Nak Cari Hotel Murah Guna Dan Amalkan Tips Ini
Nak cari hotel yang murah tapi selesa untuk percutian anda?
Ianya bukan suatu yang mustahil. Kalau anda tahu caranya, anda memang boleh dapat hotel yang bertaraf lima bintang, namun anda hanya perlu bayar sejumlah wang yang minima sahaja untuk tempahan tersebut.
Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk dapatkan hotel mewah tapi dengan harga yang cukup jimat.
Apa yang saya kongsikan dalam posting ini, adalah perkara-perkara yang saya sendiri lakukan untuk dapatkan bilik hotel dengan harga yang menjimatkan.
Ini juga merupakan salah satu “rahsia” bagaimana saya boleh check in di banyak tempat, sedangkan jumlah yang saya kena bayar hanyalah sedikit sahaja. Tanpa membuang lebih banyak masa, saya kongsikan kepada anda, tips bagaimana untuk dapatkan bilik hotel dengan harga yang menjimatkan.
[1] Buat perbandingan harga antara laman web Online Travel Agent (OTA)
Bagaimana cara anda cari tempat penginapan apabila nak pergi bercuti?
Lazimnya, kita akan pilih dulu destinasi percutian, kemudian barulah kita pilih dekat hotel mana kita nak menginap. Bagi memudahkan proses pencarian, kita akan gunakan laman web Online Travel Agent (OTA) bagi mengenalpasti mana satu hotel yang menepati kriteria yang kita mahukan.
Ada banyak contoh laman web OTA yang terdapat diinternet, antaranya
(1) Agoda.com
(2) Booking.com
(3) Hotels.com
(4) Traveloka.com
(5) Expedia.com
(6) Trip.com
(7) hotelscombined.com
(8) Trivago
(9) OYO
(10) Airbnb
Sesetengah orang memang sudah cukup puas hati sekadar buat carian di satu laman web sahaja, misalnya hanya buat carian di Agoda sahaja. Tapi sebenarnya kalau anda buat carian dengan lebih teliti, anda akan dapati ada lagi laman web lain yang mampu memberikan tawaran yang lebih menarik.
Setiap laman web OTA mempunyai promotional campaign mereka yang tersendiri. Untuk hotel yang sama, anda mungkin akan diberikan harga yang berbeza, jika buat tempahan melalui laman web yang berbeza.
Saya nak highlight salah satu kempen promosi yang tak kurang menariknya yang ditawarkan oleh laman web hotels.com
Jika kita jadi pelanggan setia, dan selalu buat booking melalui hotels.com kita boleh dapat ganjaran penginapan percuma untuk satu malam setelah kita buat booking untuk 10 malam melalui hotels.com
Dalam situasi ini, penginapan untuk malam yang ke sebelas, bukan sahaja jadi murah, malahan ianya jadi PERCUMA. Jadi untuk tips yang pertama ini, kena selalu rajinkan diri untuk buat semakan dan perbandingan harga ya.
[2] Buat booking menggunakan Travel Credit ataupun Voucher
Andai kata sebelum ini anda tak pernah buat booking hotel melalui laman web Airbnb, dekat sini saya nak sampaikan berita baik untuk anda.
Khas untuk mereka yang tak pernah guna Airbnb, jika anda daftar sebagai ahli menerusi pautan ini, anda layak untuk tebus Travel Credit bernilai RM165.
Daripada RM165 ini, anda boleh gunakan RM120 untuk buat tempahan bilik hotel dengan syarat kos tempahan ialah RM290 dan keatas, manakala bakinya sebanyak RM45 adalah untuk tempahan pengalaman ataupun experience di Airbnb.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, dekat Airbnb ni kita boleh tempah hotel ke?
Oh mestilah boleh. Kita bukan setakat boleh buat tempahan homestay semata-mata, tapi nak cari hotel pun ada macam-macam pilihan.
Mari saya tunjukkan cara mudah untuk cari hotel di Airbnb. Mula-mula kita buka laman web atau apps Airbnb dan pilihlah destinasi yang kita ingin tuju.
Dalam contoh ini, saya pilih untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
Setelah pilih lokasi, seterusnya klik pada filters dan cari Property type.
Memandangkan saya nak cari hotel, maka saya tick pada Hotel dan Boutique Hotel sahaja. Lain-lain jenis tempat penginapan tidak akan dipaparkan apabila kita telah tetapkan hanya ingin menginap di hotel.
Hasilnya adalah seperti dibawah.
Ada banyak juga hotel murah yang harganya dibawah RM100.
Bila buat bayaran, guna pula Travel Credit, jadilah makin murah. Airbnb ni pula ada anjurkan referral program, yang mana sebagai ahli kita boleh berikan Travel Credit kepada kenalan kita, dan jika mereka itu mendaftar sebagai ahli dan pergi bercuti, kita akan dapat Travel Credit tambahan dari Airbnb.
Kumpullah Travel Credit ini sebanyak mungkin. Nanti bila dah banyak, bolehlah bercuti sakan.
[3] Cari lokasi yang jauh sedikit dengan tempat tumpuan pelancong
Faktor lokasi juga memainkan peranan dalam menentukan kadar sewaan sesebuah hotel. Lazimnya, hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong, harganya lebih tinggi berbanding dengan hotel yang terletak dikawasan yang agak jauh.
Walaupun saya katakan agak jauh, tapi anda pun kenalah pandai-pandai pilih lokasi yang tak terlalu jauh. Cuba tengok screenshot dibawah ini.
Pantai Cenang di Langkawi adalah merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong. Jadi, hotel disekitar situ memang agak mahal harganya. Kalau bilik yang mengadap pantai, harganya lebih mahal berbanding bilik yang mengadap jalanraya.
Tapi kalau anda tak kisah untuk pilih lokasi yang jauh sedikit daripada kawasan tumpuan, anda boleh dapat harga yang lebih rendah lagi jimat.
[4] Sertai Program Affiliate dan buat booking menggunakan link affiliate sendiri
Salah satu cara untuk laman web OTA mendapatkan lebih ramai pelanggan adalah dengan menganjurkan program affiliate.
Menerusi program affiliate ini, orang biasa macam kita, yang mungkin tak ada langsung latar belakang dalam bidang pemasaran pun boleh join dan jadi ejen. Kerjanya bukannya susah sangat, hanya perlu kongsikan link affiliate dan bila ada orang klik pada link kita lalu buat tempahan, kita akan dibayar komisen.
Kalau booking bernilai USD200 dan komisen kita adalah sebanyak 5%, dari situ kita akan dapat komisen sebanyak USD10. Macam kita di Malaysia ni, gantikan sahaja USD tu kepada RM.
Andai kata anda minat nak sertai program affiliate yang dianjurkan oleh Agoda, boleh ke laman web ini untuk buat pendaftaran.
Boleh dikatakan setiap laman web OTA ada tawarkan program affiliate, cuma bezanya adalah dari segi syarat penyertaan. Ada yang mudah untuk disertai dan mudah untuk dapat kelulusan, dan ada juga yang meletakkan syarat yang agak ketat.
Kalau anda rasa macam leceh nak join banyak-banyak, boleh juga join program affiliate melalui platform Involve Asia ini. Anda boleh daftar program Involve Asia disini.
Hanya perlu buat satu akaun di Involve Asia, dan seterusnya anda sudah boleh promosikan macam-macam laman web OTA.
Masa nak buat tempahan tu, pastikan anda buat tempahan menggunakan link affiliate anda sendiri. Dalam situasi ini, penjimatan itu akan diperolehi dalam bentuk komisen affiliate yang terhasil daripada booking tersebut.
[5] Buat tempahan menerusi laman web Shopback
Kalau anda buat booking melalui laman web Shopback, anda akan dapat balik duit yang anda gunakan untuk buat bayaran dalam peratusan tertentu, dalam bentuk cash back.
Lihat pada screenshot dibawah.
Anda akan memperolehi cash back mengikut peratusan seperti berikut.
(1) Booking.com 9.0% cashback
(2) Expedia 6.0% cashback
(3) Agoda 5.0% cashback
(4) Traveloka 5.0% cashback
(5) Hotels.com 4.0% cashback
(6) Accor Hotels 6.0% cashback
(7) Trip.com 8.0% cashback
(8) Airbnb.com RM15 cash back
Untuk melayakkan anda memperoleh wang balik atau cash back seperti ini, anda perlu daftar dulu sebagai ahli di laman web Shopback Malaysia melalui pautan ini.
[6] Pilih untuk bercuti pada hari biasa dan pertengahan bulan
Hari biasa atau pertengahan bulan ini boleh dikatakan sebagai low season.
Waktu-waktu seperti ini memang tak ramai orang yang nak pergi bercuti. Kalau kita check in pun, kita boleh rasa suasana sekitar hotel yang agak sunyi. Pada waktu seperti ini, caj penginapan akan jadi lebih rendah berbanding ketika peak season.
Kalau nak berjimat, masa inilah masa yang terbaik untuk buat booking hotel.
[7] Pilih hotel yang tawarkan pakej All-In
Kadang-kadang perbelanjaan sampingan yang kita perlu keluarkan setelah membuat tempahan bilik hotel, menjadikan kos percutian kita jadi makin mahal.
Maka sebab itu, ada baiknya untuk kita pilih tempat penginapan yang menawarkan pakej all in, seperti ada tempat letak kereta percuma, wifi percuma, dan juga sarapan pagi percuma.
Sesetengah hotel menyediakan sarapan pagi dengan konsep buffet, dan kita boleh makan sepuas-puasnya. Kalau waktu pagi kita dah ambil heavy breakfast, kalau nak skip lunch pun tak ada masalah.
So macam mana? Ada antara tips yang saya kongsikan ini yang berguna untuk anda? Kalau rasa tips ni masih tak cukup, ada banyak lagi tips yang saya pernah kongsikan sebelum ini, khusus untuk dapatkan bilik hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih rendah.
Jemput baca disini: 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah
The post Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini appeared first on Xplorasi Destinasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://xplorasidestinasi.com/nak-cari-hotel-murah/