4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras Favourite Zaman Berzaman


Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yang terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan ialah kuih yang menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati di negara kita.
Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sebagainya. Yang pastinya bahannya murah tapi dari segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.
foto : HargaCampur.Com
Pemilik KUEH Kafe, Mohamad Ezwan Mohamad Zain sudi berkongsi keenakan kuih di kafenya ,seksyen 13, Shah Alam. Esok cuti kan jom kita cuba esok, .
1.PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras1 cawan tepung pulut1 cawan air1 cawan gula halus atau kasterKain kasa/ kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukusBahan inti :
Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracikCARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut.
2. Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul.
3. Kisar kering hingga halus dan ayak.
4. Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi.
5. Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih
6. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja.
7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya.
8. Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.
INFO : Versi inti asal putu tradisional dari Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yang sudah mengubahsuai inti dengan gula kabung atau gula Melaka untuk rasa yang manis
2. KUIH LAPIS PELANGI
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan tepung gandum1 1/2 tepung beras1/2 cawan tepung ubi1 1/2 cawan gula pasir8 cawan santan sederhana pekat (dari 1 1/2 biji kelapa parut)1 sudu kecil garam1/2 sudu teh esen ros
Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)CARA MEMASAK :
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yang berlainan.
3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.
4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit hingga masak.
5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dengan tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih.
8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.
INFO : Pastikan setiap lapisan yang dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yang tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur
dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.
3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung berasSecubit kapur makan2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar1 sudu teh gula bagi setiap bekasBahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras2 1/2 cawan santanSecubit garamCARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
4. KUIH TOPI
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula2 cawan airSecubit garam2 cawan tepung gandum1 cawan tepung berasCARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/4-kuih-muih-tradisional-dari-tepung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Bengkang Tepung Beras Lemak Lemak Manis Memang Jadi Kegemaran Ramai

Resipi Bengkang Tepung Beras Lemak Lemak Manis Memang Jadi Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 428 hits
Walau hebat mana kuih moden tidak mampu melawan keenakan kuih lama yang sememangnya punyai keistimewaan yang tiada tandingan Mungkin agak remeh membuatnya berbanding kuih moden tetapi rasanya memang tidak boleh dipertikaikan Seperti kuih be...
Singgah Rasa Kuih Tradisional Lombok Dan Singgah Di Sawah Padi Menguning

Singgah Rasa Kuih Tradisional Lombok Dan Singgah Di Sawah Padi Menguning

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1159 hits
Assalamulaikum dan Selamat Petang Hai reader semua Ini adalah cerita sambungan explore Lombok sebelum Bonde sampai dekat Benang Kelambu Waterfall Buyung ada bawa kami untuk merasai kuih tradisional Lombok Kami ni Bab Makan of coz teruja nak...
Kamera Aes Ph Kini Maqasid Syariah Zaman Bn Tidak Tuan Ibrahim

Kamera Aes Ph Kini Maqasid Syariah Zaman Bn Tidak Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 362 hits
KANGAR 11 Feb Kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara Hasanuddin Mohd Yunus bahawa pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik menepati maqasid syariah terus dipertikai pelbagai pihak Terbaharu Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibr...
Blog Politik Popular Sebelum Zaman Kejatuhan

Blog Politik Popular Sebelum Zaman Kejatuhan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 355 hits
Sebelum media sosial seperti Facebook Instagram dan Twitter menjadi wadah utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan politik wujudnya banyak blog dan portal berkaitan politik pada awal 2000 an sehingga 2015 Pada waktu itu biasanya blog dan...
Hayatilah 13 Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman Rileks Media

Hayatilah 13 Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 337 hits
Ketika melalui proses Israk Rasulullah saw dibawa berjalan melalui pelbagai peristiwa yang perlu diterjemahkan oleh Malaikat Jibrail apa pengertiannya Berikut adalah 13 peristiwa yang dialami Rasulullah saw sebagai panduan kepada kita sebag...
Zaman Ke 4 9148

Zaman Ke 4 9148

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 371 hits
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM TELAH SAH KITA SEKARANG BERADA DI ZAMAN KE 4 SEPERTI YG DI NYATAKAN OLEH RASUL SAW Tidak terasa kita hidup dipenghujung Zaman Rasul SAW Berkata ZAMAN ITU DI BAGI KEPADA 5 1 Zaman Nubuwwah 2 Zaman Khilafah 1 3 Zaman ...
Jangan Tertipu Dengan Dakwah Akhir Zaman

Jangan Tertipu Dengan Dakwah Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1109 hits
Manusia zaman akhir banyak tertipu dengan penampilan dan kuantitas tanpa esensi dan kualitas Mereka mengagungkan pakaian jubah dan serban tanpa memperdulikan siapa yang mengenakan Mendewakan sunnah berjenggot dan bersiwak dan melupakan sunn...
Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Aquarius Career Horoscope December 2021

Xhensa And The Whispering Stones A Tale Of Courage Curiosity And Talking Rocks

Leo Promise Report 2021

Mighty White Blackpepper Chicken Bun

10 Health Benefits Of Cashew Nuts


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Mengenal Pesona Kerajinan Tangan Bali Keunikan Dan Daya Tarik Wisata Yang Memikat

Fakultas Matematika Dan Ilmu Pengetahuan Alam Jantung Ilmu Pengetahuan Dan Teknologi

Barakallah Fii Umrik Along

Surrender Polisi Medical Card Aia Yang Semakin Mahal

Abbott Melancarkan Kempen Glucerna Startswithyou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar