30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan


30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Puasa. Hari pertama puasa ni dah pun pening kepala nak fikir masak apa untuk sahur. Betul-betul naik tingtong kepala ni nak fikir idea menu sahur. Jadi untuk sahur, biasanya kita akan pilih menu sahur simple cepat dimasak, betul tak? Cukup semata lauk je, tak perlu lauk-pauk pelbagai sangat yang penting resepi menu sahur tersebut mestilah lauk masakan yang membangkitkan selera. 
Nah! Tak perlu pening-pening dah. Berikut merupakan 30 menu resepi sahur mudah untuk idea bersahur selama 30 hari bersahur di bulan puasa. 
Dalam idea menu sahur simple cepat di masak untuk resepi 30 hari ni, ada resepi sahur telur, resepi sahur dari ayam, ikan, daging, tauhu dan banyak lagi. 
Semuanya resipi aneka menu sahur yang sangat sedap, mudah dan sesuai disediakan untuk santapan suami dan anak-anak sepanjang bulan Raadan. Jujur cakap, bukan sebab malas, tapi kalau bab menu masakan sahur ni, memang nak menu yang simple dan cepat je. Seawal sebelum subuh ni, selera kita tak berapa nak pergi. Tak sama macam selera makan siang hari.
30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan
1. Resepi Ikan Rebus Cicah Budu Bahan -bahan : 3 ekor ikan selayang (sardin lemak)5 keping asam gelugor1½ sudu besar garam
2 ulas bawang putih - sebiji-sebiji (optional)
2 cm lengkuas - dihiris nipis
1 cawan air (agak-agak)

Cara masak :
Siang ikan dengan cara membuang segala insang dan isi perut untuk mengelakkan ikan cepat busuk
Basuh bersih ikan dengan menggunakan air paip
Masukkan ikan ke dalam periuk
Masukkan bersama beberapa hirisan lengkuas, asam gelugur dan juga garam. Kemudian, isikan air ke dalam periuk pada paras sekadar tenggelam ikan sahaja. 
**Tidak perlu air yang terlalu banyak bagi mengelakkan ikan menjadi hancur. Nyalakan api dapur dan rebus ikan dengan menggunakan api yang perlahan
Apabila sudah masak, tutup api dan biarkan ikan sejuk dahulu sebelum dihidangkan bersama budu dan cili. Sedap dimakan dengan nasi yang agak lembik dan panas-panas


2. Telur Goreng Koboi (Telur Besarang Rangup)Bahan-bahan:
4 biji telur 
1 sudu besar tepung beras atau jagung,
4 sudu air sejuk ais
Garam/cukup rasa.
Cara-cara:
Kocok telur sampai semuanya sebati.
Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar

Nota: Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng



3. Resepi Telur Bistik MudahBahan-bahan
2 biji telur
1 cawan frozen minced chicken
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili padi (hiris halus)
1/2 cawan frozen mixed vegetables
3 SB sos cili
2 SB sos tomato
2 Sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
Gula dan Garam secukup rasa.
Cara buat telur bistik mudah
Mula-mula pecahkan telur dalam mangkuk dan kocok hingga sebati.
Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi macam telur dadar. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
Masukkan frozen mixed vegetables, cili padi dan ayam. Tunggu sehingga masak.
Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi atau bungkus di dalam telur.


4. Resepi Sambal Telur HancurBahan-bahan :
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

Cara-cara memasak telur hancur:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.


5. Resepi Sahur Simple Sup TelurBahan-bahan:
Telur
Isi dada ayam
Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
Bawang putih
Bawang Merah
Halia (penting)
Cili
Limau kasturi
Garam
Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
Air
Cara-cara:
Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.Masukkan sayur
Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Kacau Sedikit hingga telur masak

6. Resepi Telur Berlado (Telur Sambal Hijau) Bahan-bahannya : 
Telur direbus dulu, kemudian di goreng sampai garing.
Cili api. (lagi banyak lagi best)
lada besar. (ikut citarasa masing-masing)
2 biji bwg besar n 3 ulas bwg putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bwg besar dimayang
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:
Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
Goreng bahan2 yg diblend kasar
Masukkn asam keping
Rasakn garam dan gulanya.
Masak sampai garing
Masukkn bwg besar yg dimayang...
Campurkn telo yg telah digoreng tadi

7. Ikan Goreng Masak Kicap Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Cara memasak:
1. Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
3. Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati. 




8. Telur Masak KicapBahan-bahan
6 biji telur grade D atau E1 labu bawang bombay, hiris3 ulas bawang putih, ketuk1 tangkai cili merah dan hijau atau capsicum, hiris1 sudu besar sos tiram1/4 cawan kicap lemak manis1 sudu besar air asam jawa1 biji tomato, belah 6Hirisan daun sup untuk taburanSedikit airMinyak untuk menumis
Cara memasak :Goreng telur separuh masak, toskan dan masukkan ke dalam pinggan
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
Masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air
Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan hirisan cili
Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan tuang ke atas telur

Tips Menggoreng Telur Mata :
1.  Guna kuali kecil sedikit lengkuknya. putih telur akan membaluti telur kuning dan tidak merebak mengikut saiz kuali
2,  Minyak kena lebih supaya telur tenggelam dan masak rata
3.  Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, baru di tuang ke kuali
4.  Pastikan bahagian tepi telur garing dahulu sebelum di angkat
5.  Tos dengan sudip berlubang untuk mengeluarkan lebihan minyak
6,  Guna telur saiz D ataupun E untuk mendapatkan gorengan telur yang cantik


9. Ikan Pekasam Goreng Bawang dan CiliBahan-bahan:
1 ekor ikan pekasam
1 biji telur jika suka
Minyak
1 labu bawang besar dipotong bulat
5 biji Cili padi dihiris serong
2 tangkai cili kering, dibersih dan dihiris.
Cara-cara:
Goreng ikan pekasam. sehingga garing, ketepikan.
Masukkan telur. Biar sekejap dan kacau.
Masukkan bawang besar, goreng hingga layu dan masukkan cili padi dan cili kering.
Gaul seketika,angkat dan letakkan ke atas ikan pekasam goreng
Sedap dihidang bersama nasi panas




10. Udang Goreng Butter Salted EggBahan bahan:500 gm udang1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil serbuk kunyitMinyak3-5 sudu besar butter6 ulas bawang putih - di cincang15 biji cili padi ~ dihiris serong4 tangkai daun kari2 sudu besar serbuk telur Masin Bestari2 sudu kecil gula10 sudu besar susu cair/susu segar1 sudu kecil tepung jagung
Cara memasak:
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan serbuk telur masin
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan

Note: Boleh juga gantikan udang dengan isi dada ayam

11. Resepi Sambal Udang BerempahBahan-Bahan:
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
1 pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar –
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak:
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas

12. Sambal Kentang Kering Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

5 ekor udang kering*2 siung bawang putih(hiris nipis)* 3 butir bawang merah (hiris nipis)*1 keping gula kerek 1 sudu teh cuka7 tangkai cili kering dikisar (atau 3 sudu cili boh) garam secukupnya  
Cara membuat: 
Kentang goreng frozen goreng garing terlebih dahulu, angkat dan toskan
Guna minyak yang sama, goreng garing bahan bertanda *
Masukkan cabai, tumis sampai harum. Tambahkan gula kerek, garam, dan cuka. Tumis lagi samapi pecah minyak dan harum. Masak hingga airnya hampir kering
Masukkan kentang goreng dan aduk terus sampai sambal merata seluruh kentang. Matikan kompor (tutup api). Angkat dan dinginkan dahulu sebelum disantap


13. Sambal Kari Sardin Kentang Bahan-bahan :1 tin besar sardin Adabi (ambil ikannya sahaja, bilas dan goreng*optional
Tak goreng pun takpe, tapi risiko ikan hancur kalau tidak digoreng terlebih dahulu)1 biji bawang besar dihiris3 ulas bawang putih dihiris2 tangkai cili hijau1 tangkai cili merah2 tangkai daun Kari (lebih kurang 15 helai)1 sudu besar halba campur5 sudu santan kotak (optional)100ml Air (dicampur dalam tin yang ada sos sardin pun boleh)2 biji kentang dipotong wedges nipis2 kiub perencah Kari Maggie (atau 3 sudu rempah kari, dibancuh jadi paste)Minyak masak untuk menumis
Cara memasak :Panaskan minyak, goreng kentang sehingga sedikit lembut (warna kekuningan cair)Guna kuali yang sama, kaut kentang tadi ke tepi kuali, dan masukkan halba campur, bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi
Kemudian, masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan
Masukkan santan, kiub kari, sos sardin dan air. Biarkan ianya masak sebentar, sehingga minyak nampak terapung di permukaan (pecah minyak)
Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan cili sebiji-sebiji. Biarkan ianya masak sebentar
Perasakan dengan garam jika mahu. Kiub Kari Maggie itu sendiri dah masin. Jadi berhati-hati dalam menambah garam
Siap dihidang


14. Resepi Sardin Pecah Telurby Malina Lina Pg linapg.blogspot.comBahan-Bahan1 tin kecil sardin (155g)4 biji telur 3 ulas bawang merah (hiris)2 ulas bawang putih (hiris)1 sb cili kisar1 tin air (guna tin sardin)1 sb sos tomato1 sb sos cili3 sb sos tiramsedikit kicap lemak manisJus limau kasturiCili padi dan daun ketumbarminyak
Cara-CaraPanaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing, kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sardin, masukkan air (jika suka berkuah),masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit kicap lemak manis.Kacau-kacau sebentar kemudian hancurkan sardin (jangan terlalu hancur, biar nampak ketulan baru sedap)
Pecahkan telur satu persatu dan jarakkan antara satu sama lain.Tutup periuk/pan dan biarkan telur set/masak (terpulang citarasa suka keras atau telur gedik-gedik)
Tabur cili padi dan hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Sambal sardin tecah telur siap untuk dihidang.Selamat Mencuba


15. Resepi Ayam Goreng Halia SimpleBahan :
ayam
bawang putih
bawang merah
halia
air jika perlu 
daun bawang jika suka 

Cara membuatnya :
Goreng ayam dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
Tumis bawang putih 2 ulas, bawang merah 1 ulas dan halia yang dipotong halus sampai naik bau.
Masukkan ayam yang digoreng dan tambah sedikit air untuk yang nak berkuah. Tambah garam jika perlu.
Siap! Boleh taburkan daun bawang jika suka. 

16. Resepi Telur Gulung (Egg Roll)Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Bahan-bahan:
Telur 4 biji (ikut nak guna 2,3 biji)
Cili besar merah 2 biji *
Daun bawang sikit *
Daun sup sikit*
Carrot*
Maggie cukup rasa
Garam
Cara-cara:
Cincang halus/potong dadu bahan bertanda *
Masukkan telur, maggie cukup rasa dan garam. Kacau sampai sebati.
Sudah boleh terus masak.
Dalam kuali leper gulungkan telur.
Sudah siap goreng, potong telur ikut suka



17. Resepi Sambal Telur PecahBahan-bahan A:
Bawang merah besar
Bawang merah kecil
Bawang putih

Bahan-bahan B:
Cili kering siap dikisar
Air asam jawa
Gula kerek/gula melaka
Perasa
Garam
Air
Telur ayam


Cara-cara:
Kisarkan semua bahan A.
Kemudian, tumiskan bahan A ke dalam minyak panas sehingga naik bau .
Masukkan cili kering dan tumis sehingga masak atau pecah minyak.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, gula, garam dan bahan perasa.
Kacau sehingga ia naik bau. Boleh masukkan sedikit air jika kuah nampak pekat.
Bila tumisan dah naik bau, masukkan telur sebiji demi sebiji dengan api sederhana perlahan.
Jangan kacau dulu ya, biarkan seketika dan tutup kuali.
Dah nampak putih telur hampir masak, baru kacau perlahan-lahan.
Kalau nak telur kuning nampak separuh masak atau lembik-lembik sedikit,tutup sahaja api.
Dah siap! Makan dengan nasi panas-panas

18. Sotong Salted Egg
Bahan-bahan Sotong10 ekor sotong (potong nipis), 3 sudu besar tepung Bestari Pedas5 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar lada sulah, 1 biji telur ayam Sedikit garam. (gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit). 
Bahan-bahan kuah Salted Egg2 sudu besar Sebuk Salted Egg BestariBeberapa helai daun kari, 3 batang cili padi, 3 sudu besar salted butter 1 sudu besar gula, 1 sudu besar serbuk pati ayam. 
Cara-cara : Campurkan Tepung Bestari, tepung jagung, lada sulah dan gaul rata
Celup sotong ke dalam telur, kemudian galu dalam campuran tepung tadi. Lakukan satu persatu.Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa, bagi mengelakkan sotong masuk minyak dan lembik
Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar, kemudian angkat

Di dalam periuk lain, Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit)
Optional - *Prefer gunakan serbuk segera Salted Egg Bestari
Cairkan butter hingga cukup panas dan masukkan telur kuning, tuang dengan jarak yang tinggi dari kuali. Masak sampai berbuih. Kemudian masukkan Serbuk salted egg (kuning sahaja)Tabur gula dan serbuk pati ayam, gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata
Masukkan cili padi,daun kari, gaul rata semua. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, dengan api kecil. Siap

Nota : Jika nak mengekalkan kerangupan sotong goreng, boleh letakkan sotong yang siap digoreng di atas penapis besi. Setelah siap kuah salted egg, tuang sahaja ke atas sotong goreng, dan toskan butter berlebihan, baru hidang


19. Resepi Sotong Masak PedasBahan-bahan:
5 ekor sotong potong bulat
2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat
Cara-cara:
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit dan masak sampai pekat.
3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.
4. Masukkan perasa, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit.



20. Resepi Udang ButtermilkBahan-bahan : 
5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 
Cara-caranya : 
Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 
Bila dah siap bolehlah diletakkan di atas pinggan. Jangan lupa untuk taburkan 'sarang telur' tadi di atasnya. Siap! 


21. Sup Bebola Ikan Campur (Ala-ala Steamboat)Bahan-bahan : 
3 liter cawan air
2 cawan ikan bilis (boleh guna stok ikan bilis)
1 sudu besar lada putih (lada sulah)
5 biji bawang putih(titik)
2 inci halia-ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukupnya
Cara penyediaan: 
Sediakan periuk, panaskan minyak
Masukkan bawang, dan halia.Tumis jangan sampai hangus,
Masukkan stok bilis, gula, lada sulah.
Renehkan seketika dengan api besar.
Masukkan pelbagai jenis bahan steamboat sepertibebola ayam, bebola ikan, taufu ikan, crab stick. Ikut selera atau ikut apa yang ada dalam freezer anda



22. Resepi Udang Goreng Hijau BersantanBahan-bahan:
420 gm Udang harimau
5 sudu makan Minyak masak
2 ulas Bawang putih - dicincang
1 inci Halia - dihiris
6 biji Cili Padi - dititik
20gm Serbuk dibancuh dengan 100ml air suam
3 biji Cili merah - dipotong dadu
1 btg Serai - dihiris,
1 biji Air limau nipis
2 helai Daun limau purut
5 gm Lengkuas - dihiris halus
10 gm Daun ketumbar - dihiris
1 sudu makan Sos ikan Thai
20gm Pes kari hijau - dicampur air
Garam dan Gula secukup rasa
Cara- cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut dan daun ketumbar sehingga naik bau.
2.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak selama 4 minit. Setelah itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.
3.Masukkan santan, udang serta cili padi dan kacau selama 2 minit lagi.
4.Masukkan sos ikan, air limau nipis, cili merah, garam dan gula secukup rasa.



23. Resepi Udang Goreng MaduBahan-bahan :
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
 3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - jika suka
3 tangkai daun kari
3 sb mentega
Cara-caranya :
1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.
2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.
3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula secukupnya. Siap


24. Udang Goreng Butter Bersarang Buttermilk▶️ Telur Kuning Bersarang
Bahan-bahan :Telur kuning sahaja dalam 2-3 biji1 sudu butterMinyak masak 1 cawan
Cara membuat telur sarang:Mula-mula pukul rata telur kuning. Nak masukkan garam sikit pun boleh
Kemudian panaskan minyak sikit dalam kuali. Bila dah panas, masukkan butter dan pusing minyak tu dalam bulatan menggunakan senduk bulat dengan 1 hala
Putar laju sedikit tapi jangan sampai melimpah
Sambil putar laju-laju tu, masukkan kuning telur yang dipukul rata tadi. Masukkan sikit-sikit dengan tarik mangkuknya jauh sikit dari kuali macam buat teh tarik tu
Terus putarkan senduk sampai telur tadi habis. Nanti akan nampak berbuih-buih dan warna jadi kuning keemasan
Setelah dah berbuih dan kembang tu, terus angkat dan tapis dengan penapis kelapa. Ketepikan

▶️ Udang buttemilk
 Bahan-bahan:10-15 ekor udang3 ulas bawang putih4-5 biji cili padi (sebiji-sebiji, nak hiris pun boleh)1 tangkai daun kari1 sudu besar Butter¼ cawan Susu segar Sedikit garam Cara masak udang buttermilk:Mula-mula lumurkan udang dulu dengan sikit garam dan kunyit,gorengkan sekejap dalam kuali minyak yang buat sarang telur tadi. Jangan goreng lama sebab nanti isi udang keras
Kemudian dalam kuali lain, panaskan butter. Lepas butter dah mencair, masukkan bawang putih cincang dan cili. Tumis sampai naik bau
Masukkan daun kari pula. Bila dah wangi dan garing, masukkan susu segar dan garam. Kacau sehingga sebati
Kemudian masukkan udang yang dah siap digoreng tadi. Kacau bagi kuah sekata
Kacau goreng sehingga kuah nampak kering sikit dan ngam-ngam menyaluti permukaan udang. Dah boleh cedok masukkan ke dalam piring dan taburkan sarang telur tadi, yang dah siap dibuat masa awal tadi
Sedia untuk dihidangkan panas-panas untuk makan sahur bersama nasi panas


25. Resepi Ikan Masak AsamBahan-bahan : 
Ikan
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (boleh kurangkan jika tak suka letak banyak)
Halia 1/2 inci
Cili padi 5 biji
garam
gula
air asam jawa
serbuk perasa
serbuk kunyit (setengah sudu kecil)
serbuk lada hitam 
Cara-cara : 
Mula-mula goreng ikan , pastu tumis bawang besar , bawang putih , halia dan cili padi.
Seterusnya, masukkan air asam jawa dan kacau sebati semuanya.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan sedikit kunyit. Siap kuah ni, boleh terus masukkan ikan. Siap!
*boleh juga tukar lauk dengan telor mata , ikan kacang, ikan bawal, ikan seludu atau ikan tongkol

26. Ikan Kembung Masak Taucu Bahan-bahannya :
Ikan kembung - digoreng garam kunyit
Cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
4 sudu besar taucu
Minyak utk menumis
Garam gula

Cara masak : 
Goreng ikan. Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan.
Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
Masukkan ikan, garam, gula. Biar seketika. Kemudian boleh dihidangkan. 


27. Sambal Ikan Tongkol Daun Kunyit  Bahan-bahan : 
ikan tongkol - digoreng garam kunyit
2 senduk cili kering yang diblend bersama bawang besar
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dihiris
1 ruas ibu jari halia dihiris
2 batang serai diketuk
3 keping asam gelugur (nak guna asam jawa pun boleh)
2 helai daun kunyit dihiris kasar
2 biji bawang besar di potong bulat
gula garam secukup rasa
Cara Masak : 
Panaskan minyak, tumiskn bawang, halia dan serai. Bila dah agak layunmasukkan cili kisar.
Masak sampai pecah minyak dan masukkan asam keping. Kemudian tambahkan air dan bila dah mendidih masukkan gula dan garam cecukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan, kacau perlahan hingga sebati dengan kuah dan masukkn bawang serta daun kunyit. Biar sekejap, angkat dan hidangkan. 

28. Resepi Viral- Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak TegurBahan bahan :
Ikan bilis 
Cili api
Petai
Bawang besar
Garam
Cara masak :
1. Ikan bilis tu sal kopek buang perut dan tulang dulu. Ikan bilis ni je sesatu eh yang sedap dibuat goreng lauk camni.
2. Goreng kan ikan bilis dulu. Jangan garing sangat nanti pahit spoil nikmat makan. Sejukkan kejap.
3. Sambil tu, dah potong bawang, cili dan petai kan. Masukkan semua dalam kuali. Bagi masak kejap takyah lama sangat.
4. Perasakan buh garam. Last buh ikan bilis tadi. Gaul mesra. Garam takperlu banyak ikan bilis dah masin.
5. Siap untuk dihidangkan


29. Ikan Bilis Goreng Simple Bahan-bahan : 
ikan bilis
bawang merah
bawang putihdaun bawang
cili padi
cili merahpegaga (kalau ada)
Cara memasak : 
goreng ikan bilis dahulu hingga garing
tumis bawang putih, cili padi, cili merah dan masukkn ikan bilis kemudian letak sedikit garam dan serbuk perasa. Tabur daun bawang dan pegaga yang dihiris halus.
perah air asam sikit sebelum dihidangkan bersama nasi panas


30. Ikan Singgang Che' Nom Style KelantanBahan-bahan : 
3 potong ikan tenggiri
2 inci lengkuas, potong dan ketuk
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1-2 keping asam gelugor
5-6 biji cili padi
4 batang sayur bendi
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dan toskan.
Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu
Resepi Menu Bersahur Dan Buka Puasa Ada Bezanya!
Resepi menu berbuka puasa dan bersahur ni ada bezanya. Untuk bersahur kena resepi sahur simple yang boleh buka selera. Sedangkan untuk berbuka puasa, mahu resepi menu buka puasa yang sedap dan special.Semoga bermanfaat dalam penyediaan menu sahur mudah dan simple untuk keluarga. Selamat berpuasa. See you in next entry. Daa. 
Selamat mencuba koleksi resepi sahur ringkas dan mudah bulan Ramadhan. Semoga perkongsian resepi menarik sebagai idea menu sahur untuk 30 hari di sepanjang bulan puasa ini dapat memudahkan ramai pembaca di luar sana

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2024/03/resepi-menu-sahur-simple-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap

Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 174 hits
Alhamdulillah lagi 10 hari lagi kita nak Semoga kita dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang baik dalam menyambut menjalani ibadah Puasa nanti Normal bagi mak mak kaum ibu nak masuk bulan ramadan ni dalam kepala otak akan mula fikir list...
Resepi Juadah Sihat Ramadan

Resepi Juadah Sihat Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 268 hits
Tiada idea nak masak apa untuk juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan ini Jangan risau Dapur Ramadan NutritionistKKM kembali lagi dengan pelbagai resipi yang menarik beserta pakej fakta nutrisi maklumat kalori dan tip Nutritionist yang anda...
Resepi Dan Idea Masak Lauk Sahur Bulan Puasa

Resepi Dan Idea Masak Lauk Sahur Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 183 hits
Sempena memasuki bulan ramadhan yang mulia ini ramai yang mula cari idea masak lauk sahur Mungkin golongan isteri dan ibu mula pening kepala apa yang nak disediakan semasa sahur kan Kita ingin berikan menu yang terbaik untuk keluarga supaya...
Tak Ada Idea Masak Sahur Senarai Cadangan Resepi Ringkas

Tak Ada Idea Masak Sahur Senarai Cadangan Resepi Ringkas

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 184 hits
Bulan puasa dah tiba anda tak ada idea masak sahur Jangan bimbang kami senaraikan antara resepi paling ringkas dan sedap untuk disediakan sebagai juadah sahur Anda boleh semak dan simpan resepi ini untuk digunakan sepanjang bulan ramadan Ja...
Salam Ramadan 1445h Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian

Salam Ramadan 1445h Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 239 hits
Salam Ramadan 1445H Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian Alhamdulillah Masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Ramadan bagi tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah Kurang beberapa jam dari sekarng seluruh umat islam bakal men...
15 Resepi Makanan Sihat Untuk Sahur Ringkas Dan Bebas Minyak

15 Resepi Makanan Sihat Untuk Sahur Ringkas Dan Bebas Minyak

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 304 hits
Masuk sahaja bulan Ramadan psati ramai yang mula merancang hidangan untuk bersahur dan berbuka Disebabkan waktu sahur singkat biasanya orang akan makan apa sahaja yang ada di rumah Namun ini boleh membuatkan kita kekurangan tenaga untuk leb...
12 Resepi Sahur Sedap Tambat Selera Anak Bersahur

12 Resepi Sahur Sedap Tambat Selera Anak Bersahur

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 310 hits
Biasalahh Bila tiba bulan puasa mak mak mesti pening dan buntu memikirkan menu untuk sahur dan berbuka nak nak lagi bagi mak mak yang ada anak anak kecil yang baru nak belajar berpuasa Menu masakan sahur yang dimasak perlu kreatif sedap dan...
Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 222 hits
Resepi sardin telur pecah Menyambut bulan puasa ramai yang mencari idea juadah sahur yang mudah cepat dan mengenyangkan untuk memulakan hari dengan tenaga berlebihan Himpunan ini menawarkan pilihan sajian ringkas yang pasti memuaskan selera...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba