
 
Antara tempat yang popular dan memang menjadi tarikan pengunjung adalah di Pantai Chenang. Jadi anda sendiri boleh lihat, lagi dekat dengan pantai, harga tempat penginapan yang ditawarkan adalah lebih tinggi.
 
Tapi kalau kita pilih tempat yang jauh sikit, kita boleh dapat tempat menginap dengan harga serendah RM50 untuk satu malam. Tipsnya ialah pilih lokasi yang jauh sedikit daripada kawasan tumpuan pengunjung, namun pada masa yang sama, janganlah terlalu jauh hingga menyusahkan anda pula.
 
Melainkan kalau anda mempunyai kenderaan sendiri ataupun ditempat anda bakal pilih itu nanti, mempunyai sistem pengangkutan yang bagus.
 
[6] Gunakan corporate rate atau harga istimewa untuk penjawat awam Kalau booking melalui kaunter ataupun booking terus dengan pihak hotel, kita boleh tanyakan sama ada pihak hotel tu mempunyai tawaran harga istimewa untuk kakitangan awam ataupun swasta.
 
Kalau kerja swasta, kena tanya sama ada pihak hotel ada corporate rate, yang lebih murah berbanding untuk orang awam biasa. Tapi kena pastikan dulu, sama ada syarikat anda bekerja tersenarai dalam senarai corporate rate ataupun tidak dengan pihak hotel.
 
Special rate ini juga dapat dinikmati oleh kakitangan awam. Apa-apa pun kena tanya dulu, ada tak special rate ini.
 
[7] Sertai Program Affiliate Program affiliate ini maksudnya kita kena daftar sebagai ejen pemasaran. Kemudian kita buat promosi dan bila ada pelanggan yang buat tempahan melalui link affiliate kita, kita akan dapat komisen.
 
Katakanlah, kos untuk penginapan ialah RM600 dan komisen yang ditawarkan ialah 5%. Maka dari situ kita akan dapat komisen sebanyak RM30.
 
Tak perlu nak pening-pening kepala nak cari pelanggan, sebaliknya anda suruhlah pasangan anda untuk buat tempahan melalui link affiliate anda.
 
Setiap kali nak pergi bercuti, pastikan buat booking bilik hotel melalui link affiliate anda sendiri. Untuk mengelakkan daripada komisen kena reject, sebab kebanyakkan program affiliate tak membenarkan ejen buat pembelian menerusi link affiliate sendiri, maka anda suruhlah pasangan yang buat booking.
 
Kebanyakkan laman web OTA menawarkan program affiliate mereka sendiri. Anda perlu buka satu per satu laman web OTA dan daftar sebagai ejen affiliate.
 
Ataupun sebagai alternatif, anda juga boleh daftar program affiliate menerusi platform Involve Asia.

Anda boleh daftar sebagai affiliate Involve Asia menerusi laman web ini.
 
Setelah anda berjaya masuk ke dalam program ini, pastikan setiap kali nak buat booking bilik hotel, anda booking menggunakan link affiliate anda.
 
[8] Buat tempahan melalui laman web Shopback Pernahkah anda dengar tentang laman web Shopback? Kalau belum pernah dengar, bolehlah layari laman web ini menerusi pautan ini, dan daftar sebagai ahli.

Konsep laman web shopback adalah memberikan wang balik (cash back) mengikut sejumlah peratusan daripada jumlah yang telah kita bayar apabila buat tempahan hotel melalui laman web yang mengambil bahagian.
 
Cuba lihat pada screenshot diatas. Anda akan memperolehi cash back mengikut peratusan yang telah dinyatakan seperti diatas.
(1) Booking.com 9.0% cashback
(2) Expedia 6.0% cashback
(3) Agoda 5.0% cashback
(4) Traveloka 5.0% cashback
(5) Hotels.com 4.0% cashback
(6) Accor Hotels 6.0% cashback
(7) Trip.com 8.0% cashback
(8) Airbnb.com RM15 cash back
 
Jika anda ingin dapatkan cashback seperti yang dinyatakan diatas, anda perlu sertai terlebih dahulu program Shopback dan pastikan anda ikuti langkah-langkah seperti yang diajarkan di laman web shopback.
 
[9] Sertai program kesetiaan ataupun loyalty program Menjadi pelanggan setia, juga ada kelebihannya yang tersendiri. Program kesetiaan yang dianjurkan oleh Hotels.com adalah antara yang menarik untuk dikongsikan disini.

Setelah menginap 10 malam, anda akan dapat penginapan satu malam percuma, apabila buat tempahan melalui laman web mereka.
 
[10] Pilih hari biasa dan pertengahan bulan Hari biasa seperti Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis selalunya tak ramai orang nak bercuti pada masa tersebut. Lagipun hari-hari tersebut adalah hari bekerja.
 
Jika anda pilih pertengahan bulan, yang mana bulan tersebut tidak ada kena mengena dengan cuti umum mahupun cuti sekolah, anda boleh dapat harga yang lebih rendah.
 
[11] Cari hotel yang menawarkan tawaran penuh Tawaran penuh yang dimaksudkan ini ialah, seperti tawaran tempat letak kereta percuma, sambungan wifi, sarapan pagi dan lain-lain kemudahan.
 
Ada banyak juga hotel-hotel murah yang kita boleh tempah melalui OYO, tidak menyediakan kemudahan yang saya sebutkan tadi. Contohnya kemudahan tempat letak kereta percuma. Kita sama ada terpaksa meletakkan kereta di tempat letak kereta berbayar ataupun terpaksa tanggung risiko dengan meletakkan kereta di tepi-tepi jalan.
 
Mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan hotel yang menawarkan pakej All-In, kerana ia mungkin lebih menjimatkan wang anda, berbanding anda terpaksa dapatkan servis secara berasingan.
 
[12] Buat booking menggunakan kad kredit Untuk tips nombor 12 ini, tak semua kad kredit menawarkan penjimatan ataupun diskaun apabila anda buat tempahan menggunakan kad tersebut.
 
Kena tengok juga, apa jenis kad kredit yang anda gunakan. Ada kad kredit yang membolehkan anda kumpul mata ganjaran, dan mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk booking hotel.
 
[13] Download Apps booking Ada dua apps booking yang mana kalau anda install dan daftar sebagai ahli, anda akan dapat ganjaran dalam bentuk kredit.
 
Pertama, adalah apps OYO. [boleh dimuat turun menerusi pautan ini]

Sebaik sahaja anda install dan daftar sebagai ahli, anda akan menerima RM100 OYO Money yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan bilik hotel.
 
Selain OYO, anda juga boleh dapatkan Travel Credit apabila anda install apps dan register sebagai ahli Airbnb.

Anda daftar melalui link ini jika ingin dapatkan Travel Credit bernilai RM165.
 
Apa nak buat dengan Travel Credit ini nanti? Jawapannya, anda boleh gunakan ia ketika nak buat bayaran. Travel credit ini fungsinya lebih kurang sama macam voucher diskaun. Katakanlah, total booking yang anda kena bayar nanti ialah RM400, dengan adanya travel credit ini, anda hanya perlu bayar RM280 sahaja.
 
Ya, diskaun sebanyak RM120.
 
Selepas anda jadi member Airbnb, anda boleh sertai referral program untuk kumpul lebih banyak travel credit. Sampai satu tahap, anda tak perlu bayar apa-apa untuk tempat penginapan, sebabnya boleh bayar guna travel credit sepenuhnya.
 
[14] Berkawan dan berbaik dengan pemilik hotel Sengaja saya masukkan tips ini, supaya tips yang saya kongsikan disini nampak banyak.
 
Adakah berkawan yang saya maksudkan tu, semata-mata sebab nak dapatkan bilik hotel yang murah? Umpama friend with benefit gitu.
 
Sebenarnya tak juga, biasa kalau kita ada kawan yang merupakan pemilik bisnes hotel, kita akan ada rasa nak support bisnes milik dia. Daripada kita belanjakan duit untuk menginap di hotel orang lain, bukan ke lagi baik kita support bisnes kawan kita sendiri.
 
Dipihak kawan kita tu sendiri, dia juga pasti tak keberatan untuk berikan special deal, atau harga kawan-kawan kepada kita. Sekali lagi, tips ini mungkin tak terpakai kepada anda, dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh nikmati keistimewaan seperti ini.
 
[15] Jadi influencer dan tawarkan khidmat pemasaran Ini merupakan salah satu kelebihan buat individu yang bergelar influencer dan mempunyai follower yang ramai serta responsif dengan sebarang iklan yang dikongsikan.
 
Anda boleh hubungi pihak hotel dan tawarkan khidmat yang anda mampu berikan. Mungkin dengan memberi anda penginapan percuma, sebagai timbal balik, anda akan bantu promosikan hotel tempat anda menginap kepada follower setia anda.
 
Kalau tak dapat penginapan percuma, dapat diskaun 50% pun dah kira bagus juga, kan?
 
Tips tambahan, anda tak semestinya perlu berhubung terus dengan pihak hotel. Boleh juga jalinkan kerjasama dengan pemilik syarikat travel. Mereka ini ada yang boleh taja percutian anda sepenuhnya, atau sebahagiannya dan sebagai ganti, anda kena bantu promosikan syarikat travel milik mereka.
 
[16] Beli bilik hotel dari individu yang tak jadi nak travel Peluang seperti ini memang agak jarang ada. Tapi baru-baru ini, saya temui peluang seumpama ini.
 
Seorang kenalan, yang sebelum ini buat booking hotel melalui Agoda, pada hari dia nak pergi bercuti, tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan.
 
Saya kurang pasti, sama ada tempahan melalui Agoda boleh minta refund ataupun tidak kalau tak jadi travel, tapi melihat kepada tindakan beliau, saya agak mungkin tak boleh refund. Ataupun kalau boleh refund sekalipun, jumlah yang dia akan dapat balik sangatlah sedikit.
 
Jadi apa yang berlaku ialah, dia perlu cari orang untuk ambil alih tempahan tersebut dengan cara tukar nama. Saya ambil alih tempahan tersebut, sebab tawarannya agak menarik.
 
Harga yang dia beli ialah RM180 untuk satu malam. Tapi dia jual semula kepada saya dengan harga lebih rendah iaitu RM150 sahaja.
 
Lepas dah setuju kena pastikan orang yang tak jadi travel tu hubungi Agoda dan pastikan nama pada booking telah pun ditukar kepada nama anda.
 
Kalau booking melalui syarikat OTA yang lain boleh ke buat pertukaran nama macam ni? Yang itu saya kurang pasti, mungkin boleh cuba hubungi mereka dan tanya sendiri atau baca terma dan syarat mereka sebelum beli.
 
Baiklah, demikianlah perkongsian saya tentang tips mendapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah. Jika anda rasakan perkongsian ini bermanfaat, silalah amalkan.
 
Kalau anda inginkan tips yang lebih power, cara untuk dapatkan bilik hotel yang murah serendah RM2 untuk satu malam, anda boleh lanjutkan pembacaan disini.
 
 
The post 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-dapatkan-hotel-dengan-harga-lebih-murah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cari Hotel Murah Guna Dan Amalkan Tips Ini

Nak Cari Hotel Murah Guna Dan Amalkan Tips Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 448 hits
Nak cari hotel yang murah tapi selesa untuk percutian anda Ianya bukan suatu yang mustahil Kalau anda tahu caranya anda memang boleh dapat hotel yang bertaraf lima bintang namun anda hanya perlu bayar sejumlah wang yang minima sahaja untuk ...
Tip Trik Tempah Hotel Dengan Harga Murah Yang Anda Perlu Tahu

Tip Trik Tempah Hotel Dengan Harga Murah Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 413 hits
Tip Trik Tempah Hotel Dengan Harga Murah Yang Anda Perlu Tahu Selain destinasi bagi anda apa yang penting untuk melancong Pasti rata rata daripada anda menjawab tempat penginapan Penginapan yang bagaimana selalu menjadi pilihan anda Adakah ...
Dapatkan Harga Tiket Malaysia Airlines Promotion Murah

Dapatkan Harga Tiket Malaysia Airlines Promotion Murah

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 481 hits
SOURCE appeared first on Dapatkan Harga Tiket Malaysia Airlines Promotion murah Setakat ini terus terang kami boleh katakan Malaysia Airlines tetap dihati setanding dengan Qatar Emirates dan Singapore Airlines Ranking yang dikeluarkan oleh ...
Redmi K30 Versi 4g Turut Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Lebih Murah Berbanding K30 5g

Redmi K30 Versi 4g Turut Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Lebih Murah Berbanding K30 5g

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 716 hits
Redmi K30 5G akan dilancarkan tidak lama lagi Ia adalah peranti 5G pertama Redmi atau peranti 5G ketiga dalam keluarga Xiaomi Ia sudah disahkan akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 765 yang baru sahaja dilancarkan dan juga akan menyokon...
Hanya Pada 12 12 Nova 5t Akan Dijual Rm200 Lebih Murah Dari Harga Asal

Hanya Pada 12 12 Nova 5t Akan Dijual Rm200 Lebih Murah Dari Harga Asal

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 494 hits
Kebiasaannya pengguna akan menjadikan prestasi kamera sebagai salah satu sebab untuk memiliki telefon pintar baru Apa tidaknya mungkin mereka ini inginkan keunikan dalam setiap gambar dan video yang diambil Antara salah satu peranti yang me...
Edhy Prabowo Sebut Biaya Angkut Lebih Mahal 5 Kali Lipat Dari Harga Garam

Edhy Prabowo Sebut Biaya Angkut Lebih Mahal 5 Kali Lipat Dari Harga Garam

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 229 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo ingin para petani tambak di daerah bisa menikmati infrastruktur jalan hingga ke pelosok Sebab buruknya infrastruktur di area pertambakan berakibat pada tingginya ongkos angkut hasil tambak
10 Tempat Penginapan Menarik Unik Di Selangor Dekat Je

10 Tempat Penginapan Menarik Unik Di Selangor Dekat Je

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 814 hits
10 Tempat Penginapan Murah Unik Di Selangor Dekat Je Cuti sekolah datang lagi Ibu ayah mesti tak menang tangan nak rangkakan aktiviti untuk anak anak Ada yang bawa balik kampung ada yang rancang percutian bersama keluarga Bagi yang ingin pe...
Betul Ke Harga Vivo S1 Pro Sangat Murah Dan Berbaloi Untuk Dibeli

Betul Ke Harga Vivo S1 Pro Sangat Murah Dan Berbaloi Untuk Dibeli

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1518 hits
Apa yang menarik dengan Vivo S1 Pro Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan Vivo S1 Pro yang baru dilancarkan pada 3 Disember yang lepas Smartphone Vivo S1 Pro ini mempunyai kamera yang unik dan beber...
Ura Ura Tentang Iphone Se 2 Setakat Ini Lebih Berkuasa Dan Lebih Murah

Ura Ura Tentang Iphone Se 2 Setakat Ini Lebih Berkuasa Dan Lebih Murah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 314 hits
Selama beberapa tahun ini sejak iPhone SE mula dilancarkan pada Mac 2016 legasi iPhone SE masih tidak kunjung tiba walaupun setiap tahun pelabagai ura ura yang telah keluar bahawa iPhone SE 2 akan diperkenalkan Dan kini sekali lagi ura ura ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah