Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap


Alhamdulillah lagi 10 hari lagi kita nak menyambut bulan Ramadan. Semoga kita dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dalam menyambut, menjalani ibadah Puasa nanti. Normal bagi mak mak kaum ibu nak masuk bulan ramadan ni dalam kepala otak akan mula fikir listkan macam macam menu untuk sahur, untuk berbuka. Seharusnya menu menu ikut selera suami dan anak anak kan. dan bila dalam menentukan menu sahur tu sepastinya menu resepi ikan bilis antara menu wajib time bulan puasa nak sahur tu kan. menu simple senang nak buat dan sedap. orang kata menu emergency. hehehe.. terbangun lambat benda paling cepat ofcoslah ikan bilis dan telur
Antara Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. 7  menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.
 
 
1. Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan: 3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan: Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
 
2.Ikan bilis asam jawa cili dan bawang
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis(cuci dan toskan)
1 biji bawang besar(potong bulat)
1 batang cili merah(potong serong)
1 batang cili hijau(potong serong)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1½ sudu besar asam jawa dan 1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ cawan minyak masak
Cara Memasak
1.Panaskan minyak ½ cawan,gorengkan ikan bilis sehingga rangup.
2.Masukkan bawang putih,masak sehingga kekuningan.
3.Masukkan perahan asam jawa,serbuk lada hitam,serbuk perasa.
4.Kemudian masukkan ,bawang merah,cili merah,cili hijau,gula.Gaul sebati
 
3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang  
BAHAN-BAHAN: 1) 1 kg kacang tanah goreng 2) 1 1/2 cawan ikan bilis goreng 3) 7senduk lada kering kisar 4) Cili yang dikisar 5) 7 ulas bawag putih 6) 6 1/4 senduk kecil gula 7) Garam halus Minyak masak untuk menumis 9) 1 1/2 sudu besar air asam jawa CARA-CARA 1) Panaskan minyak 2) Tumiskan cili kisar bersama-sama 7 ulas bawang putih hingga pecah minyak
3) Masukkan garam secukup rasa
4) Masukkan air asam dan kacau sebati
5) Masukkan gula dan kacau lagi
6) Masak sehingga gula dan cili sebati. biarkan sehingga kering
7) Biarkan sehingga sambal menjadi pekat dan kelihatan melekit
Masukkan kacang goreng dan gaul sebati
9) Masukkan ikan bilis goreng dan kacau seketika
10) Angkatkan dan biar ia sejuk, boleh disimpan dalam bekas kedap udara
4.Sambal Ikan Bilis  Terung Pipit  
Bahan-Bahan:
Terung pipit – secukupnya Lada merah besar 2 batang Lada hijau besar 2 batang Cili padi hijau – dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye) Cili padi Thai merah – Dalam 6 biji Bawang besar – 2 biji Bawang Putih – 5 ulas Sedikit belacan – jika suka (saya tak letak) Air asam jawa – jika suka (saya tak letak) Garam – secukup rasa Gula – secukup rasa Ikan bilis – secukupnya Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, dan kesemua lada. Ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan sebentar.
 
5. Kerabu Ikan Bilis
Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.
 
6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Kredit Resepi: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering – dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia – opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan
Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap
 
7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap
 
Tips Utk dptkan ikan bilis yg rangup : Rendam ikan bilis dgn air & masukkan 1 sudu besar cuka – biarkan selama 15 min, kemudian toskan air & goreng smpi garing ( api besar tapi kerap kacau, dah garing, toskan ) Panaskan minyak 2 sudu besar, tumis hirisan bawang besar, bawang putih & cili padi , biarkan separuh garing tuangkan kicap lemak manis @adabi_consumer dlm 4 sudu besar ( jgn banyak sangat supaya x berkuah, nnt ikan bilis x rangup, kemudian masukkan secukop rasa 1 sudu kecik , brown sugar 1 sudu kecik ! Bila dh pekat baru masuk ikan bilis yg digoreng tadi , kacau sebati & masuk 1 sudu kecik brown sugar lagi sekali utk mengekalkan kerangupan !!
Siap
Kat Mana nak dapatkan Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, rangup bila goreng Untuk Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap
 

Ikan Bilis ni kegemaran mak Ainul. Kalau dia p Pangkor Lumut tu wajib borong la. Kalau tak pergi pun mak akan minta saya orderkan kat shopee. Mahal sikit harganya tapi kualit terbaik, rangup bila goreng.  Kalau korang nak order kat Shopee boleh KLIK SINI terus beli >>> IKAN BILIS KUALITI TINGGI Sempat la order untuk puasa ni. Order cepat ye kang Out of stock pulak hehehe The post Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap appeared first on Ainul Mustafa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ainulmustafa.com/resepi-ikan-bilis-menu-sahur-cepat-sedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka Puasa 5 Resepi Udang Yang Ringkas Dan Cepat

Menu Berbuka Puasa 5 Resepi Udang Yang Ringkas Dan Cepat

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 175 hits
Menu Berbuka Puasa 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 7 memang menjadi kegemaran dan kesukaan penduduk Malaysia Tambahan lagi pada Bulan Ramadhan yang Berkat ini pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang mudah dan cepat disediakan se...
Tak Ada Idea Masak Sahur Senarai Cadangan Resepi Ringkas

Tak Ada Idea Masak Sahur Senarai Cadangan Resepi Ringkas

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 177 hits
Bulan puasa dah tiba anda tak ada idea masak sahur Jangan bimbang kami senaraikan antara resepi paling ringkas dan sedap untuk disediakan sebagai juadah sahur Anda boleh semak dan simpan resepi ini untuk digunakan sepanjang bulan ramadan Ja...
Resepi Dan Idea Masak Lauk Sahur Bulan Puasa

Resepi Dan Idea Masak Lauk Sahur Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 173 hits
Sempena memasuki bulan ramadhan yang mulia ini ramai yang mula cari idea masak lauk sahur Mungkin golongan isteri dan ibu mula pening kepala apa yang nak disediakan semasa sahur kan Kita ingin berikan menu yang terbaik untuk keluarga supaya...
Resepi Bayam Masak Bening Sedap Yang Ramai Patut Cuba

Resepi Bayam Masak Bening Sedap Yang Ramai Patut Cuba

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 208 hits
Bayam masak bening merupakan antara pilihan masakan sayur yang amat mudah dan pantas untuk dicuba Seperti kata pepatah amat mudah untuk memasaknya walaupun tanpa memerlukan usaha yang besar Namun perlu diingat bahawa daun bayam akan mengera...
Resepi Soto Sedap Dan Mudah Puashati Buat Sendiri

Resepi Soto Sedap Dan Mudah Puashati Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 134 hits
Soto ni dah jadi antara sajian kegemaran rakyat Malaysia dan hari minggu baru umi masak soto bila cikcha cakap dia teringin nak makan soto tapi harganya RM12 sebekas seperti tertera dalam aplikasi makanan online Uish memang tak berbaloi seb...
3 Resepi Kuih Onde Onde Kuih Lopes Dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa

3 Resepi Kuih Onde Onde Kuih Lopes Dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 167 hits
3 Resepi Kuih Onde Onde Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 8 Pada bulan ramadan terdapat beberapa yang menjadi kewajipan untuk disajikan apabila berbuka Antara kuih yang menjadi tradisional orang Melayu ialah kuih onde onde k...
Sup Ikan Yang Sihat Menu Bekal Hari Ini

Sup Ikan Yang Sihat Menu Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah makan ke tu SA dah makan dh tadi hari ni x banyak sangat kerja kejap lagi nak buat filing je hehehe SA bawak lauk left over PZ masak untuk Mak Pah Sup ikan merah campur cauliflower dan bebola ikan jadi la untuk...
10 Resepi Menu Berbuka Puasa

10 Resepi Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 293 hits
10 RESEPI MENU BERBUKA PUASAWah nampak macam ramai dah dok up up resepi macam TB buat ni ye Semua nak try resepi resepi yang ada untuk dijadikan menu time berbuka puasa nanti TB pun update juga blog ni untuk save resepi resepi untuk berbuka...
Telur Rebus Bersambal Satu Menu Untuk Makan Siang

Telur Rebus Bersambal Satu Menu Untuk Makan Siang

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Selamat Petang TELUR REBUS BERSAMBAL SATU MENU UNTUK MAKAN SIANG Hujung minggu malas nakk ke mana mana Anak anak request nak makan telur rebus bersambal untuk menu makan tengahari Bila Fiza google resepi Ada jugak yang sebut...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari