Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Thailand Pastikan Dokumen Anda Cukup


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Negara Thailand dilaporkan menerima jumlah kedatangan pelancong sebanyak 28 juta pada tahun 2023 dan jumlah pelancong terbesarnya datang dari negara Malaysia. Perlu diakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya suka melancong ke negara jiran itu atas beberapa faktor termasuklah kos yang rendah, makanan yang enak dan sebagainya

Beberapa cara pengangkutan untuk melancong ke negara Thailand, antaranya melalui kapal terbang, keretapi, kereta dan sebagainya. Baiklah, untuk artikel kali ini adalah perkongsian mengenai bagaimana cara untuk membawa masuk kenderaan dari Malaysia ke Thailand dan juga apakah dokumen yang diperlukan. Selamat membaca


(toc) #title=(KANDUNGAN)
SENARAI PINTU LINTASAN SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND
Baiklah, terdapat empat buah negeri di Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand. Jumlah lintasan sempadan Malaysia - Thailand adalah 8. Berikut merupakan lokasi lintasan sempadan yang terdapat di negeri Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan. 
📍 KEDAH : Bukit Kayu Hitam (Malaysia) - Sadao (Thailand)Laluan ini merupakan laluan lintasan sempadan yang paling popular bagi kebanyakan pelancong Malaysia untuk ke Thailand. Kebanyakan pelancong menggunakan laluan ini untuk terus ke Hat Yai. Lebih menarik, sekarang sudah menggunakan bangunan imigresen dan kastam yang lebih baru. 📍 PERLIS :  Padang Besar (Malaysia) - Sadao (Thailand)Padang Besar pula merupakan laluan kedua yang popular untuk ke Hat Yai. Hal ini kerana di sini merupakan titik terakhir stesen keretapi di Malaysia. Kebiasaannya, pelancong akan menaiki keretapi Thai yang menggunakan laluan Padang Besar - Hat Yai. 📍 PERLIS : Wang Kelian (Malaysia) - Wang Prachan (Thailand)  Wang Kelian pada suatu ketika merupakan sebuah lokasi yang popular kerana terdapat pasar yang menjual pelbagai barangan. Tetapi keadaan agak sepi berikutan pasar ini tidak lagi beroperasi. Laluan ini merupakan lintasan mudah untuk ke wilayah Satun. 📍 PERAK :  Pengkalan Hulu (Malaysia) - Betong (Thailand) Lintasan sempadan ini kebiasaannya popular bagi mereka yang meminati permotoran. Kebanyakan pelancong di sini hadir untuk melihat awan karpet di puncak Ayeraweng. Selain itu, lokasi lintasan ini juga terletak berdekatan dengan daerah Baling, Kedah. 📍 KEDAH : Durian Burung (Malaysia) - Ban Prakob (Thailand) Durian Burung yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah ini merupakan lintasan sempadan yang paling baru. Disebabkan paling baru, ia juga merupakan lintasan paling sunyi. Lokasinya juga agak jauh berbanding lokasi-lokasi lintasan yang lain. Aku sendiri pernah melalui lintasan ini menuju ke Hatyai. Laluannya sangat sunyi dan lancar sahaja, tanpa sebarang kesibukan. Anda boleh membacanya di sini > HATYAI📍 KELANTAN : Bukit Bunga (Malaysia) - Buketa (Thailand) Pasti ramai yang tidak tahu tentang lintasan ini. Bukit Bunga merupakan lintasan sempadan Malaysia - Thailand yang paling jarang didengari.  📍KELANTAN : Rantau Panjang (Malaysia) - Sungai Golok (Thailand)  Lintasan sempadan ini merupakan antara yang popular juga terutamanya bagi pencinta makanan dan beli-belah. Kebanyakan pelancong pergi balik hari untuk makan-makan dan sebagainya.  📍 KELANTAN : Pengkalan Kubor (Malaysia) - Tak Bai (Thailand)  Untuk lintasan ini, ia dipisahkan oleh sebatang sungai. Untuk melintas anda perlu menaiki bot atau feri. Sekiranya nak ke Hatyai, kebanyakan akan melalui pintu Bukit Kayu Hitam. Kebanyakan pintu sempadan dibuka setiap hari dari 6.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. 
BACA JUGA : ITINERARY 4 HARI 2 MALAM KE HATYAI BERSAMA KOPETRO
SYARAT KEMASUKAN KE THAILAND Antara pertanyaan utama yang dipersoalkan orang ramai, sudah tentunya sama ada perlu VISA atau tidak sekiranya melancong ke Thailand? 
Menurut Kementerian Luar Negeri, pemegang pasport Malaysia tidak perlukan visa ke Thailand, sehingga 30 hari. Jika anda ingin berada di sana melebihi tempoh tersebut, atau anda ada urusan kerja di Thailand, pastikan semua dokumen lengkap sebelum mulakan perjalanan. 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BAWA KENDERAAN KE THAILAND
Baiklah, hal berkenaan VISA sudah diketahui, jadi berikut adalah antara dokumen yang wajib anda sediakan untuk membawa kenderaan anda ke Thailand. ✅ PASSPORT / BORDER PASS
PASSPORT : Seperti yang anda sedia maklum, passport merupakan dokumen wajib perlu ada untuk ke mana-mana negara asing. Anda perlu pastikan passport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh

Anda juga perlu pastikan tiada sekatan kepada pasport. Anda perlu isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Kalau tidak tahu bagaimana nak isi borang, jangan risau,  nanti mereka (pihak thailand) akan tolong isikan (kena bayar RM2)

PAS LINTAS SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND / BORDER PASS : Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja

Untuk maklumat, pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani
Tempoh sahlakunya adalah satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. Tempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand

Kelayakan bagi pas ini adalah hanya bagi warganegara Malaysia kelahiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak. Warganegara Malaysia yang telah menetap di negeri sempadan lebih satu (1) tahun. (dibuktikan melalui alamat pada Kad Pengenalan). Bayaran RM10.00 dikenakan untuk mendapatkan pass ini. 
BACA JUGA : KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET HATYAI, SEDAP GILA!
✅ SIJIL PEMILIKAN KENDERAAN
Sijil pemilikan kenderaan atau dengan nama lainnya adalah geran kereta perlu dilampirkan sekali. Sekiranya anda tidak mepunyai geran, anda boleh ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mencetak salinan kenderaan anda

Sekiranya kenderaan bukan milik anda, jangan risau. Pastikan ada geran pemilik asal berserta surat akuan sumpah yang dutandangani oleh pemilik asal kenderaan itu sendrii

Sila bawa yang sijil pemilikan kenderaan yang original. Kalau tiada yang original, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan. Bayaran RM50 untuk dapatkan salinan daripada JPJ. Oh ya, jangan liminate geran. Nanti tidak diterima

BACA JUGA : TRAVELOGUE KE THAILAND DARI KL KE HATYAI
✅ INSURANS KENDERAAN THAILANDTerakhir adalah anda perlu beli insuran kereta Thailand. Tidak boleh menggunakan insuran kenderaan Malaysia. Insurans boleh dibeli daripada agensi pelancongan yang sedia ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan. 
Selain itu, insurans ini juga boleh dibeli ketika anda ingin megisi borang pengisytiharan di kaunter imigresen. Anda boleh beli untuk enam bulan, setahun atau seminggu. Harga untuk seminggu hanyalah sekitar rm20 sahjaa

CARA MASUK KE NEGARA THAILAND
#1 Seperti biasa, anda akan melepasi dua imigresen iaitu Malaysia dan juga Thailand. Proses imigresen di Malaysia mudah sahaja, tetapi sedikit sukar imigresen Thailand. 
Terdapat beberapa borang penting yang perlu diisi iaitu borang pengisytiharan selain daripada dokumen-dokumen di atas sekiranya anda mahu membawa masuk kenderaan sediri ke Thailand. Borang yang dimaksudkan adalah simplified custom declaration dan borang ketibaan. 
Tetapi jangan risau, ada agensi pelancongan yang turut memberikan servis mengisi borang ini sebelum ke sempadan jadi ia lebih memudahkan untuk anda. 
#2 Selesai semua di atas dan dah siap cop pasport, boleh terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta. Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand). 
#3 Kemudian, mereka akan keluarkan simplified custom declaration form.  Selepas sudah dapat form dari pihak sana, keluar pergi minta cop dekat pegawai mereka di luar. Mereka cop dan kita tandatangan. Kiranya macam perjanjian

#4 Kemudian boleh teruskan perjalanan anda ke sana menikmati makanan dan tempat menarik. 
Penting! Jangan lupa bagi balik borang simplified custom declaration form masa cop pasport keluar.  Kalau tidak nanti susah anda nak bawa kenderaan ke sana pada masa depan. 
BACA JUGA : PENGINAPAN MEWAH & UNIK DI SRI PAKPRA RESORT, PHATTALUNG, THAILAND


TAMBAHAN 💡
Bagi mereka yang melancong ke Thailand untuk jangka masa pendek, syarat masuk adalah:Anda mesti memiliki pasport yang sah dengan tarikh tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulanAnda perlu pastikan pasport anda dicop ketika masuk dan keluar dari negara tersebutAnda mesti simpan kad ketibaan/keluar imigresen, dan buat laporan polis jika ia hilang ketika berada di sanaSebelum bercuti, pastikan anda tahu senarai barang-barang yang tidak dibenarkan atau disekat untuk dibawa masuk daripada pihak berkuasa kastam Thailand. Antara barang yang dilarang adalah dadah dan haiwan terancam. Selain itu, barangan tiruan juga dilarang. Barang yang disekat, mungkin boleh dibawa masuk ke Thailand, tetapi anda perlu dapatkan permit. Antara contoh barangan ini termasuk imej Buddha, barangan antik, makanan, ubat-ubatan dan haiwan

BACA JUGA : REVIEW MAKANAN ENAK DI RESTORAN KAI TOD DECHA, HATYAI


SEKIAN
RUJUKAN :
carsome / siakapkeli / lemon8 / wise / google image



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/07/cara-bawa-kereta-sendiri-ke-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Diskaun Roadtax Kereta Lama 80 Jpj Bagi Kereta Lama Klasik Dan Vintaj Yang Sangat Interesting

Cara Mohon Diskaun Roadtax Kereta Lama 80 Jpj Bagi Kereta Lama Klasik Dan Vintaj Yang Sangat Interesting

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 187 hits
Cara Mohon Diskaun Roadtax Kereta Lama 80 JPJ Bagi Kereta Lama Klasik dan Vintaj Memiliki kereta lama klasik atau vintaj bukan sahaja membawa kenangan indah tetapi juga mempunyai nilai sentimental dan estetik yang tinggi Bagi pemilik kereta...
E Tani Syarat Kelayakan Cara Daftar Dokumen Diperlukan

E Tani Syarat Kelayakan Cara Daftar Dokumen Diperlukan

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 165 hits
Kerajaan Negeri Sarawak telah membangunkan sebuah platform yang dikenali sebagai e Tani Melalui sistem tersebut pengguna boleh memohon bantuan dan perkhidmatan pada bila bila masa dan di mana mana sahaja asalkan mempunyai akses kepada inter...
Panduan Lengkap Dan Cara Jumper Kereta Yang Betul

Panduan Lengkap Dan Cara Jumper Kereta Yang Betul

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 141 hits
Panduan Lengkap dan Cara Jumper Kereta yang Betul Panduan Lengkap dan Cara Jumper Kereta yang Betul Masalah bateri kereta yang lemah atau mati adalah situasi yang biasa dialami oleh ramai pemandu Dalam keadaan kecemasan ini mengetahui cara ...
Begini Cara Polisi Pastikan Anggota Tak Main Judi Online

Begini Cara Polisi Pastikan Anggota Tak Main Judi Online

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 97 hits
Kegiatan ini diharapkan meningkatkan kedisiplinan dan profesionalisme dalam menjalankan tugas
Lelaki Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Rm1 7 Juta Siap Angkut Guna Trak Lutsinar

Lelaki Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Rm1 7 Juta Siap Angkut Guna Trak Lutsinar

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 116 hits
Seorang lelaki hadiahkan diri sendiri kereta mewah bernilai RM1 7 juta bersempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya Sambut hari lahir ke 40 Memetik laporan dari Sin Chew Daily sambutan hari jadi lelaki terbabit dipercayai berlangsung d...
Pemilik Asal Meninggal Dunia Ini Cara Cepat Tukar Nama Kereta Nilai Lebih Rm10000

Pemilik Asal Meninggal Dunia Ini Cara Cepat Tukar Nama Kereta Nilai Lebih Rm10000

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 157 hits
Biasanya apabila seorang ahli keluarga meninggal dunia waris yang tinggal perlu menangani pelbagai perkara termasuk urusan pembahagian harta Salah satu aspek yang perlu diuruskan ialah menukar nama kenderaan milik individu yang telah mening...
Checklist Dan Tips Jaga Kereta Tahan Lama Yang Sangat Interesting

Checklist Dan Tips Jaga Kereta Tahan Lama Yang Sangat Interesting

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 238 hits
Checklist dan Tips Jaga Kereta Tahan Lama Bagaimana Tips Jaga Kereta Tahan Lama Memiliki kereta adalah satu pelaburan besar yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi Kereta yang dijaga dengan baik bukan sahaja dapat mengurangkan kos...
Penghantar Makanan Maut Tercampak Masuk Kereta

Penghantar Makanan Maut Tercampak Masuk Kereta

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 158 hits
OTHMAN YAHAYAPenghantar makanan maut di lokasi kemalangan selepas tercampak dan memasuki kereta yang dirempuh di Persiaran Remaja Zon Seroja di Sungai Lalang Sungai Petani hari ini SUNGAI PETANI Seorang penghantar makanan meninggal dunia ap...
Cium Isteri Sendiri Pun Kena Denda

Cium Isteri Sendiri Pun Kena Denda

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 98 hits
KOSMOJulien Bernard dikenakan hukuman denda sebanyak 174 kerana berkelakuan tidak wajar EUROSPORTPARIS nbsp Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium isteri sendiri semasa perlumbaan berprestij Tour de Fra...
Who Is Bestinet Founder Aminul

Junk Fees Or Unbundling Airlines And Senators Battle Over Added Costs

Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

Pas Mp Loses Defamation Case For Claiming Dap Trio Related To Chin Peng

Trump S Middle East Challenge

Aktifkan Debit Card Maybank Di Mesin Kiosk Kuantan

Rapid Kuantan Bakal Tamatkan Operasi Operator Swasta Baharu Ganti Bagi Tempoh 2025 Hingga 2030

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Royale Chulan Festive Room Packages

Slot88 Where Technology Meets Entertainment

Fenomena Air Laut Terbelah Dua Berlaku Di Kelantan

Video Tular Wanita Dibawa Lari Bukan Kes Culik Polis

Hadiah Birthday 2024 Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex Student Intern Siti

Sorotan Dari Ucapan Utama Dr Werner Vogels Di Re Invent 2024 Oleh Eyal Estrin Dis 2024