5 Aneka Roti Bijirin Gebu Lembut Tapi Rangup Jom Ikut Cara Membuatnya


Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )20gm Tepung susu lemak penuh8gm Garam halus50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi11gm Yis kering5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan450gm Air sejuk120gm Serat gandum kasar20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada rotiCARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Roti yang menyihatkan
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )30gm Tepung susu lemak penuh8gm Garam halus50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi11gm Yis kering5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan450gm Air sejuk50gm Serat Gandum kasar150gm – Bijian Campuran – 7 jenis20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada rotiCARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )8gm Garam halus50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi11gm Yis kering5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan250gm Air sejuk30gm serbuk teh hijau50ml Espresso Double ShotCARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )30gm Tepung susu lemak penuh8gm Garam halus60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi11gm Yis kering5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan350gm Air sejuk150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )150gm Oat100gm Madu1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )30gm Tepung susu lemak penuh8gm Garam halus50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi11gm Yis kering5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan350gm Air sejuk30gm Black Charcoal Powder20gm Brown Malt FlourCARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef:  Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/5-aneka-roti-bijirin-gebu-lembut-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Stres Jom Diet Pelbagai Cara

Jangan Stres Jom Diet Pelbagai Cara

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 333 hits
Jangan Stres Jom Diet Pelbagai Cara Susahnya nak displinkan diri dalam berdiet Mungkin hari ini kita makan sedikit esok lusa lupa lah pulak Jadual diet pun dah tungang langgang Hihi Ehsan GoogleUntuk sihat perlukan pengorbanan yang tinggi t...
Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 950 hits
Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu Entri yang telah diedit zaman bila lagi entri ini Teringat ingat pulak kek coklat ni sebab lembut sangat walaupun tak guna telur Salam semua Sihat semua masih mood beray...
Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan Hati Hati Pilih Nama Anak Ikut Panduan Ini

Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan Hati Hati Pilih Nama Anak Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 405 hits
Bila tahu jantina bayi dalam kandungan mama papa pun akan menyediakan senarai nama pilihan untuk bayi bakal lahir Sedap sekali bunyinya tapi adalah ia mempunyai maksud yang baik Nama diibaratkan doa yang akan diulang sebut boleh mempengaruh...
Basuh Beras Ikut Lawan Jam Amalkan Doa Ni Boleh Lembut Hati Anak Suami

Basuh Beras Ikut Lawan Jam Amalkan Doa Ni Boleh Lembut Hati Anak Suami

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 460 hits
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh Tetapi kadangkala bukannya kita tidak tahu tetapi selalu terlepas pandang benda yang kecil ini Ya ianya nampak kecil tetap...
Roti Sosej Pintal Tak Sesusah Mana Pun Buatnya Jom Ajak Anak Ke Dapur

Roti Sosej Pintal Tak Sesusah Mana Pun Buatnya Jom Ajak Anak Ke Dapur

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 466 hits
Esok Ahad masih cuti lagi Jom kita meroti Ni dia resipi roti sosej pintal yang biasa korang nampak kat kedai bakeri Nak letak atau tambah sos cili dan mayonis pun boleh jugak Bagi penggemar keju bolehlah tabur keju mozzarella atasnya Kita y...
Saya Dah Ikut Semua Peraturan Tapi Salur Darah Terputus Selepas Terhempas Kuat Ketika Main Gelongsor Air Ekstrem

Saya Dah Ikut Semua Peraturan Tapi Salur Darah Terputus Selepas Terhempas Kuat Ketika Main Gelongsor Air Ekstrem

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 250 hits
The ReporterSalur darah seorang pelancong British terputus selepas terhempas kuat ketika menaiki gelongsor air ekstrem di Taman Air Aqua Paradise di Nessebar Bulgaria Mangsa Jade Graves 29 mendakwa dirinya terhempas ke dalam kolam itu pada ...
Bosan Nasi Roti Cuba Steam Egg Pasta Cara Buatnya Sempoi Guna 6 Bahan

Bosan Nasi Roti Cuba Steam Egg Pasta Cara Buatnya Sempoi Guna 6 Bahan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 389 hits
Selalu terbiasa dengan hidangan nasi mi dan roti anak pun boleh jemu Bila anak kurang selera ibu pasti akan risau Tak salah sekali sekala bolehlah tukarkan menu pasta pula Perkongsian resipi pasta daripada nampak enak Sesuai bagi anak anak ...
Bagaimana Cara Perusahaan Memberikan Asuransi Untuk Karyawan

Bagaimana Cara Perusahaan Memberikan Asuransi Untuk Karyawan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 237 hits
Setiap perusahaan kecil pasti tidak ingin menjadi perusahaan kecil secara terus menerus Semakin lama Anda sebagai pemilik perusahaan ingin menjadi Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Cara Masak Mee Goreng Simple

Cara Masak Mee Goreng Simple

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 345 hits
hi there dah alang alang buat mee goreng senang laju dan pantas tadi tengahari so jomlah kongsi resepi di blog almaklumlah walaupun jadi surirumah tapi busy byk kerja tak menang tangan weh so masak pun harus cepat secepatnya sebelum baby Na...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally