Ketika Kita Lena Mereka Bersengkang Mata Mencari Rezeki


KUALA LUMPUR – Sedang ramai lena diulit mimpi beralaskan tilam empuk, masih ada insan yang bersengkang mata mencari rezeki tanpa pernah mengharap simpati. Jika dahulu pasar malam menjadi tumpuan utama untuk berniaga selepas terbenam matahari, hari ini landskap itu sudah berubah.
Perkembangan teknologi membuka ruang baharu, membolehkan sesiapa sahaja, termasuk golongan OKU, mencari rezeki melalui siaran langsung, tanpa mengira waktu dan keterbatasan fizikal.
Di sebalik skrin telefon, tersimpan kisah hidup yang tidak semua orang tahu. Tanpa disangka, platform ini juga menemukan insan berhati mulia yang sudi membantu meringankan beban orang lain.
Siaran langsung yang mencuri perhatian
Pada awalnya, seorang pengguna Facebook, Afiq Noordin, tidak berniat untuk menghabiskan masa menonton siaran langsung di TikTok. Namun satu siaran membuatkan dia berhenti scroll dan terus memberi perhatian.
“Pasangan ini agak unik, dua-dua pakai tiub di hidung.
Seorang lelaki sedang terbaring di belakang manakala seorang wanita sedang bercerita tentang aromaterapi dan pewangi kereta,” kongsinya memulakan cerita.
Menurut Afiq, wanita yang dikenali sebagai Azlina itu tidak langsung membuka kisah peribadi untuk meraih simpati. Jualan dilakukan secara bersahaja, sehinggalah seorang penonton melontarkan soalan mengenai keadaan kesihatannya.
“Kak Azlina jawab seperti dah biasa ditanya dengan soalan ini, seperti orang yang bercakap sambil mengingat semula kisah hidup mereka,” ujarnya.
Ujian sebelum bergelar suami isteri
Azlina kemudian menjelaskan bahawa dia dan suaminya dilahirkan normal, namun kedua-duanya mengalami kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan sebelum mendirikan rumah tangga.
Kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 2007 menyebabkan Azlina terlantar hampir tujuh tahun sebelum kembali pulih dan mampu bangun semula.
Suaminya pula, Nazri, ditakdirkan terjatuh dari bangunan ketika sedang bekerja memasang pendingin hawa di Kuala Selangor pada tahun 2014.
“Sejak itu, dia lumpuh dan kini sudah lebih 12 tahun menjalani kehidupan sebagai OKU,” sambung Afiq.
Dalam siaran langsung berkenaan, Azlina turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat mereka berdua.
Bangkit membantu pesakit lain
Perkongsian itu tidak terhenti di situ.
Selepas dua tahun mampu berjalan semula, Azlina bangkit menubuhkan kumpulan sokongan pemulihan pesakit kecederaan saraf tunjang, Support Group Rehab Sungai Buloh.
“Dia menjadi ketua kumpulan itu dan tugasnya adalah memberi sokongan kepada pesakit lain supaya mereka tidak berjuang sendirian.
Dalam salah satu ziarah itulah, kak Azlina datang ke rumah abang Nazri,” kongsi Afiq.
Melihat keadaan Nazri yang terlantar dan memerlukan penjagaan rapi, hati Azlina tersentuh lalu menyatakan hasrat untuk meminang lelaki tersebut.
Namun pinangan itu pada awalnya ditolak kerana rasa tanggungjawab yang berat. Dengan hanya RM300 bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Nazri merasakan dirinya tidak layak memikul tanggungjawab sebagai suami.
Akhirnya, selepas diyakinkan bahawa Azlina hanya ingin bangkit dan menghadapi hidup bersama-sama, ijab dan kabul pun dilafazkan.
Usaha tidak mengkhianati hasil
Selepas hampir setahun berkahwin, Azlina membantu suaminya menjalani rawatan fisioterapi di Melaka.
“Dengan usaha, latihan dan sokongan, abang Nazri mampu berdiri, memegang objek dan menolak kerusi roda sendiri,” katanya.
Namun kebahagiaan itu tidak lama diuji apabila Nazri disahkan menghidap tumor pada tulang belakang berhampiran batang otak. Keadaan itu menyebabkan dia kembali terlantar, namun masih mampu berinteraksi dan memberi respon.
Hidup bergantung pada tiub
Menjawab persoalan penonton mengenai penggunaan tiub di hidung, Azlina menjelaskan keadaan sebenar mereka suami isteri.
Azlina terpaksa menggunakan tiub kerana tidak mampu menelan, manakala suaminya pula berdepan masalah akibat penyakit autoimmune.
“Autoimmune serang mulut dan tubuh menyebabkan mulut suami ulser dan radang kalau makan. Dia boleh menelan tapi tak boleh mengunyah kerana radang,” jelasnya.
Berniaga demi kelangsungan hidup
Menurut Azlina, jualan yang dibuat menerusi siaran langsung itu adalah untuk menampung perbelanjaan harian termasuk pembelian susu khas dan lampin pakai buang.
Lebih menyentuh hati, dalam keadaan serba kekurangan, pasangan ini masih sempat menubuhkan Rumah Harapan Nur Aafiyah bagi membantu keluarga lain yang memerlukan.
Mengakhiri siaran langsung tersebut, Azlina sekali lagi menzahirkan harapan agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mereka berdua.
“Jika kita rasa kisah ini menyentuh hati, saya mohon agar semua dapat hulurkan sokongan dengan cara yang kita mampu.
Sama ada dengan membeli produk mereka atau sekurang-kurangnya bantu hebahkan kisah dan usaha pasangan ini kepada orang lain,” titip Afiq.
Menurut makluman terkini, pasangan ini turut disahkan sebagai penerima bantuan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – The Malaysian Update
The post Ketika Kita Lena, Mereka Bersengkang Mata Mencari Rezeki appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/24/ketika-kita-lena-mereka-bersengkang-mata-mencari-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuangan Dalam Mencari Rezeki

Perjuangan Dalam Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 76 hits
Perjuangan mencari rezeki bukan sekadar tentang angka di hujung bulan Ia tentang langkah yang tetap dihayun walau hati letih Tentang bangun pagi dengan doa yang sama dan pulang petang dengan harapan yang masih mahu disimpan Ada hari rezeki ...
Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 127 hits
Ingatkan tulang Wanita gigit mata kail ketika makan di restoranKOSMO SEORANG wanita tergigit mata kail ketika makan ikan goreng Foto Shin Min Daily NewsSINGAPURA Seorang wanita yang sedang leka menjamu selera di sebuah restoran di Yishun Si...
Kanak Kanak Lemas Dalam Tali Air Ketika Mencari Ikanl

Kanak Kanak Lemas Dalam Tali Air Ketika Mencari Ikanl

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 115 hits
Asrol Awangam hmetro com myPekan Kanak kanak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas dihanyutkan arus tali air sawah di Kampung Permatang Tepung Merchong Nenasi di sini ketika mencari ikan petang semalam Dalam kejadian itu mangsa Muhammad Ali...
Pokok Air Mata Pengantin

Pokok Air Mata Pengantin

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 180 hits
Penulis Prof Dr Noraini Talip Mohammad Zahid Bin Mohamad Taman Botani Bangi Fakulti Sains dan Teknologi UKM Air mata pengantin mendapat namanya yang puitis kerana keindahannya sebagai pokok menjalar yang sentiasa berbunga sepanjang tahun me...
Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 168 hits
Aliran masuk dana ke pasaran saham kekal memberangsangkan sekali gus menyokong prestasi indeks yang dijangka bergerak dalam julat 1 630 hingga 1 650 mata sehingga hujung tahun ini KUALA LUMPUR 15 Dis Bursa Malaysia naik 5 91 mata kepada 1 6...
Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 173 hits
Pertanyaan Ketika Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam mengikatkan batu ke perutnya dan mengatakan kepada para sahabatnya bahwa beliau sama sekali belum melihat roti putih Lantas mengapa para sahabat tidak meminta kepada Nabi Sha...
Inilah Sebabnya Kenapa Mereka Beria Mahukan Pmx Diturunkan

Inilah Sebabnya Kenapa Mereka Beria Mahukan Pmx Diturunkan

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 139 hits
Golongan yang paling kuat menjerit mahu PMX dijatuhkan bukanlah mereka yang memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya kelompok yang pernah mengaut kekayaan negara tanpa rasa bersalah Mereka inilah yang digelar pencuri penyangak perompak dan pe...
Hak Cipta Artis Terancam Apabila Lagu Ai Dimuat Naik Atas Nama Mereka

Hak Cipta Artis Terancam Apabila Lagu Ai Dimuat Naik Atas Nama Mereka

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 121 hits
Adakah lagu terbaru daripada penyanyi kegemaran anda kedengaran sedikit pelik Anda mungkin betul Trek muzik yang dihasilkan oleh AI kini semakin banyak muncul dalam profil artis di platform penstriman dipaparkan seolah olah ia karya asal me...
Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 170 hits
Uniswap Walaupun RSI berada di tahap Neutral Menaik tetapi dengan kemunculan Perbezaan Menurun dan dua EMA masih membentuk Death Cross ini menunjukkan kemungkinan besar untuk Uniswap melemah Tahap Utama 1 Rintangan 2 5 938 2 Rintangan 1 5 7...
Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Mat Hasan Eager To Celebrate Tunnel Case Wee Dares Dap To Leave Crook Lovers

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Takkan Duit Dah Habis

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

First Time Makan Di Sopoong

Menantu Datuk Nikah Kahwin