3h 2m Di Bangkok Thailand Maeklong Railway Market Chatuchak Weekend Market


Thailand | 3h 2m di Bangkok - Maeklong Railway Market & Chatuchak Weekend Market| Percutian kali ini bersama kakak, anak sulung yang sukar untuk bergerak bersama lagi because of her nature of work. Ye wak, anak kite dah kerja maknanya kite takdelah muda mana...tidak juga tua sebab masih berkhidmat dapat gaji bulan bulan juga masih aktif 'mengukur jalan' dan sekali-sekala panjat bukit #NotYourOrdinaryMakcik gituhh..
Perancangan awalnya kalau dia dapat bercuti panjang kami nak bawa dia masuk Hatyai-Phattalung selepas Eidul Adha 1445H tetapi cutinya lulus hanya untuk 21-23hb sahaja makan aku bawalah dia ke Bangkok berdua je.
Aku sebenarnya tak berhajat beli simkad baharu tapi beli jugalah bila berjalan dengan kakak. 3h 2m sangat singkat nak melawat banyak tempat, ada masa perlukan servis Bolt (macam Grab apps) untuk mempercepatkan perjalanan. Beli simkad AIS 299 baht di Don Mueng Airport eh..hari kedua dah habis. Top-up lagi 50 baht. Next time nak roaming je lah baru RM25 tiga hari.
Malam tu kami ke pasar malam Pratunam sebelum makan malam di Samat Muslim Food. Restoran ni dekat dengan ARL Rachaprop. Dalam perjalanan balik ke hotel kakak singgah berurut manakala aku mereput tunggu. Perut kenyang sangat kang muntah pula kena kepak badan.


Dua malam di Oriental Smile Hotel
Kakak dari time booking lebih berminat tidur hotel yang gah. Aku pula seorang yang praktikal, dari pagi keluar malam baru balik nak buat apa sewa tempat mahal? Yang penting ada air-cond, easy access to public transport and clean attached toilet. Kalau betul betul menggunakan fasiliti yang disediakan aku ok jer bayar lebih sikit untuk penginapan yang selesa bila bersama keluarga. Contohnya Nhan Moddang resort di Phattalung (belum diceritakan lagi road trip kali pertama kami tahun 2022 dahulu). Bilik cantik bentuk sarang tempua, breakfast dihantar ke bilik, kami berkayak dan anak-anak main water slide. Berbaloi bayar rm230++ sebilik semalam. Rasa nak stay dua malam.
Small family hotel ni 10 minit berjalan kaki ke ARL Rachaprop. Keluar hotel ke kanan- kiri sampai simpang empat- kanan lagi. Jalan ke depan sikit jumpa Restoran Samat Muslim di kanan dan Pratunam di depan lagi.
Dari hotel ke kanan- kanan, akan membawa ke BTS Phaya Thai.
Dari hotel ke kiri- kiri, akan membawa ke BTS Victory Monument. Idoklah dekat sangat pun. Kat jalan ni banyak kedai urut. Melintas jalan terus ke depan, ada kedai dobi. Nak seterika baju boleh upah 20 baht.
Sebelah kiri hotel ni ada hotel cantik- True Siam Hotel, kat simpang hujung sana DePrime@Rangnam dan Picnic Hotel. Dari simpang ni terus ke kiri menuju BTS Victory Monument ada Century the Movie Plaza.
Haa...panjang lebar direction aku bagi tu kalau tak jelas juga tak tahulah.


Hari Kedua | Maeklong Railway Market
Aku dah dua kali ke sini. Pertama kali pergi sendiri santai santai je, kali kedua dianjurkan TAT. Bangun awal dah tapi agak lambat juga keluar. Sekarang nak pergi ke pasar popular di kalangan pelancong dan rakyat tempatan, Maeklong Railway Market (Talad Rom Hub) di Samut Songkhram, kena naik minibus (van) di Sai Tai Mai (Southern Bus Station). Jauh dari bandar dan 73km ke MRM. Sepatutnya sejam lapan minit je.
Van bergerak jam 10.20 pagi dengan tiket 100 bath. Ada kaunter satu lagi tiket 60 bath tapi van gerak jam 11 pagi. Lambert.
Yang buat aku sakit hati kami diturunkan tepi highway dan disuruh berjalan ke MRM tengah panas tu. Hah?? Dua kali pemandu tu ulang suruh melintas jalan guna jejantas dan berjalan kaki ke sana. Ya Allah bapak jauh.. Kenapa tak bagitau masa beli tiket? Bengangnya lah. nasib baik ada tuktuk di hujung sana. Dia caj THB30 seorang kami setuju je lah. 

Sai Tai Mai atau Southern Bus Station. Untuk perjalanan jauh seperti Hatyai/Phuket/Krabi/Chumpon/Ranong/Surat Thani, kaunter tiketnya di tingkat atas. Van ke Samut Songkhram di belakang.

Di belakang ni kaunter tiket berkonsep terbuka. Jenuh berbahang kerja lapan jam.

Diturunkan kami di sini dan disuruh berjalan kaki. Takde pula memana review atau blogpost mengatakan kena turun tepi hignway. Hanets. 

Merasalah dia naik MRT-bas-van-tuk tuk-skytrain-3 wheeler hari ini. Hebat mak kau, kak.
Kami dah terlepas tiga keretapi. Memula fikir nak ke Amphawa floating market dulu lepas tu patah balik sebab AFM cuma 7.4km je tapi lepas berjalan-jalan tengok souvenir, selepas dicongak takut tak sempat pula. kami cari kedai makanan muslim tapi belum buka hmm...dahlah dari pagi tak makan lansung. 
Kedai berlapis di pekan ni dan banyak sekali kedai emas kat sini weh 😍😍😍 Setahu aku orang Thailand pakai emas 965 tak seperti kita pakai barangan perhiasan emas mutu 916. Ya Allah kalau berjalan seorang memang aku jejak semua kedai emas hahahha... Anak aku bagi masuk satu kedai je, satu kedai lagi intai dari luar. Walaupun tahu mahal disebabkan nilai mawatang Malaysia yang masih belum pulih tapi kalau ada yang berkenan beli je lah buat kenangan. In the long term insyaAllah akan untung juga. Aku tengah kemaruk emas sekarang ni dah macam acik acik sangat hahaha..
Sudahnya kami masuk ke Train Cafe tepi landasan tu minum coconut shake. Mango sticky rice habis pula hmmm lagi sekali hahahahah...
Mendekati 2.30 petang dari dalam kafe aku nampak semakin ramai orang di landasan. Landasan yang tadinya lengang terus padat dengan pelancong. Tepat waktu yang dijangkakan kereta api 2.30 petang pun tiba.  Puaslah hati kakak dapat tengok dan ambil video walaupun berdiri di lapisan kedua. Seronok tengok kereta api lalu di pasar aktif. Bila sampai masanya semua payung/bumbung ditarik untuk memberi laluan kepada keretapi. Slow je kereta api gerak dan terjerit-jeritlah pekedai dan polis (ke jaga?) suruh kami berada di belakang tali. Degil jugalah pelancong-pelancong kat sana hahaha...

Recreate photo

Kereta api parkir di sini.
Shopping dulu sebelum kereta api datang.


Foto Tourism Authority of Thailand.
Betapa dekatnya jarak.
Elok ekor keretapi berlalu kain teduhan ditarik semula dan barangan jualan disusun. Pantas dan menarik!Selesai saja acara yang ditunggu-tunggu kami pun bergegas ke stesen minibus beli tiket van ke Bangkok pukul 3 petang. Van dari sini pun mungkin setiap 40 minit sekali dengan tambang THB100.
Lali tidur sampai bandar Bangkok hehehe...


Jadual Ketibaan & Bertolak Kereta Api

Chatuchak Weekend Market
Kami tersedar dari tidur bila pemandu jerit Chatuchak! Chatuchak! 😇 Mujur sedar.
Tempat pertama yang kami tuju ialah kedai makan! Lapaq gila. Kedai tertulis Muslim Food di Chatuchak Market di section 12 Soi 2 menjual makanan dengan harga yang sangat berpatutan. Nasi beriyani hanya 50 baht. Semoga murah rezeki dia. 
Kemudian kami jalan-jalan cari souvenir. Tak banyak pun beli dan tak habis pusing kawasan tu pun.
Bila nampak kedai ni terus masuk lorong tu untuk ke kedai makanan halal.
Alamat kedai muslim food kat atas tu.
Cantik cantik cushion cover kat kedai ni.
Barangan kraf diperbuat daripada tin minuman ringan terpakai. Orang Thai memang kreatif.

Melawat pusat membeli-belah di Bangkok
Selepas tu kami naik skytrain turun di BTS Siam dengan tambang 47 baht. Dalam empat kali lawatan ke Bangkok tahun tahun sebelumnya aku tak pernah masuk ke shopping malls yang besar dah gah ni sebab sibuk ke tempat lain seperti Kanchanaburi, Pattaya, Lopburi, Cha Am dan sebagainya. Ada Siam Paragon, Siam Centre, Siam Discovery, Siam Square...Mahboonkrong (MBK mall) pun walking distance tapi kalau nak naik skytrain juga turun di BTS National Stadium. Aku pernah masuk ke Central World aje. Shopping malls di bangkok jauh lagi best daripada KL; besar, berdekatan antara satu sama lain, banyak pilihan. Heaven untuk orang yang badannya saiz standard. Yang badannya saiz standard Malaysia (terobes di Asia Tenggara) susah sikit hahahhaha.. takpelah kan, jimat duit (pujuk hati sendiri).

Pusat membeli-belah Siam Paragon. Sebelahnya pun shopping mall juga.
Eh kakak nak makan lagi...padahal pukul enam tadi dah makan di Chatuchak Market. Nak phadthai katanya. Jadi kami cuba restoran Phrigkiao di hadapan/sebelah Novotel Siam Square. Sedak dooh!
Restoran halal bersebelahan/depan Novotel Siam Centre.
Untuk memenuhi salah satu hajat ke Bangkok buat kali keduanya kami ke pusat urut berdekatan. Power betullah tukang urut aku tu. Aku ambil Thai massage, sambil urut dia cakap sepatutnya ambil oil massage, jangan kira harga tapi ambil yang bagus sebab nak lembutkan tendon...begitulah lebih kurang. Dia selalu suruh aku relaks dan tepuk tepuk manja di kaki bila terasa keras. Bukan aku tak relaks, aku memang penat sungguh dan kaki hampir cramp masa naik tangga stesen skytrain 😑Balik tu naik tuktuk bila susah dapat Bolt. Janji 80 baht bila dah sampai alih alih nak kelepet 100 bath. Memang tak setuju la, bukan sebab berkira tapi kita usaha mengelakkan penipuan dan tidak menyokong tourist trap.
Bersambung..




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/07/3h-2m-di-bangkok-thailand-maeklong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Restoran Makanan Halal Di Bangkok 2024

Thailand Restoran Makanan Halal Di Bangkok 2024

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 273 hits
Thailand Restoran Makanan Halal Di Bangkok 2024 Assalamualaikum semua Bersempena dengan percutian ke Bangkok di sini aku senaraikan tempat makan halal Ada yang dah pernah ditulis dulu ada juga yang baharu yang aku tak jumpa pun memana page ...
Three Detained Following Disturbance At Sibu Night Market

Three Detained Following Disturbance At Sibu Night Market

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 145 hits
Three men were detained by police following a disturbance at a night market on Jalan Cross last night File picSIBU Three men were detained by police following a disturbance at a night market on Jalan Cross last night Sibu police chief Assis...
Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Thailand Pastikan Dokumen Anda Cukup

Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Thailand Pastikan Dokumen Anda Cukup

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraNegara Thailand dilaporkan menerima jumlah kedatangan pelancong sebanyak 28 juta pada tahun 2023 dan jumlah pelancong terbesarnya datang dari negara Malaysia Perlu diakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya...
Jjcm Betong Thailand

Jjcm Betong Thailand

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 116 hits
Assalamualaikum Cuti 3 hari minggu lepas kami ke Betong Thailand Nak jalan jauh sangat pun tak boleh sebab Marsya balik ke asrama hari Isnin Maksudnya hari Ahad dah perlu balik ke rumah Dia pula petang Jumaat baru sampai Maka kami plan jala...
Sik Cheong Akan Kumpulkan Rm17 8 Juta Melalui Ipo Ace Market Untuk Perluasan Produk Dan Pasaran

Sik Cheong Akan Kumpulkan Rm17 8 Juta Melalui Ipo Ace Market Untuk Perluasan Produk Dan Pasaran

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 171 hits
Sik Cheong Berhad telah melancarkan prospektusnya hari ini untuk penawaran awam perdana di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad Ketua Pengarah Sik Cheong Berhad Wong Hing Ngiap berkata Permintaan untuk produk minyak masak RBD palm o...
Setelah 2 Tahun Diluluskan Akhirnya Thailand Haramkan Semula Ganja Ini Sebabnya

Setelah 2 Tahun Diluluskan Akhirnya Thailand Haramkan Semula Ganja Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 217 hits
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan menurut laporan akhbar Bangkok Post hari ini Keputusan ini diambil setelah sebuah jawatankuasa kerajaan ber...
What To See Do This Weekend In The Klang Valley

What To See Do This Weekend In The Klang Valley

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 222 hits
This weekend is a little toned down with a standup comedy a book market art shows a dance showcase and even a wedding showcase for the lovebirds Imprints of Existence 11 14 July GMBB 11am 8pm Free public event The Malaysia Institute of Art ...
No Plans For The Weekend Give Kalki 2898 Ad A Shot

No Plans For The Weekend Give Kalki 2898 Ad A Shot

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 179 hits
The Indian movie industry has seen significant growth over the past few years producing films that cater to diverse audiences worldwide One such film currently showing in cinemas is Kalki 2898 AD As soon as it hit theatres on 27 June it cre...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt