Salam Ramadan 1445h Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian
Salam Ramadan 1445H ǀ Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian. Alhamdulillah... Masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Ramadan bagi tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah. Kurang beberapa jam dari sekarng seluruh umat islam bakal menjalani ibadah puasa. Anak-anak lah yang paling seronok nak sambut Ramadan. Dan ibu-ibu pun mula lah sibuk memikirkan juadah untuk bersahur dan berbuka sepanjang 30 hari berpuasa nanti. Stok hidupan laut dan darat pun sudah siap dibeli dan dibasuh. Senang bila nak masak nanti.
Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa HarianMemandangkan esok dah mula berpuasa, ingat lagi tak lafaz niat puasa? Mana tahu kalau ada yang tak ingat. Puasa setahun sekali kan. Mungkin ada sejenis orang yang lemah ingatan dan susah nak mengigat. Bila nak puasa baru lah nak mencari. Lagi pun niat puasa ada dua jenis. Lafaz niat puasa untuk sebulan dan juga lafaz niat puasa harian. Pada yang tak ingat atau kurang jelan dengan lafaz niat puasa, ini doanya:
Pendek dan mudah nak hafal. Kalau susah nak hafal, boleh ulang-ulang dengar lagu Raihan. Malam ni dah boleh niat puasa. Tapi persoalan nya, nak niat puasa sebulan terus atau niat puasa harian yang di baca setiap hari? Ada yang kata kalau baca niat sebulan terus, tak perlu baca niat harian. Dan ada pula yang kata, kalau dah baca niat sebulan puasa, lafaz harian tetap kena baca juga hari-hari. Mana satu ni? Adakah sah puasa kalau kita lafaz niat puasa untuk sebulan? Nah... Ini jawapan nya.
Adakah Sah Puasa Kalau Lafaz Niat Puasa Sebulan?Dalam konteks ni, ada 2 mazhab yang memberi pendapat yang berbeza. Menurut Mazhab Syafie, bermula pada setiap malam sehingga sebelum terbit fajar, diwajibkan bermula niat puasa. Jika diniatkan sebulan, puasa adalah tidak sah. Niat itu hanya dikira sah jika diniatkan puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadan dan puasa bagi hari pertama sahaja. Tidak dikira untuk malam yang lain menurut mazhab Syafie.
Bagi mazhab Maliki pula, puasa sah jika diniatkan puasa sebulan sekaligus. Tetapi, bagi wanita yang dah berniat puasa sebulan pada malam pertama Ramadan dan sudah beberapa hari berpuasa, kemudian datang haid, hendaklah memperbaharui niat puasa tersebut selepas suci dari haid jika ingin berpuasa semula
“Dan dianjurkan untuk berniat pada malam pertama Ramadan diniatkan puasa sebulan penuh untuk mengambil manfaat bertaqlid kepada mazhab Imam Malik agar dapat menampung pada hari yang terlupa untuk berniat contohnya hal ini kerana di sisi Malik ia (niat) sebulan penuh memadai bagi sebulan keseluruhannya. Di sisi kami (mazhab Syafie), niat seperti itu hanya memadai untuk malam pertama sahaja” [al-Qalyubi, Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi Al-Misri (1995), Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, Beirut: Dar al-Fikri, jil. 2, hal 66]
Jadi, tak salah kalau kita berniat puasa untuk sebulan penuh kerana ianya sah. Tetapi sebaiknya kita berniat puasa lah pada tiap-tiap malam kerana ia sangat dianjurkan. Semoga terjawab persoalan pada mereka yang tak jelas tentang lafaz niat puasa sebulan dan lafaz niat puasa harian. Nak sambut bulan Ramadan pun, ada cara nya juga supaya kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Ada beberapa cara yang betul untuk kita menyambut kedatangan Ramadan. Iaitu:
Cara Menyambut Kedatangan Ramadan 1) Perbaiki Niat
2) Berdoa
3) Memperbanyak kan Membaca Al-Quran
4) Bersedekah dan Memberi Makan
5) Qiyam - Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadan dengan beribadah kepada Allah ﷻ. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian.
Marhaban Ya Ramadan semua. Jangan lupa baca niat puasa. Buat ibu-ibu hebat, semoga terjaga sahur nanti dan semoga tidak lupa yang esok kita dah mula berpuasa. Buat anak-anak, semoga bertahan sehingga waktu berbuka nanti. Dengan cuaca panas terik nya. Sama-sama lah kita berdoa supaya diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi seorang yang benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadan dengan melipatgandakan lagi amal ibadah. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan buat kita semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizarahman.com/2024/03/lafaz-niat-puasa-sebulan-dan-niat-puasa-harian.html