Thailand Restoran Makanan Halal Di Bangkok 2024
Thailand | Restoran Makanan Halal Di Bangkok 2024 | Assalamualaikum semua.
Bersempena dengan percutian ke Bangkok, di sini aku senaraikan tempat makan halal. Ada yang dah pernah ditulis dulu ada juga yang baharu yang aku tak jumpa pun memana page group travel kongsi.
Secara umumnya tak susah untuk mendapatkan makanan halal di bandar-bandar besar apatah lagi di selatan Thailand seperti Hatyai, Songkhla dan Pattalung. Pattani dan Narathiwat lagilah takde masalah, murah pula tu. Cuma, di tempat tumpuan pelancong ada yang berharga mahal untuk seorang makan (mahal murah bergantung kepada poket masing-masinglah, itu aku faham) lelebih lagi kalau pergi enam orang tapi duit keluar dari satu poket. Rabak.
Apa yang aku praktikkan setakat ini, kalau percutian kami empat hari, yang selalunya akan berada di wilayah berbeza setiap hari, sekurang-kurangnya satu sajian tengahari/malam aku akan bawa ke restoran yang proper sikitlah, paling tidak restoran popular di kalangan rakyat Malaysia. Maklumlah anak-anak pun dok tengok tiktok sebelum pergi. Kadang restoran yang kita jangkakan mahal, seperti di simpang ke Masjid Besar Songkla, harganya marhaen je. Macam manalah rakyat negara kita tak berduyun ke sana.
Di mana restoran halal di Bangkok?
1) Di Pratunam banyak restoran India, Turkiye, restoran makanan Arab pun ada. Come here, halal! jeritnya. Sesetengah restoran India cakap je halal tapi ada jual arak. Di Petchaburi 7 & 12 Alley banyak restoran muslim.
Yang aku jumpa hari tu di belakang One Food Center ni. Ada dua kedai makan di sini. Sebelah OFC ada 7 eleven.
2) Farida Fatornee 497/5 Phetchaburi RdThung Phaya ThaiRatchathewiBangkok 10400
Dekat BTS Ratchadewi
Foto OpenRice
3) Everything Halal120, 89 Ratchaprarop 1 AlleyThanon Phaya ThaiRatchathewiBangkok 10400
Phone: +66 93 678 0786
4) Samat Muslim Food
421 Ratchaprarop RdMakkasan, RatchathewiBangkok 10400, Thailand
Phone: +66 2 010 8099
Dekat dengan ARL Rachaprop
Harga makanan di Samat Muslim Food. Boleh buat bajet.
5. Ada beberapa kedai makanan halal di Chatuchak Weekend Market yang beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kedai pertama yang kami jumpa tak tahu nama tapi alhamdulillah sedap. Nasi beriyani pun 50 baht je. Lapar giler sehari suntuk tak makan masa pergi Maeklong Railway Market.
Cari kedai di bawah ni masuk kat lorong tu dan terus ke depan
6) Saman Islam Muslim FoodSection 16, Soi 24 Chatuchak Weekend Market+66 2 522 2079
7) Kedai Kah JakSection 18, Soi 25/8 Khwaeng ChatuchakHours: Fri – Sun, 11:00 – 18:00
8) Phrigkiao Bangkok
410/5-6 Siam Square Soi 6Chatuchak Weekend Market
Phone: +66 96 664 0669
Hours:
Closes 11 pm
Kedai ni sebelah Novotel Siam Square. Turun BTS Siam.
9) Usman Muslim Thai Food259/9 Sukhumvit Alley 22Khlong Tan, Khlong ToeiBangkok 10110Phone: +66 94 209 8009
Turn di BTS Phrom Phong atau MRT Sukumvit, sama je jauhnya. Masuk jalan kat Holiday Inn tu.
Kakak: Ma, itu wife Aaron Aziz! Oo patutlah macam pernah nampak.
Aku dok fikir orang sebelah ni seperti pernah ku lihat tapi di mana ya? 😶. Mak hang duduk sebelah bini artis pun tak cam
10) Sekitar Masjid Darul Aman di BTS Ratchadewi. Sila ambil tangga kiri menuju ke Thanon Phetchaburi. Jalan terus dan melintas simpang empat kemudian lintas lagi ke kiri. Sepanjang jalan tu ada banyak restoran makanan islam. Masuk juga Soi 7 yang menuju ke masjid tu
11) Sara Restaurant 2 Samsen 2, Samsen RoadPranakorn, BanglamphuTel : 022815596605
Satu bangunan dengan Nouvo City Hotel. Hotel ini ialah syariah hotel.
11) Aishah Rosdi di Khao San Road – lokasinya berdekatan roundabout besar dan bertentangan dengan 7-11 di Banglamphu.
12) Di food court Siam Paragon
13) Yana Restaurant di tingkat 5 MBK Centre. Lebih senang turun di BTS National Stadium
14) Food court Terminal 21
15) Kalau nak rasa makanan Arab di BTS Nana
16) Mini Plaza. Banyak gerai makanan halal di sini
Sekian. Harap membantu.
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2024/07/thailand-restoran-makanan-halal-di.html