5 Cara Puasa Dapat Menggandakan Produktiviti Kita


Ramadan mungkin menjadi satu masa yang paling mencabar untuk kita menjadi produktif.
Bukan sahaja kita diminta meneruskan kehidupan normal kita (bekerja, belajar, memenuhi keperluan keluarga) tetapi kita juga perlu meluangkan separuh hari dalam keadaan berpuasa..
… dan separuh lagi dengan solat malam serta membaca al-Quran.
Ia amat sukar dan memerlukan kreativiti kita untuk terus-menerus mengekalkan produktiviti sambil beribadah.
Artikel ini adalah petikan terjemahan daripada tulisan Mohamed Faris dalam buku yang berjudul The Productive Muslim

Adakah Berpuasa Membunuh Produktiviti? Apabila kita berfikir tentang puasa dan produktiviti, kedua-duanya seakan bertentangan!
Bagaimana kita harus fokus dan menjadi produktif ketika kita sedang lapar dan dahaga untuk tempoh yang lama?
Sebenarnya, terdapat satu hubungan yang menarik antara berpuasa dan produktiviti yang mungkin kita tidak sedari.
Berpuasa memberikan kita suatu rasa tujuan dan tanggungjawab (sense of purpose and responsibility) — ia memaksa kita untuk membuat pilihan yang bijak bagi mengelak kita membuang tenaga untuk perkara remeh dan membuang masa.
Di sini digariskan lima cara bagaimana puasa dapat menggandakan produktiviti:
1. Kita menjadi semakin peka dengan perangai dan corak pemikiran kita. Tiga hari pertama berpuasa, kita akan menyedari betapa banyak perhatian yang kita diberikan kepada perkara yang kita lakukan.
Ini kerana berpuasa menjadikan kita lebih peka akan Allah dan diri kita.
Perasaan ‘kesedaran’ ini membolehkan kita membuang segala amalan tidak produktif kerana kita yang akan ‘menangkap’ diri kita sendiri ketika sedang melakukannya.
2. Puasa akan membantu kita memecahkan tabiat (breaking habits) Tabiat tidak produktif ini ialah perbuatan-perbuatan yang dilakukan secara kerap sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Bila kita menahan diri daripada mendapatkan keperluan asas dan fitrah seperti makan dan minum, maka kita akan menyedari yang kita juga akan turut mempunyai kekuatan untuk menghentikan tabiat buruk yang kita sangka “perlu” (ramai orang Islam berhenti merokok pada bulan ini).
Kita dapat melihat kekuatan sebenar minda serta hati ketika Ramadan dan kita akan sentiasa diingatkan bahawa kita wajib untuk berbuat lebih banyak kebaikan dan mengurangkan  perkara buruk.
Jadi, tabiat apakah yang kita sanggup lakukan dan yang mana kita akan buang?
3. Berpuasa akan membantu kita kita mengurangkan ketagihan kopi dan snek Jika kita fikirkan tentangnya, kita sebenarnya meluangkan banyak masa untuk makan.
Secara purata, kita mengambil masa selama 15 hingga 30 minit untuk mendapatkan semula fokus selepas kita diganggu dengan masa rehat ini (waktu kopi dan snek)
Fakta mudahnya, jika kita tidak mengganggu fokus kerja kita dengan rehat makan snek, maka kerja kita akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
Ini akan memberikan kita lebih banyak masa luang.
4. Berpuasa akan menambahbaik daya tumpuan dan fokus Ketika kita menjadi lebih peka dengan aktiviti dan tenaga kita, kita akan menjadi lebih peka dalam mengurus kedua-duanya.
Apabila kita belajar untuk berkata “tidak” pada setiap keinginan, kita sebenarnya sedang meningkatkan dan menguatkan kawalan minda kita terhadap tubuh kita.
Apabila  kita berjaya mendisiplinkan diri kita untuk masa tertentu, kita akan dapat mengawal nafsu dan tubuh badan kita semula.
Untuk melakukannya, kita perlu mula memecahkan sempadan minda yang menghalang kita.
5. Puasa membolehkan tubuh kita memulakan proses penyembuhan Jika kita mempunyai masalah kesihatan, amalan berpuasa diperlukan untuk mengembalikan tubuh kita kepada keadaan yang sesuai bagi proses penyembuhan .
Apabila kita fikirkan semula keadaan semasa kita sakit, kita akan teringat betapa kurangnya selera kita.
Ini perlu agar tubuh kita boleh mengambil manfaat untuk setiap tenaga ketika proses rawatan berlangsung.
Juga, kita akan terasa lebih muda dan sihat.
Salah satu manfaat berpuasa adalah ia menambahbaik otot ketekadan (willpower muscle) kita.
Roy F. Baumeister, ahli psikologi di University state of Florida, yang menjadi penulis bersama sebuah buku yang menyentuh subjek ini, telah mengkaji bagaimana tekad (willpower) menjadi satu sumber yang tidak terhingga untuk hari kita.
Dia mendefinisikan tekad sebagai “kebolehan untuk menahan godaan dan mengutamakan manfaat jangka masa panjang berbanding keselesaan jangka masa pendek”.
Ini adalah apa yang puasa dapat berikan kepada kita.
Ia memaksa kita untuk menahan godaan (makanan, minuman, seks) dan membuatkan kita memilih kebaikan jangka masa panjang (ganjaran spiritual) berbanding keselesaan jangka pendek.
Perkara menarik yang ditemui adalah bahawa tekad itu ibarat suatu otot.
Ia boleh dilatih dan dikuatkan melalui latihan serta iltizam.
Jadi bayangkan apa yang puasa 30 hari dapat berikan kepada kuasa tekad kita.
 
Penutup: puasa sebenarnya menggandakan produktiviti Terdapat banyak kebaikan berpuasa, namun kita menjadi kurang produktif dengan beralasan kita tidak mempunyai akses kepada sumber tenaga pada siang hari.
Saya harap artikel ini dapat membuktikan bahawa puasa sebenarnya menggandakan produktiviti kita dan kita patut melakukannya dengan lebih kerap pada bulan-bulan di luar Ramadan juga.
The post 5 Cara Puasa Dapat Menggandakan Produktiviti Kita appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/produktiviti/puasa-produktiviti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Lafaz Niat Puasa

Cara Lafaz Niat Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1255 hits
Rukun puasa mudah sahaja Ada dua rukun puasa Niat Menahan diri daripada makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa Niat puasa adalah di hati Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat Ia hanya sekadar lafaz sahaja Jadi yang dia...
Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis Ketayap Kaswi Dan Karipap

Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis Ketayap Kaswi Dan Karipap

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1858 hits
Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis Ketayap Kaswi Dan Karipap Bercerita tentang juadah berbuka puasa hari ni kami shopping kuih muih tradisional lagi Mana taknya kuih muih ni nampak sedap dan cantik pulak tu Rugi kalau tak beli Lagipun ...
Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 557 hits
Sebelum memasuki bulan suci ramdhan ada baiknya kita kembali bersihkan diri dengan melakukan mandi wajib Berikut tata cara mandi wajib jelang puasa ramadhan hal ini agar kita semakin khusyuk dalam menjalani ibadah puasa ramadhan Mandi wajib...
Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa

Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 362 hits
Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa Alhamdulillah Dah masuk puasa hari ketiga Masih kekal sihat di bulan puasa ni Sebelum puasa hari tu umi ada keluarkan entry tentang PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN YANG PERLU KITA TAHU So kita perlu tahu apa ya...
Begini 5 Cara Mencegah Asam Lambung Naik Saat Puasa Ramadhan

Begini 5 Cara Mencegah Asam Lambung Naik Saat Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 457 hits
Senyumperawat com Salah satu problem pada lambung sebagian orang yang belum terbiasa puasa adalah nyeri lambung Oleh karena itu biasanya sebelum puasa biasanya banyak yang berbondong membeli obat maag di warung Nah alangkah lebih baik pula ...
Cara Membuat Salad Buah Segar Yang Enak Untuk Berbuka Puasa

Cara Membuat Salad Buah Segar Yang Enak Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 524 hits
Cara membuat salad buah segar yang enak untuk berbuka puasa Mau yang legit dengan saus mayo atau salad buah sehat degan greek yoghurt yang rendah kalori
Ini Cara Konsumsi Mie Instan Yang Tepat Buat Santap Sahur Dan Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Ini Cara Konsumsi Mie Instan Yang Tepat Buat Santap Sahur Dan Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 459 hits
Tidak bisa dipungkiri bahwa banyak orang yang menggemari mie instan sebagai sajian baik berbuka maupun bersantap sahur Tentu saja dengan alasan praktis dan siap saji mie instan menjelma jadi primadona Walaupun tidak sedikit pula ada anggapa...
Tafsir Ayat Puasa Niat Dan Tata Cara I Tikaf

Tafsir Ayat Puasa Niat Dan Tata Cara I Tikaf

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 345 hits
Bagaimanakah niat dan cara i tikaf Kita bisa kaji kembali dari Surah Al Baqarah ayat 187 Posting ditampilkan lebih awal di
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket